window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya!

Haris · Jan 28, 2022 07:00 PM

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya! 01

Gambar hiasan
  • Perodua labur dalam projek elektrifikasi
  • Kerajaan menyasarkan EV meliputi 15% daripada TIV menjelang 2030
  • Tetapi Perodua meramalkan hanya 5% daripada TIV untuk EV menjelang 2030
  • Harga mampu milik menjadi keutamaan Perodua

Pada sidang media perkongsian prestasi perniagaan tahun 2022 baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bahawa projek pembangunan sedang dijalankan untuk model Perodua elektrik, yang meliputi kenderaan hibrid dan elektrik penuh (EV).

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya! 02

Perodua akan melaburkan sejumlah RM 1.33 bilion tahun ini; Daripada jumlah tersebut, RM 529.1 juta akan diperuntukkan untuk pengenalan model baharu (termasuk Perodua Alza 2022).

Baki RM 797.5 juta selebihnya akan diagihkan untuk menaik taraf kemudahan ujian, kilang pembuatan, pusat R&D dan pendigitalan – kesemuanya merupakan asas untuk menyokong pembangunan hibrid dan EV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Hibrid pertama Perodua (Ativa?) sedang giat dibangunkan – pelancaran 2023, harga mampu milik menjadi fokus utama

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya! 01

“Ini (pelaburan) adalah untuk kajian kebolehlaksanaan yang perlu dilakukan, semua senario asas dan andaian yang perlu kita lakukan, tinjauan pasaran, dan kesemuanya. Pelaburan untuk elektrifikasi adalah sesuatu besar,” kata Dato’ Zainal.

Sebagai rujukan, kajian dari pihak kerajaan meramalkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 700,000 unit untuk tahun 2030 dan 15 peratus daripada jumlah itu disasarkan untuk model kereta elektrik (EV). Hal ini bermakna, lebih 100,000 unit kenderaan elektrik (EV) sepatutnya dijual pada tahun 2030 tersebut.

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya! 02

Sebagai pengeluar kereta nasional, Dato' Zainal berkata Perodua akan menyokong sasaran kerajaan sebanyak 15 peratus daripada TIV untuk EV menjelang 2030. Bukan itu sahaja, Perodua harus menerajui dan melancarkan EV pertamanya sebelum 2030.

Baca: Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN?

K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya! 03

Walauagaimanapun, beliau juga berkata bahawa berdasarkan kajian dalaman syarikat dan pembangunan semasa, unjuran yang lebih realistik ialah 5 peratus. Beliau menambah bahawa pelan hala tuju yang lebih terperinci untuk EV akan diumumkan pada peringkat kemudian.

“Tidak seperti pengeluar lain, kita tidak boleh hanya memperkenalkan kereta elektrik kerana teknologi atau persekitaran. Untuk Perodua kita kena tambah satu lagi aspek iaitu harga mampu milik. Bagaimanakah kita boleh menjadikan elektrifikasi menjadi mampu milik kepada rakyat Malaysia? Inilah tujuan pelaburan itu,” tambahnya.

Baca: Walaupun harga besi naik 20%, Perodua baik hati, takkan naikkan harga kereta mereka untuk tahun 2022

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia