Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus!

Haris · Apr 11, 2022 09:00 AM

Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus! 01

Jenama ultra-mewah Mercedes-Benz iaitu Maybach mengakhiri suku pertama 2022 dengan merekodkan jualan terbaik sepanjang sejarahnya, dengan peningkatan sebanyak 161 peratus. Sama hebatnya adalah model teratas Mercedes-Benz S-Class generasi terbaharu W223 / V223 tahun 2022 yang turut merekodkan peningkatan jualan yang mengagumkan sebanyak 67 peratus.

Syarikat itu tidak memberikan pecahan angka jualannya mengikut model tetapi sekadar mengumumkan jualan model kelas atasan, yang terdiri bukan sahaja S-Class dan Maybach tetapi juga model GLS, G-Class, AMG dan EQS, mencapai 76,200 unit dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, meningkat 1 peratus.

Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus! 02

Secara keseluruhan, Mercedes-Benz berjaya menghantar sehingga 501,600 unit antara Januari hingga Mac tahun ini, turun 15 peratus daripada suku sebelumnya yang disebabkan oleh kekurangan alat ganti semikonduktor.

Mercedes-Benz GLC ialah model atasan yang paling popular di seluruh dunia, dengan 100,400 unit terjual, menyumbang 20 peratus daripada jumlah jualan syarikat.

Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus! 01

Asia menjadi rantau Mercedes-Benz yang paling penting, apabila menyumbang 249,000 unit dalam keseluruhan jualan, atau 49.6 peratus daripada jualan global. Di Asia, China menyumbang 77 peratus daripada jumlah jualan tersebut dengan 192,700 unit.

Baca: Selera orang kaya China yang tidak pernah puas - lebih 1,000 unit Maybach dijual setiap bulan!

Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus! 02

Rantau Mercedes-Benz yang paling penting seterusnya adalah Eropah, dengan 151,000 unit terjual (30 peratus daripada jualan global), diikuti oleh Amerika Utara dengan 70,700 unit (14 peratus).

Di antara semua wilayah utama, jualan di Amerika Utara merosot paling banyak, pada 20 peratus, berbanding 12 peratus untuk Asia dan 14 peratus untuk Eropah, semuanya disebabkan kekurangan bahagian semikonduktor.

Baca: SUV Sultan harga dari RM 1.8 juta, 2022 Mercedes-Maybach GLS 600 dilancarkan di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz Maybach GLS 600 4Matic

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru