Walau bagaimanapun, imej tersebut merupakan sebuah imej pandu uji Toyota Corolla Cross! Rekaan bumper belakang itu sememangnya merupakan sebuah Toyota Corolla Cross. Proton X50 mempunyai bumper belakang dengan corong udara berkembar yang lebih menyerlah.
Nampaknya, ramai juga peminat Proton X50 ini. Sampaikan apa sahaja SUV yang ditutup dengan pelekat penyamaran, terus sebut Proton X50. Apa apa pun, memang tidak dinafikan bahawa Proton X50 adalah sebuah SUV yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Toyota Corolla Cross hadir dengan 2 pilihan enjin iaitu enjin 1.8 liter petrol 4-silinder 2ZR-FBE 1(40 PS kuasa kuda, 177 Nm tork) serta enjin 1.8 liter hybrid 2ZR-FXE THS II dengan gabungan enjin petrol (98 PS kuasa kuda, 142 Nm tork) dan motor elektrik (72 PS/163 Nm). Kedua-duanya menggunakan transmisi CVT automatik ke pacuan roda depan.
Apa yang menarik mengenai Toyota Corolla Cross adalah SUV ini sarat dengan ciri-ciri yang bagus baik dari segi keselamatan mahu pun keselesaan. Toyota Corolla Cross ini juga dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia hujung tahun ini. Adakah ini percubaan Toyota untuk merebut pasaran yang kini gigih menyimpan duit untuk Proton X50?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}