window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia?

Faisal · Feb 4, 2022 12:00 PM

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia? 01

Iklan sambutan Tahun Baru Cina oleh pengedar tempatan Nissan, Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM) baru-baru ini mengacah dua model yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2022.

Dalam iklan itu, mereka bukan setakat memperlihatkan Nissan Kicks, malah EV Nissan Ariya juga ada. Bagi anda yang belum tahu, jentera ini adalah SUV EV pertama buat Nissan. Jadi, adakah ia akan masuk pasaran Malaysia?

Juga bacaNissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, SUV yang membuat debut pada tahun lalu ini hadir dengan pacuan 2WD atau AWD (e-4ORCE). Pembeli juga ditawarkan dengan pilihan satu atau dua motor elektrik dan dua kapasiti bateri.

Juga bacaNissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia? 01

Iklan Nissan Ariya oleh ETCM pada babak penghujung.

Bateri berkapasiti 65 kWj menawarkan jarak pandu sehingga 450 km (2WD). Bateri 90 kWj pula boleh pergi sehingga 610 km (2WD). Jarak pandu varian AWD pula kebiasaanya kurang 20-30 km.

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia? 02

Menariknya, Nissan Ariya menggunakan penyejuk bateri jenis cecair. Dengan pengecasan pantas DC 130 kW selama 30 minit menggunakan soket CHAdeMo Jepun, Nissan Ariya boleh dapat jarak pandu sehingga 375 km. Pengecasan AC maksimum pula adalah pada kadar 7.2 kW.

Untuk makluman anda, Nissan Ariya mula dijual di Jepun pada tahun 2021. Tahun ini, ia akan beransur ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia? 03

Kalaulah benar ETCM hendak melancarkan Nissan Ariya, meriahlah EV buatan Jepun di negara kita pada tahun 2022 nanti.

ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia? 04

Maklumlah, UMW Toyota juga dijangka melancarkan dua EV bermula tahun ini, iaitu Toyota bZ4X dan Lexus UX 300e.

Juga bacaUMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Ariya Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda