window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia!

Haris · Feb 14, 2022 11:30 AM

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 01

Rakyat Malaysia nampaknya tidak perlu lagi mengidamkan model Geely versi Pro varian tertinggi (misalnya Boyue Pro dan Binyue Pro) kerana ia hampir pasti tidak akan ke Malaysia. Namun, ia adalah kisah yang berbeza untuk Chery yang akan melakukan penampilan pertama mereka di Malaysia pada suku ke-3 tahun 2022.

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 02

Chery Tiggo 8 Pro kini mendarat di Indonesia

Kehadiran semula Chery ini diraikan dengan bukan satu, tetapi tiga model berlencana Pro apabila mereka kembali ke Malaysia akhir tahun ini, iaitu model Chery Tiggo 4 Pro, Chery Tiggo 7 Pro dan Chery Tiggo 8 Pro.

Menariknya, ia memperlihatkan strategi yang sangat berbeza berbanding rakan senegara mereka Geely dan rakan kongsi tempatan mereka Proton, yang masih belum memperkenalkan varian Pro model mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Apa istimewanya Chery model Pro?

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 01

Jawapan paling ringkas dan mudah ialah barisan model Chery Pro adalah model yang paling terkini dan paling banyak dilengkapi ciri terbaik. Untuk model Pro ini, Chery menawarkan model mereka yang paling lengkap kepada pelanggan di luar negara.

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 02

Lebih penting lagi, Chery menawarkan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay pada model eksport mereka, termasuk Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro.

Baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 03

Kabin mewah Chery Tiggo 8

Ini suatu langkah yang berbeza dengan Geely / Proton, yang sehingga hari ini, masih belum menawarkan ciri moden ini pada mana-mana model mereka.

Yang lebih pelik, GKUI akan menampilkan bahasa Thai - tiada bahasa Malaysia walaupun diperbuat di tanah air kita.

Baca: Hi, Proton mungkin akan hadir dalam Bahasa Thailand!

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 04

Chery Tiggo 7 Pro

Pasaran pemanduan sebelah kanan seperti Afrika Selatan dan Indonesia sudah, atau akan melancarkan pelbagai model Chery baharu dalam beberapa bulan akan datang.

Baca: Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022

Bagaimana dengan model Pro dari Geely?

2020 Geely Boyue Pro

Geely Boyue Pro

Geely ada menawarkan varian Pro untuk SUV mereka, termasuk Geely Boyue Pro (Proton X70 kepada kita) dan Geely Binyue Pro (Proton X50 kepada kita).

Baca: 2020 Proton X70 CKD adalah Boyue biasa, mengapa tiada Boyue Pro untuk Malaysia

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 06

Geely Binyue Pro facelift

Walaupun kedua-dua model X50 dan X70 berakar daripada SUV yang disebutkan (varian biasa), tiada petanda dari Proton untuk memperkenalkan varian Pro bagi X50 dan X70. Walaupun Proton X70 facelift mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi, adalah diragui bahawa model itu akan mendapat rupa atau ciri Boyue Pro yang lebih mantap.

2020 Geely Boyue Pro Features

GKUI19 tiada tugas penyetempatan untuk Malaysia

Salah satu sebabnya ialah kerana sistem infotainment Boyue Pro iaitu GKUI19 yang benar-benar khusus untuk China. Hal ini bermakna, Proton memerlukan banyak pelaburan dan kerja penyetempatana untuk menyesuaikannya dengan Malaysia.

Apa lagi yang boleh dijangka dengan Chery?

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 08

Model pertama yang akan dilancarkan di bawah rangkaian penjanaan Chery 4.0 ialah Chery Omoda 5. Pengeluaran SUV anggun ini telah bermula di kemudahan pengeluaran Chery di Anhui, China.

Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia! 09

Dalam satu kenyataan media, Chery berkata bahawa Omoda 5 akan dieksport ke beberapa negara pemanduan sebelah kanan, termasuk Malaysia dan Australia. Menarik? Ikuti Wapcar-BM untuk lebih berita terkini.

Baca: Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Chery Tiggo 4 Pro Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda