window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km

Faisal · Mar 15, 2022 11:59 AM

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 01

  • Kereta elektrik (EV) Volvo dilancarkan di pasaran Malaysia
  • 408 PS/660 Nm dengan jarak pandu 400 km
  • CKD Shah Alam

Volvo Car Malaysia (VCM) sebentar tadi baru sahaja mempertontonkan Volvo XC40 Recharge EV. SUV kompak premium yang menggunakan trenkuasa elektrik ini ditawarkan sebagai varian P8.

Eksterior

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 02

Volvo XC40 versi elektrik ini tampil sedikit berbeza dengan varian konvensional seperti petrol dan hibrid plug-in dimana ia hadir dengan gril depan yang tertutup serta emblem unik pada bahagian belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Melengkapi rupa paras crossover kompak premium yang cun-melecun ini adalah rim 19 inci dwi-tona.

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 01

Sebagai sebuah EV yang tiada enjin, bahagian depannya ditukar kepada but yang berkapasiti 31 liter. But belakangnya pula seluas 413 liter.

Interior

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 02

Beralih ke bahagian dalam, XC40 EV tampil dengan kluster digital eksklusif dan infotainment 9 inci yang berasaskan Android Automotive OS dengan integrasi Google Services.

Antara ciri yang ada termasuklah bumbung suria panoramik kamera 360-darjah.

Trenkuasa

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 03

Volvo XC40 Recharge EV dikuasakan oleh motor elektrik di depan dan belakang (AWD) yang menghembuskan 408 PS dan 660 Nm tork. Perkara ini sekaligus meletakkannya sebagai EV paling berkuasa untuk harga bawah RM 300k. Pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa 4.9 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan yang dihadkan pada 180 km/j.

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 04

Secara standard, ia datang dengan pek bateri ion-litium berkapasiti 78 kWj yang membolehkan crossover kompak ini dipandu sejauh 418 km (kitaran WLTP).

Satu cas penuh 0 - 100% dengan menggunakan sambungan (Combine Charge System, CCS) Combo 2, pengecasan AC 11 kW di rumah anda mengambil masa 7.5 jam. Kalau pengecas pantas DC, ia boleh menyokong sehingga 150 kW dan mengecas dari 0 - 80% mengambil masa selama selama 40 minit sahaja.

Keselamatan

Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km 05

Volvo XC40 Recharge EV di Malaysia datang dengan sistem ADAS Volvo IntelliSafe menyeluruh yang merangkumi ciri seperti:

  • Brek kecemasan autonomi (AEB)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Cross Traffic Assist (CTA) 
  • Blind Spot Informaion System (BLIS)
  • Oncoming Lane Mitigation
  • Run-off Road Mitigation
  • Kawalan pelayaran adaptif Pilot Assist 

Harga rasminya akan diumum pada 4 April 2022. Penghantaran pula akan dibuat bermula akhir bulan.

Juga bacaAir + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam'

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia