window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda?

Haris · Jul 22, 2020 05:00 PM

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 01

Tunas peminat kereta di Malaysia selalunya tumbuh selepas mengenali Honda Civic. Civic adalah tanda nama utama Honda sejak 1972. Terdapat pelbagai variasi Honda Civic selepas 10 generasi namun hanya satu generasi Honda Civic yang mencapai taraf legenda.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 02

Honda Civic generasi 1

Model yang dimaksudkan adalah Honda Civic generasi ke 8 iaitu lebih dikenali sebagai Honda Civic FD. Gabungan rekaan luar yang futuristik dan rekaan dalaman yang selesa ternyata menambat hati ramai peminat Honda. Bagi saya, rekaan Honda Civic FD sememangnya malar segar.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Legenda ini bermula pada tahun 2005, di mana kebanyakan rekaan Honda Civic selalunya sekadar meniru generasi sebelumnya. Namun, Honda Civic FD tampil menonjol dengan memperkenalkan rekaan serba baru. Generasi sebelum FD? Honda Civic ES.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 01

Honda Civic ES

Detik ini adalah detik penentu yang memacu populariti Honda Civic. Apatah lagi, rekaan pencabar terdekatnya Toyota Corolla Altis dan Mazda 3 masih mengikut acuan generasi terdahulu. Hanya Mitsubishi Lancer sahaja yang mampu menandingi rekaan Honda Civic FD dengan rekaan hadapan hasil inspirasi jet pejuang.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 02

Bukan sekadar itu, rekaan dalaman turut diberikan nafas baru pada Honda Civic FD ini. Honda memang terkenal dengan rekaan dalaman yang luas dan praktikal. Papan pemuka Honda Civic FD ini digelar ‘Multiplex Dashboard’ yang bertingkat. Paparan takometer digital yang jelas dengan padanan stereng yang kemas dan brek tangan bentuk Z adalah antara kelengkapan yang ada pada Honda Civic FD ini.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 03

Honda menggunakan palang MacPherson pada bahagian hadapan dan palang jenis double independant wishbone pada bahagian belakang. Hal ini merupakan suatu inovasi terbaru dalam industri pada ketika itu. Hasilnya, Honda Civic FD mempunyai dinamik pemanduan yang mantap.

Terdapat 2 varian Honda Civic FD iaitu FD1 dan FD2. Secara teknikalnya sistem transmisi, casis dan sistem suspensi adalah sama antara kedua-dua model ini. Berikut adalah perbezaannya.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 04

FD1

  • Enjin SOHC 1.8-liter i-VTEC kod nama R18A1 (140 PS, 174 Nm). 
  • Tempat duduk fabrik adalah standard dengan pilihan kulit
  • Stereng hidraulik
  • Talaan suspensi lebih kepada keselesaan. 
  • Rekaan roda 16 inci yang lebih konservatif

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 05

FD2

  • Enjin DOHC 2.0 liter i-VTEC, kod K20Z2 (155 PS, 188 Nm). 
  • Tempat duduk fabrik standard
  • Sistem Electric Power Steering
  • Talaan suspensi lebih kepada prestasi.
  • Rekaan roda 16 inci yang lebih sporty. (17 inci pada versi facelift)

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 06

Lagenda

Lagenda Honda Civic FD belum berakhir setakat itu. Pada tahun 2007, muncullah model yang dinanti-nantikan iaitu Honda Civic FD2R Type R. Malaysia adalah satu-satunya pasaran luar Jepun yang menerima kereta ini melalui pengedar yang sah. Hari ini, siapa peminat Honda Civic yang tak kenal Honda Civic FD2R Type R ni?

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 07

Enjin K20A yang diambil daripada Honda Integra DC5 Type R (225 PS kuasa kuda, 215 Nm tork) digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan memang mengagumkan. Model ini terus menjadi kegilaan peminat kereta di Malaysia. Buktinya, harga jualan Honda Civic FD2R Type R ini masih tinggi.

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda? 08

Apatah lagi, model ini adalah kereta dengan enjin NA Type R terakhir dalam generasi Honda Civic, maka tidak hairanlah bahawa model ini terus menjadi idaman para peminat Honda. Dengan rekaan yang cantik, aspek mekanikal yang andal dan kualiti binaan yang kukuh, tidak hairanlah jika kita akan melihat model ini masih digemari.

Untuk maklumat lanjut, rakan media kami YS Khong (juara rali Malaysia 5 kali berturut-turut) turut memberikan pandangan beliau terhadap kereta ini di sini.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda