window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia?

Khairil · Mar 12, 2022 04:00 PM

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 01

Sempena pelancaran Yamaha 135LC Fi 2022, baru-baru ini, kami di WapCar bersama rakan media lain turut diberi kesempatan untuk menjalankan tunggang uji ringkas model yang dikatakan dibangunkan khas untuk rakyat Malaysia ini.

Sebagai model yang boleh dilabel 'legend' dan berada di pasaran tempatan sejak 2006, nama 'LC' sememangnya cukup rapat dengan rakyat Malaysia dan menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), model generasi terbaharu ini dibina eksklusif untuk pasaran Malaysia saja.

Juga baca: Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 01

Bergandingan dengan jurutera dari Jepun, ia dikatakan dicipta khas untuk memenuhi keperluan semasa di Malaysia di mana pasaran dalam segmen 'Moped' masih tinggi berbanding beberapa negara jiran lain.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 02

Dan selepas menunggang uji ringkas penawaran terbaharu ini yang dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan), ini adalah input yang kami peroleh.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 03

Reka bentuk

Tak salah kalau menyatakan Yamaha 135LC Fi 2022 ini adalah 'sumpahan' beberapa model terkenal Yamaha lain termasuk Yamaha Y16ZR 2021, Yamaha Y15ZR V3 termasuk Yamaha 125ZR tetapi apa yang mustahak, rekaannya kekal relevan dan sedap mata memandang.

Ia masih mempunyai identiti sendiri terutama di bahagian panel depan dan fairing yang sememangnya menunjukkan ia adalah LC yang amat terkenal.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 04

Prestasi

Dijana enjin bersesaran 135 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Sejukan Cecair, SOHC, Fi, prestasi Yamaha 135LC Fi 2022 dianggap memuaskan dalam kelasnya. Di Sepang, penulis dapat mengerah sedikit kuasanya dan tiada sebarang aduan besar. 

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 05

Imej tangkap layar video ARMI MotoVlog

Sekalipun sistem transmisi kekal 4 kelajuan klac automatik, ia tetap lancar tanpa sebarang sengguk sekalipun dikerah keras dan boleh dikawal. Untuk penulis, agak segan untuk menyatakan berapa 'top speed' yang diperoleh susulah keadaan badan yang sasa.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 06

Tetapi rakan media yang boleh dianggap pakar dalam arena ini mendakwa berjaya memecut sehingga kelajuan 120 km tapi ia pasti banyak bergantung kepada skill dan berat badan.

Tiada sebarang gegaran yang menjengkelkan turut dirasai dan kepada pengguna LC versi terdahulu, ia sememangnya sesuatu yang amat diharapkan.

Juga baca: Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 07

Imej tangkap layar video ARMI MotoVlog

Pengendalian 

Selepas melenjan Yamaha 135LC Fi 2022 di litar, pengendalian motosikal ini boleh dikatakan baik. Yamaha mendakwa ciri aerodinamiknya dipertingkat dan bagi penulis, susah untuk merasainya. Berpandukan juga kepada geng 'meleper' yang melenjan model ini di litar, ia mampu mengambil selekoh dengan baik.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 08

Ciri-ciri keselamatan

Di bahagian brek, penggunaan brek cakera depan dan belakang memang cukup dialu-alukan. Sekalipun ditekan agak keras (maklumlah di litar), ia menjalankan tugasnya dengan baik sekalipun tidak dilengkapi ABS dan sebagainya.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 09

Imej tangkap layar video ARMI MotoVlog

Apa lagi yang menarik? 

Perincian lain yang dapat dilihat dari segi fizikal adalah penggunaan brek cakera 2 piston pada bahagian hadapan dan brek cakera biasa pada bahagian belakang. Model Yamaha Y16ZR ini tidak ditawarkan dengan brek ABS.

Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 10

Selain itu, penggunaan sistem Suntikan Bahan Api pasti akan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih berbanding model sebelumnya.

Panel meter pelbagai maklumat termasuk angka gear juga mudah untuk dilihat.
Pelana juga tidak begitu keras dan selesa. Dan mungkin tiada kena mengena, tetapi pada penulis, skema warna yang ditampilkan kepada model SE memang mengancam.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 11

Konklusi

Sebagai model yang dikatakan sudah mencapai jualan 1 juta unit di Malaysia, Yamaha LC generasi terbaharu ini masih mengekalkan ciri sama iaitu tidak memberikan pening kepala kepada pembeli jika kekal dalam keadaan standard.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 12

Dengan harga yang ditawarkan, ia jelas bukan satu penawaran yang murah, malah menghampiri beberapa model pesaing yang lebih berkuasa tetapi Yamaha LC pasti memiliki kelompok peminat tersendiri yang ramai.

Sebagai model yang dibina untuk rakyat, ia sememangnya masih relevan di pasaran tetapi beberapa perkara termasuk penggunaan sistem transmisi 4 kelajuan yang dianggap 'purba' mungkin boleh dipertingkatkan.

Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia? 13

Jadi adakah ini Yamaha LC terbaik pernah dihasilkan? Menurut penulis, Yamaha Motor Malaysia masih belum tidak berhasrat untuk mengakhiri model LC dengan generasi terbaharu ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda