window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'?

Faisal · Mar 21, 2022 10:00 AM

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 01

  • Kereta elektrik paling berkuasa di Malaysia untuk segmen kompak premium
  • Akses prestasi 408 PS/660 Nm yang sepantas kilat
  • Karakter trenkuasa elektrik menjadikan XC40 lebih bagus atau sama sahaja?

Seperti yang anda tahu, kereta elektrik (EV) tidak lama lagi akan menjadi satu norma di pasaran Malaysia kerana industri sekarang sudah ke arah elektrifikasi. Kalau anda perasan sejak kebelakangan ini, bukan main banyak lagi pengeluar melancarkan EV masing-masing. Dan model yang paling baru dilancarkan ke pasaran kita adalah Volvo XC40 Recharge EV (varian P8 secara global).

Juga bacaVolvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru-baru ini, kami dijemput oleh Volvo Car Malaysia (VCM) untuk ke sesi pandu uji media buat Volvo XC40 Recharge EV. Perjalanan kami bermula dari Saujana Hotel, Jalan Lapangan Terbang Subang ke Janda Baik, Pahang. Kemudian, naik ke Gohtong Jaya, Genting Highlands dan patah balik ke titik permulaan. Untuk EV, macam jauh kan? Berbukit bukau pula tu.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 01

Dekat atas sana pun bukannya ada stesen mengecas. Tetapi kalau anda nak tahu, inilah masanya untuk uji kemampuan EV berdasarkan cara penggunaan kita yang paling realistik. Maklumlah, rakyat Malaysia pakai kereta bukannya untuk bawa dekat-dekat sahaja kan?

Trenkuasa – jumlah tenaga luar biasa yang boleh diakses sepantas kilat

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 02

Tiada enjin tapi diganti dengan but depan yang berkapasiti 31 liter.

Secara amnya, Volvo XC40 Recharge EV adalah sebuah XC40 tapi dengan trenkuasa elektrik. Tapi EV Volvo ini bukan biasa-biasa. Gabungan dua motor elektrik yang ada pada crossover kompak premium ini mencecah 408 PS dan 660 Nm tork. Dengan penghantaran kuasa ke semua roda, tenaga sebanyak ini tidak akan terbazir langsung setiap kali anda menekan pedal minyak pemecut.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 03

Bercakap mengenai ini, hembusan prestasi sebanyak itu sebenarnya mudah untuk dikawal, khususnya pada kelajuan rendah kerana respon pendikitnya tidak macam kereta berenjin yang mana kebanyakannya akan tarik terus apabila ditekan. Senang kata, ada julat ‘lemau’ untuk 20% input pertama. Tetapi apabila kereta sudah bergerak, disinilah menyerlahnya trenkuasa elektrik kerana jumlah kuasa dan tork yang penuh dihasilkan terus pada putaran 0 rpm. Kesannya, anda akan rasa kadar pecutan yang luar biasa untuk setiap milimeter input yang ditambah.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 04

Apapun, perlu kami maklumkan bahawa julat optimum untuk motor elektrik adalah pada kelajuan rendah, bukannya tinggi. Jadi untuk kelajuan atas 120 km/j misalnya, kadar pecutannya tidak akan segempak kelajuan rendah. Hal ini juga dimainkan oleh faktor bahawa XC40 EV tidak datang dengan sebarang transmisi. Ibaratnya ada 1 kelajuan sahaja. Untuk pengetahuan anda, kereta elektrik yang ada gearbox setakat ini pun hanya Porsche Taycan (2 kelajuan).

Pemanduan – platform dan suspensi tidak setanding dengan trenkuasa

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 05

Bercakap mengenai trenkuasa, mari kami masuk ke bab pemanduan pula. Sebagai kenderaan elektrik, XC40 EV memang tiada bunyi langsung. Kalau ada pun bunyi ‘masa hadapan’ iaitu bunyi merengek (whining) dari motor elektrik tetapi ia tidaklah bising atau menjengkelkan. Rasa canggih ada lah. Kadang-kadang rasa macam kereta mainan pun ada. Dari segi brek pula, EV secara teknikalnya menggunakan sistem regeneratif yang mana setiap kali anda melepaskan pedal pendikit, kereta akan perlahan secara ketara.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 06

Mengenai XC40 EV, dukacita kami maklumkan bahawa ia begitu agresif sampai badan pemandu sendiri pun boleh rasa tersentak dengan tempat duduk walaupun pada kelajuan tinggi. Senang kata, agak sukar untuk memperlahankan XC40 EV secara lancar. Ditambah pula dengan talaan pedal brek yang makan terus, lagilah. Sebagai perbandingan, sistem regeneratif pada Nissan Leaf dan Hyundai Kona Electric yang kami ulas tempoh hari jauh lebih lancar dan mudah untuk dibiasakan.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 07

Tetapi untuk jalan turun bukit dari Genting, talaan sistem brek pada XC40 EV boleh dikatakan syurga kerana kebanyakan masanya, anda tidak perlu menekan pedal brek langsung kalau mengikut kelajuan trafik. Malah pada kelajuan parkir seperti keluar masuk tempat letak kenderaan, ia lebih mudah kerana anda boleh mengawal pergerakan ke depan dan belakang dengan hanya menekan pedal pendikit sahaja. Apapun, mod yang dipanggil One Pedal Drive ini boleh ditutup sekiranya anda tidak suka atau sukar untuk membiasakan dengannya.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 08

Kalau tutup, tinggal lah anda talaan brek konvensional dan dari segi rasa, mekanisma brek yang dirasai apabila pedal brek ditekan cukup keras yang mana ia memberi lebih keyakinan. Tetapi dengan talaan input pedal yang makan terus, anda kiranya perlu menekan secara perlahan. Kalau tidak, penumpang boleh tersentak-sentak dibuatnya.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 09

Kemudian, tibalah kita ke bab pengendalian Volvo XC40 EV. Jujur cakap, bakat yang ada tidak setanding dengan kehebatan trenkuasa yang dipadankan. Suspensinya cenderung untuk membuai-buai tetapi bukanlah sampai ke tahap melantun-lantun. Karakter suspensi yang begini pasti membuatkan anda rasa ia empuk tetapi hakikatnya tidak sama sekali. Permukaan jalan yang berlubang atau berlekuk tajam betul-betul dapat dirasai oleh seluruh badan kami. Malah, cara ia menyerap segala cacat cela jalan juga tidak rasa solid macam kereta kontinental yang lain.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 10

Mula-mula, kami ingat puncanya adalah berat yang melampau iaitu melebihi 2 tan; 2,188 kg (tambahan 500 kg) kerana suspensi dan casis adalah antara komponen utama yang menampung beban pada sesebuah kereta. Tetapi bila difikirkan balik, Volvo XC40 konvensional yang jauh lebih ringan juga tidaklah sebagus mana dalam hal ini.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 11

Nampaknya, kemampuan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang diguna pada Volvo XC40 sememangnya setakat ini sahaja. Apapun, bukanlah semuanya tak berapa bagus. Sterengnya sebagai contoh, cukup responsif walaupun maklum balas dari permukaan jalan memang tiada langsung. Berat memulas stereng pun sedang elok walaupun dengan mod ‘firm’ diaktifkan.

Kabin – keselesaan yang padan dengan segmen

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 12

Untuk perjalanan kami yang mengambil masa beberapa jam, kabin XC40 EV tidak memberikan sebarang isu dari segi keselesaan. Perkara ini dimainkan oleh faktor ergonomik susunan kabin dan tempat duduk Volvo yang sering dikatakan sebagai antara yang terbaik dalam industri, sekurang-kurangnya pada bahagian depan. Sokongan, postur dan julat pelarasannya cukup menyelesakan dan tiada tekanan kekok yang dapat kami rasai. Cumanya, ia tidaklah sesedap atau seempuk tempat duduk sedan Volvo S60 misalnya. Maklumlah, itu segmen yang lebih atas.

Juga bacaVolvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM?

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 13

Untuk bahagian belakang pula, kami difahamkan ramai yang berpendapat bahawa sudut sandar XC40 terlalu tegak dan kes yang sama turut dirasai pada XC40 EV. Untuk pengetahuan anda, crossover jenama Eropah sering datang dengan tempat duduk belakang yang begini. Sebab apa? Wallahualam. Maklumlah, ciptaan pun dari benua lain. Gaya hidup dan pilihan mereka juga berbeza dengan orang Asia seperti kita. Kalau yang lebih baring sekalipun mungkin Mercedes-Benz GLA. Tetapi untuk segmen ini, bangku tempat duduk belakang memang pendek belaka. Jadi, sokongan peha rasa ala kadar sahaja.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 14

Bercakap mengenai segmen, kesenyapan bunyi dalam kabin XC40 EV agak memuaskan tetapi setakat tahap kompak premium sahaja. Oleh kerana itu, bunyi tayar Pirelli P Zero dan bunyi angin tetap ada tetapi tidaklah sampai menganggu. Nak kata teruk tidak, nak kata senyap sampai tahap wow pun tidak.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 15

Dari segi infotainment, pendekatan format potret yang diterapkan oleh Volvo pada mulanya agak janggal untuk diguna. Tetapi selepas sudah biasa, ia begitu senang kerana segalanya disusun secara ringkas. Grafik dan resolusi yang dipaparkan juga agak tajam, terutama pada kamera 360-darjah yang mana warnanya betul-betul menonjol.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 16

Infotainment ini lengkap dengan sistem audio Harman Kardon dan bunyi yang dihasilkan cukup sedap dan tidak mengecewakan macam BMW. Cumanya kalau kami betul-betul nak nilai, ia tidak seimbang macam Harman Kardon yang ada pada Volkswagen Arteon R-Line.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 17

Sementara bercakap tentang infotainment, kami ingin selitkan bab kluster instrumen yang diguna pada Volvo XC40 EV. Bagi anda yang belum tahu, Volvo sinonim dengan animasi kluster digital yang begitu perlahan, seolah-olah macam ada lag. Tetapi isu yang sama tidak ada pada XC40 EV. Malah, warna grafiknya juga lebih neutral. Jadi, ini satu pencapaian buat mereka.

Elektrifikasi – jauh menjimatkan duit berbanding petrol

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 18

Perjalanan pergi balik kami dalam acara ini secara keseluruhannya memakan jarak sejauh 197.6 km. Sebelum bergerak, bateri berkapasiti 78 kWj (Volvo hadkan penggunaan realistik kepada 75 kWj) yang didatangkan pada XC40 EV menunjukkan bacaan cas sebanyak 94%. Sesudah kembali ke titik permulaan, peratusan bateri yang tinggal adalah 42% dan jarak pandu semasa boleh pergi lagi 160 km.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 19

Mengikut sistem, ia boleh pergi lagi 190 km kalau dipandu secara ekonomi. Jadi kalau diikutkan, jarak pandu 418 km yang VCM dakwa memang tidak mustahil.

Nak tahu setakat mana jimatnya duit kalau menggunakan kereta elektrik? Mari kita buat kira-kira.

  • 52% yang kami guna daripada kapasiti bateri 75 kWj = 39 kWj
  • Kadar tarif elektrik TNB purata = RM 0.3745 / kWj
  • RM 0.3745 x 39 kWj = RM 14.60 ; RM 14.60 / 197.6 km
  • Per 100 km (tarif RM 0.3745) ; RM 14.60 / 197.6 km x 100 = RM 7.40

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 20

Jadi untuk jarak 100 km, kos yang dikenakan tak sampai RM 10 pun. Kalau rumah anda pakai elektrik banyak yang mana mungkin dikenakan kadar tarif RM 0.571 / kWj, kos yang dikenakan untuk jarak 100 km baru RM 11.30

Berat lebih 2 tan dan kuasa 408 PS/660 Nm kalau pakai trenkuasa enjin, dengan gaya pemanduan tidak ekonomikal langsung, tidak mungkin akan dapat kos serendah ini.

Konklusi - Trenkuasa hebat yang dibelenggu had kereta itu sendiri

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 21

Volvo XC40 EV mempunyai prestasi elektrik yang cukup memukau dan jarak pemanduannya boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa EV ada masa hadapan yang cerah untuk menggantikan trenkuasa enjin yang kita guna selama ini.

Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'? 22

Namun begitu, jentera ini dibelenggu oleh kualiti suspensi dan platform yang tidak setanding dengan bakat yang ada pada trenkuasa elektrik Volvo. Hanya harga yang dapat menentukan sama ada ia berbaloi atau tidak. Bercakap mengenai ini, harganya akan diumumkan pada awal April hadapan. Untuk ulasan menyeluruh seperti ADAS Volvo IntelliSafe, praktikaliti dan pengalaman hidup kami dengan Volvo XC40 EV, tunggu rebiu penuh pada masa akan datang.

Juga baca

Rebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV

Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda