window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC

Khairil ยท Apr 1, 2022 05:00 PM

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 01

Tahun ini, perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bertambah meriah terutama buat peminat tempatan dengan kehadiran 'hero' Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah ke kancah elit berkenaan.

Tetapi melangnya, tidak seperti perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), perlumbaan WSBK tidak menjadi antara perlumbaan yang berada dalam kalendar Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Juga baca: WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 01

 

Kali terakhir SIC menganjurkan perlumbaan WSBK adalah pada tahun 2016 dengan Malaysia mempunyai wakil dalam perlumbaan berkenaan dalam kelas WorldSSP iaitu Zulfahmi Khairuddin.

Tidak seperti Zulfahmi, Hafizh akan berlumba dalam kelas utama WorldSBK sekaligus menyaksikan keterujaan buat peminat tempatan meningkat.

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 02

Hafizh Syahrin menguji Honda CBR1000RR-R 

Ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk menganjurkan kembali perlumbaan WSBK di SIC, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata kekangan bajet menghalang perlumbaan itu untuk dianjurkan di Malaysia.

Tetapi ada perkhabaran baik apabila Shafriman tidak langsung menolak kemungkinan itu jika pihaknya menerima peruntukan yang sewajarnya.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 03

CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif

"Setakat ini, tak ada dalam perancangan lagi," kata Shafriman memetik laporan BHarian ketika sesi ramah mesra bersama media, semalam.

Shafriman berkata bajet yang dimiliki SIC pada tahun ini amat ketat tetapi jika pihaknya berpeluang ditambah dengan bajet yang mencukupi, perlumbaan WSBK boleh dipertimbangkan untuk dianjurkan kembali.

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 04

Zulfahmi Khairuddin

Malaysia pernah berada dalam kalendar perlumbaan WSBK dengan dua lagi venue selain SIC iaitu Litar Shah Alam (1990 dan 1991) dan Litar Pasir Gudang (1992 dan 1993) turut menjadi tuan rumah kepada perlumbaan itu.

Selepas 21 tahun tidak dianjurkan di Malaysia, WSBK kembali ke Malaysia dengan SIC menjadi venu pada tahun 2014 hingga 2016.

WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC 05

Pada tahun terakhir penganjurannya, Zulfahmi yang kini pengurus pasukan SIC Racing menamatkan saingan di kedudukan podium.

Juga baca: Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda