window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan!

Haris Β· Apr 7, 2022 05:00 PM

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 01

  • Hyundai Palisade facelift 2023 bakal melakukan penampilan sulung di New York, Amerika Syarikat
  • Reka bentuk bahagian hadapan baharu, papan pemuka baharu
  • Skrin infotainment 12.3 inci yang lebih besar

Hanya beberapa bulan yang lalu Hyundai-Sime Darby Motors melancarkan Hyundai Palisade 2022 pada Disember 2021 di Malaysia namun ia tidak diambil kira apabila Hyundai Motor Group telah mengumumkan bahawa Hyundai Palisade facelift 2023 baharu akan dilancarkan minggu depan. Acara gilang gemilang itu akan diadakan tepat pada 13-April 2022, bertempat di New York International Auto Show.

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 02

Kedua-dua imej acah yang dikongsi HMG menunjukkan reka bentuk bahagian hadapan yang lebih bersegi, dengan gril dan lampu depan yang berbeza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumber yang arif mengenai perkara itu turut berkongsi bahawa Hyundai Palisade facelift 2023 baharu juga akan mendapat papan pemuka baharu yang menampilkan reka bentuk berbeza untuk bahagian atasnya.

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 01

Hyundai Palisade pra-facelift 2022 pasaran Malaysia

Skrin infotainmen juga akan dinaik taraf kepada unit 12.3 inci yang lebih besar, naik daripada 10.25 inci model sekarang. Tetapi itu tidak relevan untuk Malaysia kerana Hyundai Palisade pra-facelift yang dijual di Malaysia kini dilengkapi dengan skrin paling asas 8-inci, tanpa mengira varian.

Baca: Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 02

Hyundai Palisade 2022 pasaran Malaysia berharga dari RM 328,888 hingga RM 358,888, diimport dari Korea (CBU).

2 varian yang ditawarkan untuk model 3.8 liter NA adalah:

  • Hyundai Palisade 3.8L Luxe 7 - RM 358,888 (7 penumpang)
  • Hyundai Palisade 3.8L Luxe 8 - RM 338,888 (8 penumpang)

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 03

2 varian yang ditawarkan untuk model 2.2 liter turbodiesel adalah:

  • Hyundai Palisade 3.8L Executive 7 - RM 348,888 (7 penumpang)
  • Hyundai Palisade 3.8L Executive 8 - RM 328,888 (8 penumpang)

SUV tempat duduk tiga baris itu boleh didapati dalam konfigurasi 7 atau 8 tempat duduk, dengan pilihan enjin 4-silinder 2.2 liter turbo diesel (200 PS/440 Nm) atau 6-silinder V6 3.8 liter aspirasi semula jadi (295 PS/355 Nm).

Baru je lancar di Malaysia, Hyundai Palisade facelift 2023 dah didedahkan untuk debut minggu depan! 04

Perhatikan pemacu gear secara butang, bukan tombol

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, pacuan empat roda untuk varian berkuasa diesel dan pacuan semua roda untuk varian berkuasa petrol.

Baca: Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda