window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka?

Haris Β· Mar 31, 2022 03:30 PM

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 01

Walaupun terdapat khabar angin bahawa Toyota Innova generasi seterusnya akan berubah menjadi model pacuan roda depan (FWD) dan menawarkan rangkaian kuasa hibrid, Toyota Indonesia telah meneruskan dan memutuskan untuk tampil dengan Toyota Innova generasi sekarang serba elektrik di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022 yang sedang berlangsung.

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 02

Buat masa ini, Toyota Kijang Innova EV yang dipamerkan masih di tahap konsep. Model yang dipaparkan ini bukanlah pratonton Innova generasi baharu yang telah dikesan di Thailand dan India. Menurut rakan sekerja kami di AutoFun ID, Innova EV yang dipaparkan ini adalah berasaskan Toyota Venturer, varian Innova yang lebih agresif secara kosmetik di Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Spyshot: Toyota Innova 2023 serba baharu diintip sekali lagi, kali ini di India!

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 01

Tidak banyak butiran mengenai konsep Toyota Innova elektrik yang telah didedahkan oleh PT Toyota Astra Motor tetapi Toyota Indonesia akan menganjurkan sidang media maya esok (1-April) bagi memberi pencerahan terhadap hala tuju baharu syarikat itu.

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 02

Namun, sumber yang arif tentang perkara tersebut telah memaklumkan AutoFun ID bahawa Innova EV ini mempunyai motor elektrik yang diletakkan pada gandar hadapan yang menjadikannya FWD. Toyota Innova adalah model yang sentiasa ditawarkan dengan pacuan roda belakang sejak generasi perintis lagi, iaitu Toyota Kijang yang telah diperkenalkan lebih 45 tahun lalu.

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 03

Tiada angka untuk output kuasa yang didedahkan tetapi sumber yang sama juga memberitahu bahawa Toyota Innova senyap ini mempunyai jarak perjalanan sehingga 300 km. Suatu angka yang cukup baik untuk sebuah kenderaan penumpang ramai mampu milik di Indonesia.

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 04

Walaupun Toyota Innova EV kelihatan mirip dengan variasi enjin pembakaran dalaman biasa selain daripada gril hadapan yang ditutup, terdapat satu perubahan besar di dalamnya.

Sebagai ganti kepada tombol penukar gear konvensional, Toyota Innova EV menggunakan operasi transmisi menggunakan butang seperti Hyundai Kona Electric.

Baca: MAA: Hanya 10 unit EV terjual di Malaysia pada Jan 2022, Indonesia jual 3x lebih banyak

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 05

Toyota Astra Motor komited untuk menghasilkan dan melancarkan model elektrik di Indonesia. Menurut slaid pembentangan yang tertiris di antara Menteri Perindustrian negara dan wakil automotif Jepun, Toyota mensasarkan untuk menghasilkan 10 model hibrid di Nusantara pada tahun-tahun akan datang termasuk Innova Hybrid generasi seterusnya.

Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka? 06

Toyota Innova boleh dianggap sebagai kereta nasional Indonesia dan Innova EV ialah pratonton masa depan elektrik untuk kebanggaan dan kegembiraan negara itu. Sementara itu, jenama nasional kita, Proton telah berhasrat untuk melancarkan EV pembangunan sendiri menjelang penghujung dekad.

Baca: Proton akan debut kereta elektrik EV sendiri menjelang 2027, ambil asas model Geely mana? 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia