window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini baru betul! Polis pengiring Agong bantu perjalanan ambulans Uncle Kentang ke IJN

Mersita · Mar 9, 2022 07:30 PM

Ini baru betul! Polis pengiring Agong bantu perjalanan ambulans Uncle Kentang ke IJN 01

Sedang kita acapkali mendengar berita tentang kumpulan pengiring VIP yang dikatakan mementingkan perjalanan VIP lebih lagi daripada kenderaan kecemasan, kali ini kita akhirnya disajikan bukti yang menunjukkan situasi sebaliknya; lebih-lebih lagi melibatkan status lebih tinggi daripada semua VVIP lain yang ada di Malaysia.

Menurut satu video dimuatnaik di laman Facebook Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, tiga anggota polis pengiring yang sedang mengiringi perjalanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat membuat keputusan pantas untuk mengiringi ambulans Uncle Kentang yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Ini baru betul! Polis pengiring Agong bantu perjalanan ambulans Uncle Kentang ke IJN 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Uncle Kentang, beliau pada mulanya memberi laluan kepada konvoi pengiring berkenaan. Namun, memandangkan ambulans sedang bergerak dengan siren terpasang, tiga anggota pengiring di hadapan sekali dengan pantas memberi isyarat dan bertindak mengiringi ambulans tersebut dari Jalan Semantan sehingga ke Jalan Parlimen.

Baca juga: Video: Beri laluan kepada VIP, kali ini ambulans dengan bunyi siren pula ditahan!

Setelah dibantu oleh polis pengiring terlibat, pesakit di dalam ambulans berkenaan dikatakan berjaya sampai di IJN dengan selamat pada 9.45 pagi dan telah menerima rawatan yang sepatutnya.

Ini baru betul! Polis pengiring Agong bantu perjalanan ambulans Uncle Kentang ke IJN 01

Uncle Kentang menzahirkan rasa syukur beliau menerusi video berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai pengiring Agong kerana sudi membantu melancarkan perjalanan ambulans beliau.

Baca juga: Perli siapa? Konvoi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans sengaja ditularkan!

Baru-baru ini, media sosial hangat dengan pelbagai kisah anggota pengiring VIP yang tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan. Kisah terbaru melibatkan anggota pengiring Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang bertindak menghentikan sebuah ambulans di Johor Bahru. Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dan menjelaskan bahawa tindakan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Baca juga: Video: Tiada kompromi, ambulans terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada ‘escort’ VIP

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda