window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah...

Haris · Mar 12, 2022 02:00 PM

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 01

  • Kereta Honda terkecil yang dijual di luar Jepun
  • Kereta paling popular di Indonesia 2020
  • Mampukah Brio berjaya di Malaysia?

Tahun 2020 bukanlah tahun yang tersemat dalam lipatan sejarah kita namun nampaknya di Indonesia, negara itu mencipta satu sejarah yang tersendiri. Apa yang terjadi adalah, Honda mematahkan dominasi Toyota di Nusantara dengan Honda Brio menjadi kereta paling laris laris tahun 2020.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 02

Hatchback kecil itu, kini dalam generasi kedua, menyaksikan 40,880 unit terjual sepanjang 2020 di sana. Sementara itu, dengan 35,750 unit terjual, Toyota Avanza jatuh ke tempat kedua selepas bertahan selama 15 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 01

Hatchback adalah sebuah bentuk badan yang sangat sesuai untuk Malaysia. Malah, dengan lencana Honda tersemat di gril hadapan, nampaknya Honda Brio mampu melakar sejarah yang tersendiri di Malaysia. Namun, mengapa ia tidak berlaku? Jadi, apa yang berlaku?

Honda tampil dengan New Small Concept

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 02

Honda sebelum ini telah menyempurnakan resipi model yang direka khusus untuk pasaran membangun dengan Honda City. Ia menarik minat pembeli dengan harga yang berpatutan dan ketahanan umum yang boleh dipercayai.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 03

Walaupun Honda Jazz adalah hatchback yang popular di kebanyakan pasaran, Honda mahu menghasilkan kereta yang lebih kecil dan mampu milik untuk generasi muda yang lebih mesra mobiliti dalam pasaran membangun. Tidak seperti tahun 1990-an, pembeli muda alaf baru mahukan sebuah kenderaan bandar yang kecil, lincah dan menjimatkan.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 04

Pada Ekspo Auto New Delhi 2010, Honda memperkenalkan konsep New Small Concept yang akan mempamerkan pratonton Honda Brio generasi pertama. Pada pameran permotoran itu, Honda mengumumkan bahawa model tahap permulaan baharu itu akan dilancarkan pertama kali di India dan Thailand pada 2011 dan akan dibina di kilang kedua-dua negara.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 05

Honda Brio dilancarkan di Thailand sebagai sebahagian daripada respons kepada program Eco Car untuk mempromosikan pengeluaran kereta kompak dan jimat bahan api di negara itu. Oleh itu, Honda Brio berspesifikasi Thailand hanya tersedia dengan enjin 1.2 liter i-VTEC SOHC petrol (90 PS/110 Nm) yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik CVT.

Enjin 1.2 liter yang sama turut digunakan pada Honda Brio spesifikasi India tetapi pasaran lain menerima enjin 1.3 liter i-VTEC SOHC yang lebih besar serta mampu menghasilkan 99 PS dan 128 Nm. Kebanyakan pasaran hanya menerima salah satu sahaja daripada 2 pilihan enjin tersebut tetapi menariknya Indonesia adalah satu pengecualian.

Pada awalnya hanya ditawarkan dengan enjin 1.3 liter namun enjin 1.2 liter yang lebih kecil dibawa masuk ke Nusantara untuk mematuhi program Low Cost Green Car (LCGC). Honda Brio yang 'kurang' berkuasa dilabel sebagai Brio Satya dan dipasang di kilang PT Honda Prospect Motor (HPM) di Karawang, Indonesia manakala Brio Sport 1.3 liter diimport dari Thailand.

Pakej dalaman yang bijaksana

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 06

Walaupun saiznya kecil, Brio generasi pertama agak luas di dalam dan falsafah "Man Maximum, Machine Minimum" dilihat dipaparkan dengan baik di sini. Pereka Honda memberikan tempat duduk hadapan reka bentuk skup yang membolehkan lebih banyak ruang kaki di bahagian belakang.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 07

Penggunaan kaca dan warna cerah yang menarik oleh Brio memberikan rasa kabin yang lebih lapang, sesuatu yang kurang ditawarkan oleh pesaingnya. Walaupun sesetengah orang mungkin melihat penggunaan pintu belakang kaca sebagai unik, ia adalah salah satu cara Honda menurunkan harga Brio.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 08

Apa yang lebih menarik ialah, platform Honda Brio akan berkembang melangkaui perkongsian hatchback kecil dengan model seperti Amaze (sedan), Mobilio (MPV) dan Honda BR-V - yang terakhir tidak asing lagi untuk pasaran Malaysia.

Baca: Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa?

Pada mulanya ia meragukan

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 09

Honda Brio gen 1 facelift

Penyelesaian terbaharu Honda untuk pasaran membangun kelihatan seperti satu lagi kejayaan selepas lebih sedekad berjaya menakluk pasaran tersebut dengan jualan Honda City. Malangnya, hal ini jauh dari realiti apabila direalisasikan.

Semasa pelancaran Honda Brio di Thailand, Honda menjangkakan untuk menjual 40,000 unit setiap tahun di negara itu tetapi sasaran itu jauh panggang dari api. Lebih teruk lagi, Honda Thailand hanya berjaya menjual sekitar 32,000 unit sepanjang pengeluaran iaitu di antara 2011 hingga 2020.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 10

Honda Brio pasaran India

Walaupun Honda Brio telah disesuaikan untuk pembeli India, daya tarikan Honda mampu milik jatuh dengan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi - sesuatu yang unik untuk pasaran India. Ditambah dengan rangkaian peniaga yang kurang meluas, daya tarikan Honda Brio nampaknya semakin terjejas.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 11

Walaupun gagal dalam pasaran teras yang memang disasarkan untuk Honda Brio, terdapat satu pasaran yang menerima hatchback kecil Honda ini dengan tangan terbuka. Rakyat Indonesia menerima Brio dengan memberangsangkan lalu menyaksikan Honda memutuskan bahawa kepulauan itu akan menjadi pentas debut untuk Brio generasi kedua.

Jakarta memanggil

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 12

Sama seperti pendahulunya, Honda Brio generasi kedua pertama kali diacah sebagai kereta konsep - Small RS Concept yang pertama kali diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia pada April 2018.

Baca: Honda ZR-V dilakar berdasarkan SUV RS Concept – bakal mencabar Ativa sehabis-habisan

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 13

Empat bulan kemudian di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) ke-26, versi pengeluaran Honda Brio generasi kedua dilancarkan. Dengan pengeluaran di Thailand dan India tamat, mini Honda ini hanya dipasang eksklusif di kilang Honda Prospect Motors di Indonesia.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 14

Penggayaan untuk generasi baharu adalah lebih konvensional daripada model pendahulunya dengan hac kaca yang funky (dan lebih murah untuk dihasilkan) digantikan dengan pintu kaca lama. Walau bagaimanapun, di sebalik semuanya, ia masih berkongsi platform yang sama seperti pendahulunya untuk mengekalkan harga rendah.

Memandangkan Honda Brio dibangunkan untuk pasaran Indonesia, hanya satu enjin ditawarkan – enjin 1.2 liter i-VTEC yang dibawa daripada generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, Honda Brio juga turut dijual di pasaran lain termasuk Filipina dan Vietnam di mana ia merupakan model Honda termurah dalam pasaran.

Potensi Honda Brio sebenar - lawan Perodua?

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 15

Malaysia juga mahu membuka tangan menerima Honda Brio. Dengan sambutan terhadap ‘Lambang H’ yang padu, agak pelik mengapa Brio tidak dapat ditawarkan di sini.

Antara alasan yang paling jelas untuk melupakan Honda Brio ialah Perodua. Hal ini bermakna, sekiranya Honda Malaysia membawa Brio ke sini, harganya akan lebih hampir kepada model asas Myvi berbanding Axia.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 16

Malangnya, Malaysia tidak mempunyai harga pasaran terbuka seperti Singapura dan pasaran automotif yang berat sebelah. Akibatnya, kereta kecil dan mampu milik seperti Honda Brio akan berharga lebih mahal walaupun dengan projek pemasangan tempatan (CKD) terlibat.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 17

Selain itu, untuk membolehkan Honda Brio dijual di Malaysia, Honda perlu mendapatkan sijil kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) daripada JPJ yang merupakan proses yang mengambil banyak masa. Oleh itu, Honda mahu mengelak daripada melalui proses yang memakan masa untuk model tahap pengenalan, serta kemungkinan yang sukar untuk memenangi pembeli teras Perodua.

Honda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah... 18

Kesemua kesungguhan Honda akhirnya terbayar pada tahun 2020 apabila ia menjadi Kereta Paling Laris Indonesia pada tahun tersebut. Untuk Malaysia pula, Honda Brio adalah suatu impian yang masih jauh. Kerjasama Proton dengan Honda suatu ketika dulu hanya membuahkan Proton Perdana 'Accordana'. Entah salah siapa, anda nilaikan sendiri. 

Baca: Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda