window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS!

Faisal ยท Mar 3, 2022 04:00 PM

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 01

  • EON lancar pusat 3S-Platinum pertama di Alor Setar
  • Ini pusat 3S-Platinum pertama buat EON
  • Pada tahun 2021, EON jual hampir 5,000 kereta

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) hari ini telah melakar satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan rasmi Pusat 3S Proton baharu di Alor Setar. Pusat ini merupakan pusat 3S-Platinum pertama EON, dan pusat EON-PROTON yang kesepuluh di negara ini, menjadikan EON rangkaian pengedar terbesar pembuat kereta nasional ini.

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 02

Terletak strategik di Pusat Komersial Souq di Timur-Laut bandar Alor Setar, pusat Proton EON 3S-Platinum Alor Setar ini merupakan pusat Platinum pertama di Kedah. Mudah diakses melalui Jalan Tun Abdul Razak, pusat ini dikelilingi oleh institusi pendidikan seperti Universiti Antarabangsa AlBukhary dan Sekolah Antarabangsa AlU, dan pusat membeli-belah dengan kemudahan seperti pasaraya, Bank Muamalat, Pos Malaysia dan kawasan bazar yang besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 01

“Pelancaran Proton EON 3S-Platinum di Alor Setar ini telah menguatkan komitmen EON untuk mengukuhkan kehadiran Proton di negara ini, terutamanya di wilayah Utara. Ini adalah sebahagian daripada rancangan perluasan perniagaan EON dan usaha berterusan untuk memenuhi keperluan pasaran kereta Malaysia yang semakin berkembang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Akkbar Danial.

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 02

“Pengguna hari ini telah menjadi lebih arif, lebih berpengetahuan, dan menuntut lebih nilai bukan sahaja dari aspek kenderaan malah perkhidmatan yang ditawarkan harus memenuhi jangkaan mereka. Matlamat kami adalah untuk menyediakan kemudahan berkualiti premium, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, selain terus meningkatkan perkhidmatan daripada peringkat pra-pembelian, pembelian, hingga selepas pembelian,” tambah Akkbar.

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 03

Dengan keluasan binaan 35,992 kaki persegi, pusat Proton EON 3S-Platinum ini boleh mempamirkan sehingga tujuh buah kereta, dan mempunyai ruang istirahat pelanggan yang luas dan selesa. Ia juga lengkap dengan kemudahan seperti sudut F&B, stesen pengecasan komputer riba/telefon bimbit, Wi-Fi percuma, Netflix dan bilik kanak-kanak untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan. Pusat ini juga mempunyai enam ruang servis dengan sistem pengangkat, tiga ruang tanpa sistem pengangkat, ruang servis untuk penjajaran tayar dan ruang Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS).

EON lancar Pusat 3S-Platinum Proton pertama di Alor Setar, siap ada tempat uji ADAS! 04

EON merupakan pengedar Proton terbesar di Malaysia, dengan pengedaran  di bahagian Tengah, Selatan dan Utara Malaysia. EON mengutamakan pembangunan rangkaian dan penambahbaikan cawangan sebagai sebahagian daripada strategi untuk menaikkan jualan . Pada 2021, EON berjaya menjual hampir 5,000 unit kereta Proton di seluruh negara.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda