window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah!

Mersita ยท Feb 4, 2022 04:00 PM

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 01

Wuling Hongguang Mini EV merupakan sebuah kenderaan elektrik (EV) yang membawa arus perubahan besar dalam industri walau kecil saiznya. Ia telah mengalahkan jualan Tesla dan menempuh banjir di China, ditambah pula dengan kemasukannya ke pasaran Thailand serta Indonesia yang membuatkan ramai orang Malaysia tak senang duduk!

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 02

Sebahagian besar daripada punca kejayaan jualan serta tarikannya adalah disebabkan harganya yang teramatlah murah – bermula dari CNY 28,800 hingga CNY 48,600 (~RM 19,000 – RM 32,000). Pelanggan di China dah ‘sapu’ lebih 500,000 unit EV kenit bertayar 12 inci ini sejak Jun 2019.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak!

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 01

Bagaimana EV ini boleh dijual pada harga begitu murah? Soalan ini dijawab oleh seorang profesor dari Universiti Nagoya dan jawapannya mungkin mengejutkan ramai orang.

Mungkin terdapat sebahagian daripada oven di rumah anda

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 02

Bahagian di dalam Mini EV ini. Kredit gambar: Nikkei

Profesor Masayoshi Yamamoto mendapati yang helah SAIC-GM-Wuling Automobile ialah dengan menggunakan bahagian murah dan kurang tahan lama, namun dipasang dengan kaedah yang membuatkannya mudah untuk diganti.

Nikkei melaporkan bahawa Japan Management Association mengimport satu unit Mini EV yang dijual pada harga CNY 38,800 (~RM 26,000), dan Prof. Yamamoto serta pasukannya meleraikan kereta berkenaan selepas satu acara.

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 03

Menerusi langkah ini, beliau menganggarkan yang kos keseluruhan bahagian dan pemasangan kenderaan tersebut hanyalah CNY 26,582 (~RM 17,700).

Sebahagian daripada penjimatan kos ini adalah disebabkan ketiadaan sistem pembrekan regeneratif di dalamnya, iaitu sistem yang selalunya dianggap perlu dalam memanjangkan jarak perjalanan sesebuah EV. Oleh yang demikian, jarak perjalanan maksima yang dapat diperolehi daripada bateri 13.9 kWh ini hanyalah 170 km, membuatkannya sebuah kereta yang cukup-cukup “hanya untuk dipandu di kawasan berdekatan,” kata Yamamoto.

 

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 04

Dari atas-kiri: satu komponen motor, bahagian inverter dan satu bateri lithium-ion. Kredit gambar: Nikkei

Ketiadaan sistem brek regeneratif itu juga membolehkan penggunaan peralatan elektrik ringkas. Inverter yang menukarkan arus langsung kepada arus ulang alik cuma berkos sekitar $140 (RM 588) – satu penurunan besar daripada kos biasa iaitu $530 (RM 2,227).

Kos-kos ini diturunkan lagi dengan penggunaan alatan dan komponen biasa. Misalnya, pengurang kelajuan yang melaraskan tork motor menggunakan ‘commodity ball bearings’ dan bukannya ‘bearing’ yang direka khusus, namun kedua-duanya masih menepati syarat prestasi kenderaan.

 

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 05

Alatan berkos rendah digunakan bagi menggantikan alatan direka khusus untuk kereta itu sendiri. Kredit gambar: Nikkei

Komponen-komponennya juga menggunakan cip yang boleh ditemui di dalam perkakas elektrik di rumah (yang dihasilkan oleh syarikat Barat seperti Texas Instruments dan Infineon Technologies), dan bukannya jenis yang tahan lasak dan khusus untuk penggunaan otomotif.

Ia juga hanya menggunakan penyejukan udara (air-cooled). Seperti yang kita sedia maklum, haba itu bahaya, oleh itu jangka hayat inverter-nya ditetapkan pada 8 tahun, atau 120,000 km. Ini pastinya jauh lebih pendek daripada rekaan EV lain-lain yang direka untuk bertahan selama 20 tahun, atau 200,000 km.

Bagaimana Wuling menangani isu ini?

Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah! 06

Wuling menangani isu jangka hayat pendek ini dengan cara lain lagi: Mini EV ini direka supaya inverter-nya dan modul-modul lain boleh diganti dengan mudah, kata Yamamoto. Menerusi strategi ini, ia direka untuk mudah diganti sebagai modul, dan kerja-kerja pembaikan mudah untuk disiapkan.

Apa-apa pun, Mini EV ini berserta kelebihan/kekurangannya adalah untuk kegunaan pemandu yang ingin bergerak di kawasan berhampiran – misalnya dari rumah ke stesen-stesen pengangkutan awam berhampiran. Di sinilah anda akan nampak kehebatannya.

Baca juga: Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia