window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih!

Khairil ยท Mar 26, 2022 04:00 PM

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 01

Yamaha baru-baru ini memperkenalkan model skuter elektrik terbaharunya, Yamaha E01 2022 dan ia sudah pun dilancar dan dipertontonkan di Pameran Motor Osaka dan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2022.

Selain di Jepun dan Thailand, Yamaha E01 juga sudah dipertonton di Eropah pada awal bulan ini.

Juga baca: 90 peratus motosikal Yamaha guna e-motor menjelang 2050?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 01

Ketika acara di Eropah, Yamaha Motor Eropah memberitahu Yamaha E01 akan dilancarkan di beberapa buah negara pada tahun ini sebagai model ujian di beberapa pasaran utama.

Dan tidak seperti satu lagi skuter elektrik jenama itu Yamaha NEO, Yamaha E01 tidak akan menjadi model skuter produksi di mana sesiapa saja boleh membelinya. Sebagai permulaan, ia seperti itu.

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 02

Sebaliknya, Yamaha akan melancarkan Yamaha E01 di Eropah, Jepun, Thailand, Taiwan,  Indonesia dan menariknya, nama Malaysia turut tersenarai sebagai lokasi untuk ujian itu dijalankan yang dijadual bermula pada Julai tahun ini.

Agak berlainan, Yamaha E01 akan menggunakan bateri tidak boleh dicabut pasang yang dibina oleh Yamaha sendiri. Justeru, ia tidak terbabit dengan konsortium bateri boleh tukar yang disertai bersama Honda, KTM, dan Piaggio pada penghujung 2021.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 03

Dari sudut kuasa, Yamaha E01 dikuasai motor elektrik berkuasa 8.1 kW (sekitar 11 Hp) dengan tork sekitar 30 Nm.

Yamaha mendakwa, jarak perbatuan untuk pengecasan penuh adalah 104 km dan baterinya boleh dicas menggunakan tiga sistem pengecas berbeza iaitu pengecas pantas, pengecas normal dan uniknya, pengecas mudah alih. Untuk pengecas mudah alih, ia akan dibekalkan untuk setiap Yamaha E01. 

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 04

Yamaha berkata dengan menggunakan pengecas pantas, ia mampu mengecas dari kosong ke 90 peratus dalam tempoh sejam. Pengecas standard pula mampu mengecas dari kosong ke 100 peratus dalam tempoh 5 jam dan ia disasarkan untuk dipasang di kawasan kediaman.

Juga baca: Skuter elektrik pertama Singapura, Scorpio X1 dilancar, harga bermula RM 40k!

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 05

Bagi pengecas mudah alih pula, ia mengambil masa 14 jam untuk mengecas dari kosong peratus ke 100 peratus. 

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 06

Info lain mengenai skuter ini adalah seperti berikut:

  • Ketinggian pelana - 754 mm
  • Jarak antara roda - 1,380 mm
  • Berat (termasuk bateri) - 158 kg
  • Rim - 13 Inci
  • Suspensi - Fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)
  • Brek -  Cakera tunggal depan dan belakang
  • Lampu -  LED penuh

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 07

Setakat ini, Yamaha hanya menyatakan perincian mengenai pasaran di Jepun dan Thailand. Di Jepun, bermula pada 9 Mei hingga 22 Mei 2022, sesiapa yang berusia 20 tahun ke atas dan pemegang lesen motosikal berkuasa rendah dan turut memiliki kad kredit boleh memohon untuk menyertai program pajakan yang terhad kepada 100 individu.

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 08

Kos bulanan untuk program pajakan Yamaha E01 adalah 20,000 yen (RM 694) termasuk cukai. Program itu berjalan selama tiga bulan dan tidak terhad kepada lokasi.

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 09

Jika permohonan diluluskan, peserta program pajakan E01 itu boleh mengambil skuter mereka di pengedar Yamaha bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2022.

Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih! 10

Di Thailand pula, menurut rakan media kali AutoFun Thailand, Yamaha E01 hanya akan digunakan oleh agensi kerajaan sebagai ujian.

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda