window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je?

Haris · Mar 17, 2022 10:00 AM

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 01

Dalam mana-mana hiburan dengan aksi automotif yang ada di layar skrin, kita sentiasa disajikan dengan aksi drift. Hal ini membuatkan setiap syot nampak menarik, memastikan penonton untuk kekal duduk di kerusi masing-masing sambil terpesona dengan kereta yang menyeret tayar secara bergaya.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 02

Kita semua tahu ini filem apa

Secara semula jadinya, tentu kita mahu mencuba aksi-aksi drift yang dilihat dalam layar perak yang pernah disaksikan. Untuk itu, 2 ahli sidang redaksi Wapcar BM berasa bertuah apabila dijemput ke program Latihan Asas Drift daripada MAM (Motorsports Association of Malaysia), dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Retro Havoc.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Drift adalah sukan

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 01

Kebanyakan anak muda kini mengenali drift daripada komik manga terkenal, Initial D mahupun melalui filem-filem barat dan tempatan seperti Senario The Movie Episode 1. Oleh yang demikian, kita mungkin mempunyai persepsi bahawa drift adalah lebih kepada show business dan pemandu-pemandu drift adalah lebih kepada artis berbanding atlet.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 02

Kereta adalah senjata dalam sukan ini

Namun, pemandu drift bukan sekadar mempamerkan aksi menyeret tayar sehingga berasap. Drift merupakan sebuah cabang sukan permotoran dan seperti sukan-sukan yang diiktiraf lain, ia mempunyai elemen persaingan, teknik dan koordinasi di dalamnya.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 03

Malaysia sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam sukan permotoran drift ini dengan pemandu berbakat antaranya Zai 'Bullzai' Hamdan, Mervyn Nakamura, Jason Lim dari O.B.G Adventurers yang turut menjadi tenaga pengajar pada hari kejadian.

Malah di Wapcar, kami mempunyai pemandu profesional, drifter dan terlatih yang merupakan rakan penulis dan inspirasi iaitu Zamil Syaheer, Jason dan Dinesh.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 04

Enjin V8 dari Nissan, diambil dari Nissan President

Sejak akhir-akhir ini, sedikit kekangan dihadapi oleh komuniti drift dari segi teknologi dan infrastruktur membantutkan usaha untuk mempromosikan sukan tersebut di samping mencungkil bakat-bakat baru. Oleh yang demikian, program-program yang dijalankan seperti ini dilihat sebagai kebangkitan semula sukan drift dalam Malaysia.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 05

Sistem pertandingan drift mungkin lebih baik dijelaskan dalam artikel lain namun untuk menyerlahkan lagi semangat kesukanan di dalam drift, ia sebenarnya tidak semudah yang disangka dan latihan yang komprehensif perlu untuk mempersiapkan atlet dalam mengharungi pertandingan. Ia juga cara yang bagus dalam melatih pemandu menjadi lebih kompeten untuk memandu di atas jalan raya.

Baca: 'Saya tak sedar hilang kawalan' ujar pemandu Kia Forte yang mengakibatkan kemalangan di MRR2!

Apa yang susah sangat nak drift?

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 06

Sekadar melihat, drift nampak tak susah. Jika dijelaskan secara teknikal, pemandu hanya perlu mengawal tayar belakang yang berpusing dengan stereng. Memang kedengaran seperti sesuatu yang mudah, kan?

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 07

Spseifikasi dalaman mesra drift

Hakikatnya, ia agak susah bagi mereka yang baru pertama kali mencubanya. Di sinilah para pelatih dapat melihat bakat para novis yang cuba untuk 'menenangkan' tayar belakang dengan kawalan stereng. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda mempunyai bakat sedemikian, pasukan drift bebas di luar sana mahukan anda.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 08

Perhatikan posisi tayar hadapan

Kami bermula dengan teknik drift bulatan atau lebih dikenali sebagai donut. Kon diletakkan di tengah-tengah sebagai penanda. Apa yang perlu dilakukan adalah:

  1. Dalam gear 1, pusing stereng 45 darjah ke arah kon berada (kanan atau kiri)
  2. Kawal pendikit sehingga rpm berada pada julat 4,500 rpm - 6,000 rpm
  3. Lepas klac dan biarkan kenderaan bergerak sambil mengawal pendikit pada julat yang sama
  4. Apabila tayar belakang terasa ‘membuang’, lepas stereng ke arah bertentangan mengikut kesesuaian
  5. Kawal pendikit dan stereng supaya kekal dalam julat rpm dan posisi bulatan sekeliling kon

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 09

Duduk 'shotgun' untuk demonstrasi oleh tenaga pengajar

Panduan ini memang kedengaran mudah tapi hakikatnya ia agak sukar dilaksanakan. Antara faktor yang memainkan peranan besar dalah koordinasi antara mengekalkan kuasa kenderaan dengan mengimbangi stereng dalam posisi yang sesuai. Mencapai keseimbangan koordinasi ini cukup melayakkan drift sebagai sebuah sukan yang memerlukan kekuatan mental dan memerlukan latihan yang cukup.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 10

Cuba sendiri. Posisi pemanduan dilaraskan terlebih dahulu

Latihan dijalankan secara berulang kali namun bukan semua insan berbakat dalam sukan ini. Pemandu biasa kebanyakannya mempunyai simpati mekanikal terhadap kenderaan namun tidak bagi pelatih dan pemandu drift. Mereka ‘melenjan’ kenderaan untuk mencapai potensi sebenar kenderaan tersebut dengan penuh bergaya.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 11

Pada hari kedua, kami diajar untuk melakukan teknik drift nombor 8. Ia merupakan keseinambungan daripada teknik drift 'donut' di mana kali ini ia hanya menyambungkan 2 bulatan. Teknik yang sama diaplikasikan kecuali kenderaan haruslah kembali ke titik mula sebelum masuk ke bulatan seterusnya.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 12

Bulatan 8 memerlukan kawasan yang lebih besar

Di akhir latihan, kebanyakan peserta sememangnya berasa tidak puas dengan sesi latihan yang terhad kerana keseronokan apabila berjaya melakukan teknik drift sememangnya suatu pengalaman yang sukar diungkapkan. Malah, penulis kini makin terasa apabila mengenangkan bahawa kenderaan pacuan roda belakang semakin pupus di pasaran.

Baca: Dunia dah tak perlukan kereta manual

Jadi apa bagusnya mempelajari skil drift?

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 13

Apa yang membuatkan drift menarik adalah persembahannya dan apa yang menjadikannya lebih menakjubkan adalah tahap kesukaran untuk melakukan teknik-teknik drift dengan jayanya. Drift mengajar pemandu untuk mengenali kenderaan dengan lebih teknikal, rasional dan emosional, di mana pemandu dengan kereta perlu akrab untuk melaksanakan aksi-aksi terbabit. Ia juga berkaitan dengan ‘rasa’ dan skil berbanding aspek-aspek teknikal.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 14

Walaupun kelihatan mudah, teknik drift sebenarnya agak sukar untuk dilakukan pada kali pertama dan di sinilah bakat boleh dihidu. Lebih menarik lagi, drift tidak mendiskriminasikan individu. Hampir sesiapa pun dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna mampu melakukan teknik drift sekiranya diajar dan dilatih.

Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je? 15

Tak dilupakan juga, sebagai sebuah sukan, drift memerlukan latihan yang banyak dan disinilah peranan pihak berwajib datang. Menawarkan platform dan tempat untuk latihan drift yang terkawal adalah lebih baik daripada berlumba secara berbahaya atas jalan. Malah, segelintir pemandu atas jalan pun memandu secara berbahaya tanpa sedar. Jangan terkejut kalau ada rakan media yang pernah 'ter-jahanamkan' kenderaan pandu uji. Jadi penting sebenarnya untuk mempelajari skil memandu.

Bak kata pepatah Inggeris, kuasa cenderung untuk korup lantaran itu drift mengajar kita untuk mengawal dan memahami kuasa (dalam konteks kenderaan) dengan bergaya.

Baca: Iklan Mitsubishi Triton ini menggamit memori gaya hidup kita sebelum PKP

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda