window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k!

Khairil · Apr 5, 2022 09:00 AM

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k! 01

Selepas diperkenalkan secara eksklusif di Indonesia, November tahun lalu, motosikal 'Adventure touring' aras mula keluaran Honda iaitu Honda CB150X akhirnya tiba di pasaran satu lagi negara jiran, Filipina.

Seperti skuter ADV 150 yang dilihat sebagai 'adik' X-ADV, Honda CB150X yang tampil sebagai model 2022 itu adalah 'adik' kepada Honda CB500X.

Juga baca: Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k! 01

Ia berikutan rekaan asasnya yang agresif tampak cukup mirip menerusi penggunaan visor angin yang tinggi, tangki bahan api yang sasa berkapasiti 12 liter selain kedudukan pelana dan jarak lega bumi yang agak tinggi.

Di Filipina, Honda CB150X ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu:

  • Valiant Red
  • Matte Gunpowder Black Metallic

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k! 02

Manakala harga jualan yang disyorkan ialah ₱ 163,900 (RM 13,439).

Di bahagian trenkuasa, seperti namanya Honda CB150X, motosikal ini dikuasakan enjin bersesaran 149 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC, PGM-FI yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500!

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k! 03

Kuasa yang dihamburkan adalah 15.42 Hp pada 9,000 rpm dengan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm. Lebih menarik, Honda mendakwa tahap penggunaan bahan api Honda CB150X ini adalah pada angka 38km untuk 1 liter.

Sekalipun tampil sebagai model aras mula, Honda CB150X dipadankan dengan fork depan jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal belakang. Sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang.

Sebagai model 'Adventure touring', Honda CB150X turut memiliki 'duck fender', 'tapered handlebar' dan 'undercowl' bergaya kembara lasak. 

Dengan kapasiti tangki bahan api 12 liter, ketinggian pelana Honda CB150X adalah 817 mm dengan jarak lega bumi 181 mm bersama gandingan set roda 100/80-R17 (depan) dan 130/70-R17 (belakang) dengan tayar 'all-purpose'.

Juga baca: Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia!

Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k! 04

Ciri-ciri menarik dan moden adalah seperti penggunaan panel meter digital dan sistem lampu LED penuh.

Tidak diketahui sama ada pihak Boon Siew Honda (BSH) berminat untuk membawa model Honda CB150X ini ke pasaran tempatan tetapi melihat kepada sambutan diterima 'abangnya' Honda CB500X, potensinya cukup besar.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda