window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik

Mersita · Mar 24, 2022 05:30 PM

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 01

Foto: FB Hafiz YM Mohd

Baru-baru ini, seorang pemilik Perodua Ativa berkongsi gambar keretanya yang rosak akibat banjir di grup Facebook Ativa Club Malaysia berserta kapsyen, “Kereta kena banjir, walaupun baru guna 2 bulan/baru cecah 2500km.... Secara automatik Dah tak ada waranti dari Perodua. Terimalah seadanya.”

Difahamkan, Ativa ini baru berusia dua bulan dan ‘mileage’ mencecah 2,500 km. Katanya lagi, kerja membaik pulih Ativa ini memakan kos sehingga RM 15,000.

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 02

Tangkap layar beberapa komen yang ditinggalkan pada 'posting' berkenaan

Perkongsian menyentuh hati ini dihujani dengan komen penuh doa dan kata-kata semangat, ada juga yang mencadangkan pemilik kereta menambah perlindungan insurans ‘special perils’ supaya jiwa lebih tenang apabila kenderaan kesayangan ditimpa musibah.

Namun, ada juga yang mempersoalkan waranti disediakan oleh pengeluar kereta. “Bencana alam siapa pun tak mahu ia berlaku. Kalau warranty void pasal ni, memang tak bertimbang rasa,” komen seorang pengguna FB.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada juga yang keliru tentang status waranti kenderaan mereka walaupun sudah dibaikpulih. Bagi hal ini, Perodua memberi waranti 6 bulan bagi alat ganti baru yang dipasang untuk membaikpulih kenderaan, berserta diskaun seperti yang diumumkan pasca banjir.

Baca juga: Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Apa fungsi waranti kenderaan?

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 01

Sebelum kita mulakan, waranti hanyalah perkataan ‘pinjam’ bagi terma Bahasa Melayu iaitu ‘jaminan’. Mungkin perkataan ini saja sudah cukup jelas untuk menggambarkan fungsi ‘warranty’, iaitu ‘jaminan dari kerosakan’.

Semua pengeluar kereta, termasuklah Perodua, pasti ada memberi buku panduan/manual pemilik kepada pelanggannya. Bagi pemilik kereta Perodua yang pernah membelek buku panduan ini, anda mungkin pernah membaca mukasurat berikut:

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 02

Sebahagian daripada e-Panduan Pemilik Perodua Axia. Rujuk versi penuh di sini

Perlu difahamkan yang waranti/jaminan sesuatu produk bukannya semudah “rosak, ganti dengan yang baru,” melainkan kerosakan tersebut datang dari kecacatan pembuatan atau sebelum diberi kepada pelanggan. “Jaminan” bermaksud pengeluar jamin yang produk dibeli bebas dari kecacatan atau kerosakan, dan jika ada, butiran dalam jaminan/waranti akan dilaksanakan.

Dalam hal ini, jika kereta anda mengalami masalah brake pad atau oil pump (rujuk senarai komponen-komponen yang dijamin dalam buku panduan pemilik), ia masih dilindungi waranti mengikut tawaran pengeluar kereta – bagi Perodua, jaminan komponen utama diberi untuk tempoh 5 tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu) dari tarikh pendaftaran pertama kenderaan.

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 03

Pendek kata, waranti/jaminan adalah untuk 'defect'/kecacatan komponen kenderaan dan bukannya untuk kecuaian pengguna/pemilik itu sendiri termasuklah kerosakan akibat bencana alam.

Kerosakan disebabkan kemalangan, kecuaian akan dilindungi oleh insurans. Tambahlah perlindungan ‘special perils’ jika bencana alam satu kerisauan bagi anda. Tak tambah pun tak apa, tapi bila rosak disebabkan banjir atau dihempap pokok, anda tiada perlindungan insurans. Itulah sebabnya mengapa ayat ‘marketing’ digunakan ejen insurans ialah “untuk ketenangan jiwa”.

Baca juga: Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik 04

Mungkin ada orang yang terfikir, “Bencana alam bukannya dapat dijangka, maksudnya aku tak cuai. Hujan, ribut nak datang pun salah kita ke?”

Itulah sebabnya dalam panduan waranti versi Bahasa Inggeris ada menyebut “Act of God” yang ditumpukan kepada bencana alam. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Kalau sayang kereta, sila usaha dan tawakal - elakkan parking di bawah pokok, letak di kawasan yang selamat dan teduh, jangan ‘modify’ sesuka hati atau hantar ke bengkel luar kalau nak waranti 'valid', bertindak pantas jika anda kesan kemungkinan banjir/bencana alam, pandu cermat, jiwa selamat.

Baca juga: Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda