window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini?

Haris · Mar 1, 2022 06:00 PM

Video: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini? 01

  • Sistem e-Smart Daihatsu; hibrid siri satu motor, mirip Nissan e-Power
  • Enjin petrol berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi untuk kegunaan motor elektrik, pergerakan hanya menggunakan motor elektrik sahaja 
  • Elektrifikasi yang terdiri daripada hibrid dan kenderaan elektrik menjadi tumpuan utama Perodua pada tahun 2022

Perodua telah pun mengesahkan bahawa hala tuju syarikat pada 2022 akan merangkumi elektrifikasi yang merangkumi EV dan hibrid. Malah orang kebanyakan pun boleh mengagak bahawa model elektrik pertama Perodua ialah Perodua Ativa e-Smart Hybrid dan klip YouTube yang baru dikeluarkan ini mungkin sekali suatu petunjuk kukuh bahawa model tersebut hampir tiba.

Dengan Indonesia dijangka melancarkan Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid akhir tahun ini, Perodua Ativa e-Smart Hybrid juga dijangka tidak akan ketinggalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam video terbaru mereka, Perodua tidak segan silu menunjukkan amalan pengilangan lestari, menjadi lebih mesra alam, cekap tenaga dan menghasilkan sedikit atau tiada pembaziran. Perlu diingatkan, karbon adalah musuh utama dan bukannya enjin.

Video: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini? 01

Jadi mengapa video mengenai kelestarian itu muncul secara tiba-tiba? Mungkin Perodua sedang membina 'hype' menjelang pratonton Perodua Ativa e-Smart Hybrid.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana sistem hibrid Perodua akan berfungsi, pastinya ia akan berbeza daripada hibrid ringan (mild-hybrid) biasa secara radikal.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Video: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini? 02

Secara ringkasnya, hibrid penuh akan dikuasakan dengan pacuan motor elektrik sahaja manakala hibrid ringan menggunakan motor elektrik yang lebih kecil untuk membantu enjin petrol utama dengan rangsangan tork. Contoh yang paling dekat untuk hibrid ringan termasuk IMA Honda generasi lama.

Walaupun susun atur hibrid Daihatsu/Perodua pada asasnya sangat ringkas namun ia tetap dipanggil hibrid penuh kerana ia menggunakan motor elektrik secara bersiri dengan enjin petrol.

Video: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini? 03

Bagi mereka, enjin 1.2 liter aspirasi semula jadi petrol tidak menggerakkan roda. Fungsi utamanya adalah sebagai penjana untuk memastikan bateri voltan tinggi sentiasa dicas dan memacu motor elektrik yang berfungsi sebagai sumber pemacu utama pada kebanyakan masa.

Sebagai jenama massa, Perodua tidak boleh hanya melancarkan hibrid atau EV untuk setanding dengan pasaran kerana ia juga perlu disasarkan pada harga yang berpatutan.

Memandangkan Perodua paling mahal pada ketika ini ialah Aruz AV yang mendahului pada RM 73,226 manakala Ativa AV tidak terlalu jauh di belakang pada RM 71,200, model hibrid seterusnya yang paling murah ialah Honda City RS pada RM 105,950.45.

Secara anggarannya, harga Perodua Ativa e-Smart Hybrid jatuh di antara angka-angka tersebut tetapi mungkin lebih hampir dengan status mampu milik Perodua.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda