window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022

Faisal · Feb 22, 2022 10:05 AM

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 01

  • UMW Group daftar 24,972 unit kenderaan pada Januari 2022
  • Jualan Toyota pada Januari 2022 meningkat kepada 7,528 unit
  • Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,444 unit pada Januari 2022

Kumpulan UMW membuka tirai 2022 dengan baik apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan peningkatan bagi jualan automotif pada bulan Januari. Kumpulan telah mendaftarkan sebanyak 24,972 unit jualan kenderaan pada bulan Januari 2022, 20.4% lebih tinggi berbanding 20,740 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2021. Prestasi ini sebenarnya disokong oleh usaha untuk memenuhi jumlah tempahan yang telah tertunggak.

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 02

Jualan kenderaan UMWT pada bulan Januari 2022 meningkat hampir dua kali ganda dengan 7,528 unit, 95.8% lebih tinggi berbanding 3,845 unit yang didaftarkan pada bulan yang sama pada tahun 2021. Toyota Vios, Hilux dan Yaris terus menjadi model terlaris bagi UMWT pada bulan Januari. Memperluaskan penawaran produknya ke arah kenderaan elektrik, UMWT telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid pada 14 Januari 2022, iaitu Kenderaan Elektrik Hibrid (“HEV”) pertama dengan pemasangan tempatan di platform Toyota New Global Architecture (“TNGA”).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 01

UMWT yakin pelancaran itu akan membuka jalan dalam memperkenalkan lebih banyak HEV dan kenderaan elektrik di Malaysia sekiranya terdapat pengguna yang berhasrat untuk ke arah pemanduan yang lebih bersih, dan ini terbukti oleh tempahan yang menggalakkan bagi Corolla Cross HEV sejak Oktober 2021. Ia juga selaras dengan matlamat kumpulan untuk mencapai objektif neutral karbon menjelang 2050.

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 02

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 17,444 unit pada bulan Januari 2022, 3.2% lebih tinggi berbanding 16,895 unit yang didaftarkan pada bulan Januari tahun 2021. Perodua mensasarkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 247,800 unit pada tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang dijual pada tahun 2021.

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 03

Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 265,900 kenderaan pada tahun ini dan dalam pada itu, akan membeli komponen sumber tempatan yang bernilai RM7.5 bilion pada 2022 yang akan terus membawa kebaikan terhadap industri automotif tempatan.

Juga bacaPemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus

Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022 04

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Kumpulan menjangkakan jualan kenderaan bagi automotif akan berterusan pada masa yang akan datang yang disokong oleh pengenalan model baharu yang menarik serta pengecualian cukai jualan. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) juga meramalkan bahawa jualan keseluruhan industri (TIV) akan meningkat hampir 18% kepada 600,000 unit pada 2022, disokong oleh unjuran pertumbuhan KDNK antara 5.5% dan 6.5% bagi tahun 2022, sokongan berterusan daripada kerajaan serta peningkatan terhadap keyakinan pengguna."

Juga bacaMAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda