window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

Khairil · Mar 8, 2022 06:03 PM

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 01

Generasi terbaharu salah satu kapcai terlaris dan 'panas' di pasaran Malaysia, Yamaha 135LC Fi 2022 akhirnya dilancarkan secara rasmi, hari ini yang didatangkan dengan dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE).

Untuk varian Standard, ia datang dengan tanda harga RM 7,798.00 (asas) bersama tiga pilihan warna menarik iaitu: 

  • Crystal Cyan
  • Midnight Star
  • Red Ruby 

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 01

Crystal Cyan

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 02

Red Ruby 

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 03

Midnight Star

Manakala untuk varian SE, harga jualan yang disyorkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) adalah RM 8,198 (asas) bersama satu pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Desert Storm

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 04

Desert Storm

Seperti kebiasaan, angka harga yang dipaparkan itu adalah asas tanpa yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Apa yang lebih menarik, Yamaha 135LC Fi 2022 ini adalah eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja. 

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 05

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan HLYM, Dato Dr Jim Khor, pihaknya cukup berbangga dengan kehadiran Yamaha 135LC Fi 2022 ini yang tercipta dengan 'hasil tangan' orang Malaysia yang memenuhi kehendak pengguna di Malaysia.

Sebagai permulaan, Yamaha mendakwa Yamaha 135LC Fi 2022 ini adalah motosikal klac automatik 135 cc paling berkuasa di pasaran ketika ini.

Juga baca: Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 06

Dan untuk kekal relevan di pasaran tempatan, model yang sudah 'merentas' zaman dan diperkenalkan sejak 2006 ini diberikan pelbagai pembaharuan dan naik taraf.

Tidak lagi seperti model terdahulu, ia kini dipadankan dengan teknologi Suntikan Bahan Api (Fi), patuh piawaian Euro4, kerangka lebih ringan dan kukuh serta penggunaan brek cakera depan dan belakang.

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 07

Pembaharuan lain yang cukup ketara ialah ia turut didatangkan dengan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 4.6 liter bagi tunggangan lebih jauh dan pot kunci yang lebih mudah untuk membuka pelana.

Panel meter juga menggunakan speedometer digital baharu pelbagai maklumat, lampu hadapan baharu yang lebih agresif (mirip Y15ZR), lampu belakang LED dengan rekaan tajam (mirip Y16ZR).

Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 08

Secara keseluruhan dari sudut rekaan, Yamaha 135LC Fi 2022 juga mengalami perubahan dengan ciri aerodinamiknya dipertingkatkan bagi menawarkan tunggangan yang lancar.

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 09

Berbalik kepada spesifikasi trenkuasa, Yamaha 135LC Fi 2022 menggunakan enjin bersesaran 135 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Sejukan Cecair, SOHC, Fi. Begitupun, sistem transmisi kekal 4 kelajuan klac automatik.

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 10

Kuasa yang dihamburkan ialah 12.5 Hp pada 8,000 rpm dan tork 12.2 Nm pada 6,000 rpm.

Sebagai perbandingan, Yamaha 135LC 2021 menghasilkan kuasa 11.9 Hp pada 8,500 rpm dengan tork maksimum 11.79 Nm pada 5,500 rpm.

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 11

Untuk Yamaha 135LC Fi 2022 varian SE, selain skema warna dan corak grafik yang 'simple' serta rim berwarna 'gangsa', ciri-ciri tambahan yang dibekalkan adalah bakul Yamaha 2 dalam 1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan.

Bakul ini memiliki ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa ditunggang dan beberapa lagi perincian.

Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k! 12

Kepada yang berminat, setiap pembelian akan memperoleh kunci cakera eksklusif Yamaha dengan jaminan yang diberikan adalah 20,000 km atau 2 tahun (yang mana tiba dahulu).

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda