window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN?

Haris ยท Jan 26, 2022 11:59 AM

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 01

Kredit: Cintamobil
  • Daihatsu Rocky hibrid dikesan berhampiran kilang Indonesia
  • Rocky/Raize ialah produk serantau yang dieksport ke lebih 50 buah negara
  • Mungkin akan dilancarkan lebih awal di sana berbanding Malaysia?

Daihatsu Rocky e:Smart hybrid telah diintip di Malaysia beberapa kali sebelum ini, memberi bayangan kembar Perodua Ativa yang mungkin akan menerima trenkuasa hibrid tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, Daihatsu Rocky tersebut bukan sahaja membuat pusingan di Malaysia, malah ia juga telah dikesan di Indonesia baru-baru ini.

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 02

Kredit: Cintamobil

Dikesan oleh laman automotif Indonesia, Cintamobil, Daihatsu Rocky e:Smart meletakkan sedikit samaran pada loginya yang disembunyikan dengan pita pelekat. Daihatsu Rocky berwarna biru tua itu diintip di Karawang, Indonesia, dan diikuti oleh Daihatsu Xenia berwarna perak, kembar Toyota Avanza (dan Perodua Alza generasi seterusnya).

Baca: Daihatsu Xenia 2022 membuat debut – potensi kembar Perodua Alza serba baharu kini rasmi

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 03

Kredit: Cintamobil

Karawang juga merupakan lokasi kilang pemasangan untuk Daihatsu Rocky dan Toyota Raize pasaran Indonesia. Selain itu, Rocky/Raize buatan Indonesia ini turut dieksport ke banyak negara termasuk Vietnam, Arab Saudi dan Mexico.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Indonesia mengeksport hampir 295,000 kenderaan ke 80 negara pada 2021, Daihatsu mendahului

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 01

Daihatsu Rocky berspesifikasi Indonesia

Buat masa ini, Rocky dan Raize Indonesia boleh didapati dengan pilihan sama ada 3-silinder 1.0 liter turbocaj KR-VET (98 PS/140 Nm) atau enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula jadi WA-VE (88 PS/113 Nm). Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi automatik D-CVT atau 5-kelajuan manual.

Baca: Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 02

Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid spesifikasi Jepun

Sementelahan itu, Rocky/Raize untuk pasaran Jepun telah diberi kemas kini terbaru pada bulan November 2021 yang menyaksikan pengenalan e:Smart hybrid yang menyaksikan enjin 1.2 liter WA-VEX (106 PS/170 Nm) bertindak sebagai penjana kepada bateri - mirip Nissan Note e-Power.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 03

Daihatsu Rocky Hybrid ketika intipan di Malaysia

Dengan kehadiran model Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid ini di Indonesia, adakah SUV ini akan dilancarkan di Nusantara tidak lama lagi? Sebagai rujukan, Perodua pernah memberitahu bahawa mereka juga sedang menjalankan kajian pasaran mengenai kebolehlaksanaan Ativa Hibrid dalam satu sesi perkongsian perniagaannya.

Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN? 04

Model yang sama diintip di Malaysia

Pengeluar kereta nombor 1 Malaysia itu berpendapat bahawa mereka juga percaya bahawa kenderaan elektrik hibrid (HEV) adalah penyelesaian untuk maju ke hadapan ke arah neutraliti karbon.

Baca: SPYSHOT: Daihatsu Rocky e:Smart sekali lagi berlegar di Malaysia, Ativa Hybrid bakal tiba?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda