window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China

Faisal ยท Feb 22, 2022 08:00 PM

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China 01

  • Dongfeng Honda mungkin pasang Civic Type R 2022
  • Hothatch ini katanya akan dilancarkan di China sekitar September
  • Apa lagi negara yang akan pasang Civic Type R?

Seperti yang anda tahu, debut Honda Civic Type R generasi baharu 2022 semakin dekat.

Juga bacaHonda Civic Type R generasi baru diacah sebelum pelancaran tahun 2022, ada ciri unik pada pelekat camo!

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China 02

Honda Civic Type R generasi ketam.

Namun begitu, kilang Honda Swindon di United Kingdom yang menghasilkan Civic Type R selama ini telahpun ditutup sejak 7 bulan yang lalu. Perkara ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaProduksi kembali semula ke Jepun, inilah Honda Civic buatan UK yang terakhir!

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China 01

Sementara kita menunggu pengumuman daripada Honda sendiri, satu laporan dari China telah mendedahkan bahawa merekalah yang akan memasang hothatch tersebut.

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China 02

Menurut laporan itu, Dongfeng Honda mungkin mengimport komponen pemasangan CKD dan memasang Civic Type R baharu untuk pasaran domestik mereka. Menariknya, Civic Type R baharu juga mungkin dilancarkan di China seawal September ini.

Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China 03

Bagi anda yang belum tahu, hothatch yang digilai ramai ini akan menggunakan enjin 2.0L turbo K20C daripada Civic Type R sekarang tetapi dengan penambahan 2 motor elektrik di belakang.

Juga bacaUntuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Apapun, ia dijangka kekal dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Juga bacaHonda Civic Type R 2022 ‘belasah’ Suzuka Circuit, nampak lagi ‘pedas’ dari FK8!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda