window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia

Haris · Mar 11, 2022 09:00 AM

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 01

  • Pra-tempahan dihentikan selepas 1,800 deposit dikumpulkan
  • Australia diperuntukkan hanya 500 kereta setahun
  • Kekurangan cip semikonduktor dan bateri EV menghadkan jualan
  • Malaysia akan melancarkan Kia EV6 pada separuh ke-2 2022, tetapi bekalan terhad akan menaikkan harga

Kia Australia telah mengesahkan bahawa mereka telah membuka semula tempahan baharu untuk model Kia EV6. Atas faktor kekurangan bekalan bahan seperti bahagian semikonduktor dan bateri, hal ini bermakna Australia hanya mendapat peruntukkan sebanyak 500 unit kereta setahun.

Pelanggan yang melayari laman web Kia Australia untuk menempah Kia EV6 disambut dengan notis yang mengatakan, “Disebabkan gangguan rantaian bekalan global, kekurangan semikonduktor dan permintaan yang tinggi, kami mengalami tempoh menunggu yang lama untuk EV6. Daftar di sini untuk kemas kini status ketersediaan terkini.”

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa ini, Kia Australia telah mengumpul 1,800 deposit pada kereta itu, daripada 25,000 pra-tempahan yang dikumpulkan.

Dalam kadar bekalan semasa, Kia Australia memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk memenuhi 1,800 pesanan ini, mendorong syarikat itu untuk menghentikan pratempahan.

Tanpa gangguan bekalan, Kia memberitahu portal Australia GoAuto bahawa mereka boleh menjual sebanyak 5,000 unit Kia EV6 dengan mudah setiap tahun.

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 01

Kekurangan bateri adalah kebimbangan terbesar lantaran pengeluar telah memberi amaran berkali-kali kepada kerajaan terhadap dasar yang cenderung kepada kenderaan elektrik (EV).

Kapasiti pengeluaran untuk bateri voltan tinggi tidak mencukupi dan rantaian bekalan tidak dapat menampung permintaan. Harga mineral yang diperlukan untuk membuat bateri sedemikian juga meningkat.

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 02

Walaupun pengeluar melabur untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bateri, bekalan akan terus dibelakang permintaan sehingga tahun 2030 berdasarkan jangkaan.

Tahun lepas, pakar kenderaan elektrik CEVT Geely-Volvo Johan Hellsing memberitahu WapCar.my dalam satu temu bual, menjelaskan bahawa mengabaikan hibrid untuk mempercepatkan EV adalah 'kurang bijak' kerana mendapatkan bateri yang mencukupi adalah punca kesesakan rantaian bekalan yang paling utama.

Baca: 10 minit untuk cas bateri EV penuh, teknologi terbaru syarikat Israel dan rakan teknikal Vinfast!

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 03

Kia EV6 ialah model saudara kepada Hyundai Ioniq 5. Kedua-dua SUV elektrik (ya, ia adalah SUV) dibangunkan pada platform E-GMP yang sama khusus untuk EV.

Situasi bekalan Hyundai Ioniq 5 tidaklah lebih baik. Hyundai Australia hanya berjaya menjual 400 unit kenderaan ini sejak dilancarkan di benua terkecil dunia itu tahun lalu, menerima peruntukan yang lebih kecil daripada Kia EV6.

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 04

Bagi peminat kenderaan elektrik (EV), Kia EV6 telah diperuntukkan untuk pelancaran di Malaysia dalam tempoh separuh kedua 2022.

Di peringkat global, Kia EV6 boleh didapati dalam dua pilihan bateri. Varian jarak standard mempunyai bateri 58 kWj yang memberikan sehingga 394 km manakala varian jarak jauh mempunyai bateri 77.4 kWj yang mampu pergi sehingga 528 km.

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 05

Seperti Hyundai Ioniq 5, Kia EV6 menyokong seni bina pengecasan dwi 400V dan 800V untuk pengecasan DC yang lebih pantas.

Sebagai pasaran yang jauh lebih kecil, bekalan kurang menjadi isu bagi Malaysia, tetapi ini juga bermakna harga akan menjadi sangat tinggi.

Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia 06

Jika pengimport Malaysia, Dinamikjaya Motors mengadu tentang harga borong yang tinggi, Kia Motors hanya akan memberitahu pengimport Malaysia sama ada berdiam diri dan terima harga itu, atau ke tepi dan berikan pengimport Australia untuk mendapatkan peruntukan yang ditawarkan.

Perniagaan Kia di Australia dan Malaysia diuruskan oleh pejabat serantau Asia Pasifik yang sama, ketika ini beroperasi di Menara Naza, Platinum Park di Kuala Lumpur.

BacaHyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda