window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km!

Haris · Apr 20, 2022 04:00 PM

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 01

  • SUV elektrik dalam liga S-Class
  • Tersedia dalam 5 atau 7 tempat duduk
  • Sehingga 544 PS/858 Nm dengan jarak 660 km

Mercedes-Benz EQS SUV 2022 kini telah didedahkan buat pertama kalinya di dunia. Dengan pilihan nama yang ringkas, ia mudah difahami sebagai sebuah SUV elektrik untuk model versi S-Class. Selain itu, EQS SUV ini dibangunkan berdasarkan platform modular EV khusus (EVA2) yang turut menjadi asas kepada EQS Sedan dan EQE.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 02

Berbanding dengan model EQS Sedan, EQS SUV dilaporkan bakal menawarkan ruang sebuah SUV dengan tempat duduk yang bermurah hati sebanyak 5 hingga 7 kerusi penumpang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 01

Mercedes-Benz EQS SUV baharu turut berkongsi jarak roda yang panjang (3,210 mm) dengan EQS Sedan, tetapi lebih 20 cm lebih tinggi, berukuran 5,125 mm panjang, 1,959 mm lebar dan 1,718 mm tinggi. Rekaan Mercedes juga bukan biasa-biasa kerana mempunyai kecekapan aerodinamik yang tinggi dengan bahagian bawah kenderaan yang lancar dan gril hadapan tertutup.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 02

Untuk menyokongnya, casis EQS SUV baharu mempunyai empat pautan langsung bagi suspensi hadapan manakala bahagian belakang menggunakan pautan suspensi multi-link bebas. Suspensi air suspension yang ikonik dengan redaman boleh laras berterusan ADS+ ialah ciri standard bagi SUV ini.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 03

Sebagai tambahan kepada mod Dynamic Select yang menampilkan Eco, Comfort, Sport dan Individual, versi 4Matic turut menambah mod Offroad, mod tambahan untuk pemanduan luar jalan. Tambahan pula, stereng yang turut berhubung dengan gandar belakang beserta sudut stereng yang boleh dipusingkan sehingga 4.5 darjah hadir standard untuk meningkatkan kemudahan perjalanan di sekitar bandar.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 04

Bagi sistem pendorong elektrik, terdapat tiga varian tersedia pada titik pengenalan iaitu - EQS 450+, EQS 450 4Matic dan EQS 580 4Matic.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 05

EQS 450+ mempunyai motor elektrik tunggal yang dipasang pada gandar belakang (pacuan roda belakang) dengan 360 PS/568 Nm manakala varian pacuan semua roda – EQS 450 4Matic dan EQS 580 4Matic mendapat dwi motor, masing-masing dengan 360 PS/800 Nm dan 544 PS/858 Nm .

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 06

Kesemua varian mempunyai pek bateri 107.8 kWj, mirip pek bateri EQS Sedan, yang membolehkan julat pemanduan sehingga 660 km dalam pacuan roda belakang EQS 450+ dan 613 km untuk kedua-dua varian pacuan semua roda.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 07

Pengecas terbina dalam membolehkan pengecasan AC sehingga 22 kW manakala pengecasan DC maksimum dinilai pada 200 kW, yang mampu mengisi jus bateri daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 31 minit sahaja.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 08

Bergerak ke bahagian dalam pula, ia hampir sama dengan Mercedes-Benz EQS Sedan dengan pilihan MBUX Hyperscreen, skrin melengkung besar yang merentangi keseluruhan lebar papan pemuka.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 09

Paparan OLED 12.3-inci untuk penumpang hadapan memberikan mereka paparan dan kawalan ke atas kawasan mereka sendiri. Barisan tempat duduk ketiga tersedia sebagai pilihan untuk EQS SUV.

2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km! 10

Bagi sistem bantuan keselamatan lanjutan, Mercedes-Benz EQS SUV menerima ciri-ciri seperti:

  • Active Distance Assist Distronic
  • Blind Spot Assist dengan fungsi exit warning
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Evasive Steering Assist
  • Active Blind Spot Assist dengan fungsi exit warning 
  • Active Brake Assist dengan fungsi cross-traffic

Juga baca: Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia