window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Faisal · Feb 21, 2022 10:00 AM

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 01

  • Harga naik RM 10k
  • Kini lebih lengkap, sarat dengan ciri wajib yang patut ada pada tahun 2022
  • Adakah kombo enjin moden Dynamic Force & transmisi 8AT betul-betul ubat kekurangan Camry sebelum ini?

Kalau anda perasan, kereta sedan bersaiz besar macam Toyota Camry dan Honda Accord lebih digemari oleh golongan bapa di peringkat umur 40-an, 50-an atau 60-an kerana citarasa mereka lebih kepada kereta eksekutif.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 02

Baru-baru ini, kami telah dijemput oleh UMW Toyota untuk ke sesi pandu uji media buat Toyota Camry facelift dan tidak mengejutkan, mereka menetapkan laluan ke Kuantan dimana jalannya betul-betul menguji kemampuan ‘cruiser’ yang sinonim dengan sedan segmen D yang membawa nama ‘Camry’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 01

Sebagai mukadimah, Camry facelift hadir dengan beberapa pembaharuan yang mana bagi kami, cukup menakjubkan. Senang cerita, senarai ciri yang ditawarkan, berbanding sedan saiz sama di segmen premium seperti Mercedes-Benz E-Class dan BMW 5 Series sekarang ini hanya dipisahkan melalui but belakang berkuasa, bumbung suria, suspensi canggih dan enjin turbo sahaja. Dan percaya tak percaya, ciri eksklusif yang mereka miliki juga tidak semestinya lebih bagus daripada Camry yang berfalsafah ringkas.

Trenkuasa – Lebih ‘umph’ pada rpm tinggi & luar biasa menjimatkan minyak tapi tenaga pada putaran rendah seakan tiada beza

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 02

Kembali ke topik pengalaman bersama Camry facelift, kami ingin tekankan dahulu benda pertama yang kami perasan sebaik sahaja perjalanan bermula iaitu pada enjin baru 2.5L Dynamic Force (A25A-FKS) yang mengganti enjin 2.5L 2AR-FE Dual VVT-i yang sudah tua. Dari segi vokal, nadi baharu ini menghasilkan bunyi yang seakan sama dengan enjin terdahulu. Malah, ia masih melontarkan nada ‘induction’ yang sedap untuk didengar apabila pedal minyak ditekan lebih dalam.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 03

Bercakap mengenai ini, hembusan kuasa 209 PS (+25 PS) dan 253 Nm (+18 Nm) dalam kelajuan bandar yang ada pada enjin bersuntikan direct injection ini sebenarnya rasa lebih kurang sama dengan enjin sebelum ini. Perkara ini tidak mengejutkan kerana ia tetap bukan enjin turbo (seperti yang Honda Accord guna). Namun pada putaran tinggi, enjin ini terbukti lebih bertenaga dan betul-betul boleh memecut.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 04

Cumanya, itulah. Anda perlu sabar sedikit kerana penambahan tenaga maksimum yang dijanjikan hanya dapat diakses pada rpm tinggi. Maklumlah, enjin NA kan?

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 05

Kemudian, beralihlah kita ke transmisi baru iaitu automatik 8 kelajuan Direct Shift. Transmisi jenis torque converter ini masih mengekalkan karakter yang sinonim dengan Toyota iaitu penukaran gear yang tidak sengguk langsung tetapi kelajuan penukaran tersebut masih sedang-sedang sahaja. Nak kata perlahan macam Toyota dulu-dulu pun tidak, nak kata laju macam gearbox ZF BMW pun tidak.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 06

Dalam masa yang sama, tindak balas penukaran gear oleh paddle shifter yang didatangkan buat pertama kali pada Camry juga ada kelewatan 1 saat apabila ditekan. Bagaimanapun, kami yakin bahawa 95% daripada pemilik tidak akan guna langsung mod manual kerana transmisi yang baru ini sudah cukup responsif walaupun bukan dalam mod Sport.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 07

Dari segi penggunaan minyak, di sinilah kami rasa teknologi baru dan penambahan bilangan gear betul-betul memainkan peranan. Sepanjang perjalanan, kami banyak melenjan kereta tersebut kerana mahu uji betul-betul akan kemampuan trenkuasa baru dan bacaan yang kami peroleh setelah tiba semula ke ibu pejabat Toyota di Shah Alam ialah 7.7 liter / 100 km.

Angka ini cukup mengagumkan kerana Camry bukanlah sedan yang ringan. Dilenjan pula tu. Kapasiti enjinnya pun bukan main besar lagi di zaman turbo yang serba moden ini.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 08

Lagi satu, penggunaan bahan api yang luar biasa menjimatkan ini juga dimainkan oleh faktor 8 gear yang mana pada had laju lebuh raya (110 km/j), enjin hanya berputar di bawah 2,000 rpm.

Pemanduan & keselesaan – Antara yang terbaik dalam pasaran sedan besar

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 09

Bercakap tentang pemanduan, mari kami masuk ke bab TNGA yang sinonim dengan model-model Toyota zaman sekarang. Jujur cakap, pengendalian Camry facelift tidak berbeza dengan model sebelum ini tetapi Camry generasi ini sudah terkenal dengan pengalaman memandu yang luar biasa. Perkara pertama yang akan anda perasan ialah maklum balas stereng yang begitu organik dan cepat untuk bertindak.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 10

Merit ini dilengkapkan lagi dengan kawalan badan yang cukup tegap apabila perlu dan betul-betul bersama anda sewaktu melayan selekoh. Gabungan yang dibantu oleh suspensi belakang jenis double-wishbone ini benar-benar membuatkan kami rasa seperti memandu sebuah sportsedan, agak hebat untuk sedan bersaiz besar seperti Camry.

Juga bacaToyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli

Dari segi keselesaan, pengendalian mantap yang ditawarkan pada Camry facelift juga tidak memberikan sebarang kompromi.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 11

Untuk kategori suspensi pasif, kami sejujurnya tidak dapat fikirkan apa lagi yang lebih empuk atau ‘tak rasa apa-apa’ selain daripada Camry ini. Kalau ada pun mungkin abangnya sendiri iaitu Lexus ES tetapi itu sudah di segmen premium. Tetapi apa yang lebih membuatkan kami terpukau adalah ‘feel’ apabila melalui bonggol atau jalan yang beralun dimana ia rasa macam ‘aaahhh, patutlah harga nak dekat RM 200k’. Saya sendiri sampai tercari-cari ada tak lagi satu di hadapan?

Juga bacaToyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat?

Cumanya pada kelajuan tinggi sekitar 140 km/j dan ke atas, suspensi belakang rasa sedikit sibuk, seolah-olah macam jalan tak berapa nak rata.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 12

Dalam hal ini, kami ingin selitkan mengenai tempat duduk belakang yang mana sudut sandarnya boleh dilaras 8 darjah dan tempat perehat kepala juga ada sokongan tepi yang boleh menghalang kepala anda daripada terlentok ke kiri atau kanan. Walaupun bunyinya macam ‘wow’, larasan sudut sandar ini sebenarnya lebih kepada berapa tegak anda mahu duduk.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 13

Sepanjang perjalanan kami, kusyennya yang empuk dan bangku yang cukup panjang amatlah memuaskan saya yang berketinggian 174 cm ini. Cumanya, tempat duduk belakang pada Honda Accord tetap lebih selesa kerana bangkunya lebih tinggi. Jadi, kaki anda takkan mudah lenguh kerana kedudukan peha dan betis anda rasa lebih semula jadi.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 14

Tetapi untuk bahagian depan, tempat duduk Camry facelift memang sukar untuk dikritik kerana posisi duduk dan sokongan yang diberikan cukup ergonomik. Ditambah pula dengan kusyen yang empuk, lagilah.

Kabin – sarat dengan kelengkapan tapi pengalaman di dalam kabin tetap menang dekat Accord

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 15

Dari segi estetik, bahagian dalam pada Camry facelift diperbaharui dengan skrin infotainment jenis terapung dan trim kayu yang lebih asli. Butang kosong yang sebelum ini ada pada bahagian kanan pemandu juga telah diisi dengan kawalan kamera 360 darjah. Begitu juga pada bahagian roda stereng dan tombol gear yang mana ia sekarang nampak betul-betul lengkap (ada paddle shifter dan mod memandu).

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 16

Namun begitu, kabin Honda Accord tetap lebih menyerlah kerana pertama, ia lebih luas. Jadi, anda memang akan rasa betul-betul macam dalam kereta eksekutif. Yang kedua adalah reka bentuk kabin itu sendiri yang mana Accord tetap nampak lebih istimewa. Ditambah pula dengan kluster instrumen yang lebih moden, lagilah.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 17

Di sini, kami ingin sentuh bab infotainment Camry facelift yang mana user interface dan grafik yang diguna masih ‘kureng’ berbanding Honda Accord. Resolusi kamera 360 darjah yang ada pada Camry facelift pula cukup jelas tetapi warnanya masih sekadar okay-okay sahaja.

Sistem audio JBL pada Camry facelift juga kekal dengan penghasilan kualiti bunyi yang seolah-olah tidak istimewa langsung. Namun demikian, sokongan penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto yang akhirnya UMW Toyota berikan cukuplah dihargai.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 18

Yang peliknya, sambungan pada unit yang kami pandu uji agak tersangkut-sangkut sampaikan infotainment jadi ‘hang’ dibuatnya. Mungkin RAM atau perisiannya perlu dikemaskini tetapi kami yakin isu ini boleh diselesai oleh UMW Toyota sendiri.

Konklusi – serba-serbi ada tetapi berbanding segmen premium, bagaimana?

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 19

Camry facelift yang UMW Toyota lancarkan baru-baru ini melengkapkan lagi pakej yang dibawa oleh legenda sedan segmen D di pasaran kita. Golongan bapa mungkin akan tertanya sama ada perlu tak mereka melangkah ke segmen premium sedangkan Camry pun sudah di tahap ini.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 20

Toyota Safety Sense (TSS) ada cenderung untuk brek terlalu lewat dan modulasi brek juga tidak selancar Honda Sensing.

Tetapi perlu dimaklumkan juga bahawa Accord pun tidak kurang hebatnya, terutama dari segi kesenyapan kabin dan ADAS Honda Sensing yang mana bagi kami, tetap lebih lancar berbanding Toyota Safety Sense terbaru yang kami sempat uji pada Camry facelift.

Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium? 21

Untuk menjawab persoalan sama ada patut tak anda beli ini berbanding sedan jenama premium, tunggu rebiu penuh dari kami tidak lama lagi.

Juga bacaSejarah Toyota Camry – evolusi kereta eksekutif yang sejati

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda