window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat!

Khairil ยท Mar 22, 2022 01:00 PM

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat!

Susulan pelancaran Honda ADV 350 tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti bilakah Honda akan memperkenalkan model dengan sesaran lebih 'serasi' di beberapa negara iaitu Honda ADV 250.

Berdasarkan informasi, Honda ADV 250 yang digembar-gemburkan akan dilancarkan di negara yang cukup popular dengan jenama Honda iaitu Indonesia dan ia tampaknya tidak salah.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 01

Menurut laporan rakan media kami di seberang, AutoFun Motor, paten skuter bergaya 'Adventure' itu sudah pun didaftarkan ke Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual (Directorate General if Intellectual Property) Indonesia.

Daripada imej dokumen permohonan daftar yang bertarikh 17 Februari 2022 itu, dapat dilihat permohonan yang dibuat oleh Honda Motor,. LTD yang beralamat di Tokyo, Jepun.

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 02

Apa yang didaftarkan adalah reka bentuk serta konfigurasi model baharu dalam segmen 'Motor Skuter'.

Selain dokumen, turut berada dalam dokumen berkenaan adalah 2 imej 3D model skuter yang didaftarkan.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 03

Honda ADV 350

Sekalipun imej yang terpampang tidak berwarna, reka bentuknya jelas dengan ADV 350 yang dilancarkan baru-baru ini. Dan berdasarkan peraturan dan pengkelasan lesen di Indonesia, model berkenaan dijangka bakal diperkenalkan sebagai versi 250 cc.

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 04

Sebagai info, Honda ADV 350 yang dilancarkan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2021 pada November lalu sudah pun tiba di pasaran Thailand.

Jika reka bentuknya mirip Honda ADV 350, trenkuasa Honda ADV 250 dikatakan akan menggunakan platform Honda Forza 2022 iaitu menggunakan enjin eSP+ bersesaran 250 cc, 4 Lejang, SOHC, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 05

Selain trenkuasa, Honda ADV 250 juga dijangka akan dipadankan dengan ciri-ciri menarik dan canggih dimiliki Honda ADV 350 seperti sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Taraksi, Sistem Kunci Pintar dan ruang simpanan cukup besar yang mampu memuatkan dua helmet 'full face'.

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 06

Tetapi apa yang paling dinantikan adalah teknologi canggih HSVCs (Honda Smartphone Voice Control system) yang membolehkan pengguna menyambungkan telefon bimbit ke skuter menerusi aplikasi Honda RoadSync. 

Daftar paten Honda ADV 250 2022 terdedah di Indonesia, pelancaran mendekat! 07

Sekalipun perkembangan yang diperoleh ini cukup mengujakan, tidak diketahui bila pihak Honda Motor Indonesia akan melancarkan skuter yang dijangka menjadi idaman ramai ini termasuk di Malaysia. Jadi, sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda