Walaupun pandemik COVID-19 menyebabkan industri automotif terhenti seketika tahun ini, prestasi pasaran Geely di Filipina masih kekal kuat. Berdasarkan laporan jualan terkini, Geely Coolray (iaitu Proton X50 yang akan datang di Malaysia) telah menjadi SUV sub-kompak 5 tempat duduk paling laris di sana, dengan 154 unit terjual dalam bulan Jun.
Secara kumulatif, Geely Filipina berada pada tangga ke-10 dalam keseluruhan jualan pada bulan itu dengan jualan gabungan 184 unit bagi Coolray dan Azkarra yang baru saja dilancarkan. Ini adalah rekod jualan tertinggi bagi Geely sejak Januari 2020, kenaikan sebanyak 60% daripada jualan bulan Mei.
Dari 1 Januari hingga June 2020, Geely Filipina telah berjaya menjual sejumlah 549 unit kenderaan.
Mikihisa Takayama, Presiden dan CEO Sojitz G Auto Phillipines (SGAP), iaitu pengimpot dan pengedar kenderaan Geely di Filipina berkata, “Ini sememangnya perkembangan yang amat positif memandangkan semua jenama auto sedang cuba untuk bangkit semula setelah sekatan dinaikkan. Kami amat gembira dengan hasil ini kerana ia dipacu oleh hanya satu model, iaitu Coolray dan cuma satu bilik pameran terletak di EDSA Utara."
“Kami jangkakan yang jualan Geely akan meningkat lagi setelah kami membuka kedai baru nanti dan menambah lagi barisan produk kami tahun ini,” tambah Takayama.
Nampaknya Geely Coolray/Proton X50 disambut dengan sangat baik di Filipina. Adakah anda rasa hal yang sama akan berlaku di Malaysia? Jom kongsi pendapat anda di ruangan komen kami nanti!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}