window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok

Zamil Syaheer ยท Mar 26, 2022 10:00 AM

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 01

  • Sedan bersaiz Honda Civic dengan harga seperti Honda City
  • Tiada enjin turbo untuk ASEAN
  • Ia menawarkan ciri yang tidak ditemui pada sedan segmen B biasa

Jika kereta segmen B seperti Honda City, Toyota Vios dan Nissan Almera nampak biasa sangat, jangan risau, kerana MG5 GT 2022 nampak lain daripada yang lain.

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 02

Di samping MG ZS EV 2022 facelift, MG Thailand juga telah mempamerkan MG5 GT 2022 - sedan bersaiz Honda Civic yang harganya lebih hampir dengan Honda City dan Toyota Vios.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: 2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 01

Bercakap mengenai saiz, MG5 GT 2022 mempunyai panjang 4,675 mm, lebar 1,842 mm dan tinggi 1,473 mm. Ia mempunyai jarak roda sepanjang 2,680 mm. Itu menjadikannya lebih panjang dan lebih luas daripada City, hampir dengan Civic. Cuma Civic masih mempunyai jarak roda yang lebih panjang pada 2,735 mm.

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 02

Walaupun MG5 GT ditawarkan dengan enjin pengecas turbo (173 PS, 275 Nm) di China, sedan 'sporty' ini hanya ditawarkan dengan enjin 1.5 liter beraspirasi natural di sini, menghasilkan 114 PS dan 150 Nm - setanding dengan City dan Vios.

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 03

Transmisi CVT dengan 8 nisbah maya adalah pilihan transmisi tunggal, menghantar kuasa ke roda hadapan.

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 04

MG juga tidak berhemat pada bahagian dalam MG5 GT - ia kelihatan betul-betul premium. Varian X yang tertinggi seperti yang anda lihat disini mendapat kluster instrumen digital 7-inci serta paparan infotainmen 10-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok 05

Walaupun MG5 GT berharga seperti kereta segmen B, ia menawarkan ciri seperti tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 6 hala dan bumbung suria panoramik.

Di Thailand, MG5 GT 2022 berharga daripada THB 569,000 (~RM 72k) hingga THB 699,000 (~RM 88k). Sebagai perbandingan, Honda City berspesifikasi Thailand berharga antara THB 579,500 (~RM 73k) hingga THB 739,000 (~RM 93k).

Baca juga: MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda