window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: 2 unit kenderaan tentera ‘klon Humvee’ kini sedang dipandu uji di Malaysia?

Haris · Feb 7, 2022 01:00 PM

Spyshot: 2 unit kenderaan tentera ‘klon Humvee’ kini sedang dipandu uji di Malaysia? 01

Bagi peminat industri ketenteraan, tentunya berminat untuk mengetahui bahawa terdapat 2 unit kenderaan ketenteraan baharu yang dilihat sedang melakukan pandu uji di Malaysia. Selain daripada gambar intipan, tidak banyak maklumat yang boleh ditemui mengenainya.

Model pertama diintip adalah Dongfeng EQ2050. Kenderaan perisai (armored vehicle) ini ditemui di Petron Genting Highlands. Semakan mendapati bahawa terdapat kem ATM di Cameron Highlands, Pahang justeru unit ini mungkin bergerak ke arah sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laman Facebook Malaysia Military Review lagi, walaupun kenderaan ini sedang dalam fasa ujian di Malaysia, tidak semestinya pihak kerajaan akan membeli kenderaan ini.

Dongfeng EQ2050 ini dibuat oleh Dongfeng Motor Group yang berpengkalan di China dan dibangunkan berasaskan High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle (lebih dikenali sebagai Humvee) yang dibuat oleh AM General.

Menariknya, terdapat sebuah lagi model ‘klon Humvee’ yang dilihat lebih terkini.

Facebook Malaysia Military Review selanjutnya mengatakan bahawa model prototaip dipandu uji oleh DRB-HICOM Defence Technologies atau dikenali sebagai Deftech. Hal ini adalah berdasarkan pelekat yang ditampal di sisi kenderaan tersebut.

Sebagai tambahan, di belakang kenderaan ini juga terdapat 2 tong minyak dengan seragam ‘camo’ Tentera darat Malaysia.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat yang jelas mengenai model asas kenderaan yang dipandu uji Deftech. Malah, status ‘rebadge’ atau pemasangan tempatan oleh Deftech juga masih menjadi tanda tanya.

Baca: US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda