window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime!

Faisal · Apr 25, 2022 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualannya beransur dari tahun 2011 hingga 2018. Uniknya, kebanyakan Satria Neo oleh Cusco ini pernah melengkapkan kejohanan rali di seluruh Jepun dan kereta mereka sememangnya boleh dipandu di jalan raya walaupun dengan komponen dan mekanikal rali.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 01

Perkara ini dimainkan oleh faktor bahawa Satria Neo itu dikhususkan untuk bertanding dalam rali Group N yang mana ia hanya memerlukan modifikasi minimum seperti penerapan roll cage dan beberapa peralatan rali. Apapun, enjinnya tidak boleh diubah suai.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 02

Di Jepun, salah seorang pemilik yang bertuah adalah Junichi Miyasaka. Beliau pernah menggunakan jentera itu untuk bertanding dalam All Japan Rally Championship 2012-2013.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 03

Untuk pengetahuan anda, beliau sebelum itu menggunakan Suzuki Swift HT81S tetapi ia kemalangan sewaktu perlumbaan.

Disebabkan itu, beliau berhasrat untuk cari pengganti yang berharga mampu milik dan terjumpa pula Satria Neo milik Cusco Jr Rally Team.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 04

Sato Ria = Satria. Nampak tak?

Kalau anda perasan, Satria Neo Cusco ini ada pelekat gadis anime iaitu Ria Sato. Menurut laman rasmi Cusco, gadis itu sangat meminati rali dan beliau adalah ahli kelab automotif di universitinya.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 05

Mengenai Miyasaka, beliau nampaknya mengekalkan semangat rali pada Satria Neo dengan bertanding dalam kelas RA3 di Hokkaido Rally Championship. Modifikasi yang perlu dibuat pula tidak banyak kerana kereta tersebut sudah ada komponen rali.

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 06

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime! 07

Cumanya, ia tidak begitu kompetitif kerana enjin 1.6L NA CamPro yang digunakan hanya menghasilkan 113 PS dan 146 Nm tork. Apapun, beliau tidak hampa kerana kerana kereta tersebut turut beliau guna setiap hari.

Juga bacaTop 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda