window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba

Zamil Syaheer ยท May 13, 2022 06:00 PM

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba 01

Renault Group dan Geely Auto telah memeterai perjanjian langganan dan perkongsian usaha sama (JV). Ini akan menyaksikan Geely memegang 34.02% daripada jumlah modal saham terbitan Renault Korea Motors (RKM).

Kumpulan Renault akan kekal sebagai pemegang saham majoriti dalam RKM, dan akan terus menyatukan entiti itu sepenuhnya.

Apa akan terjadi?

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba 02

Renault QM6, atau lebih dikenali sebagai Koleos

Kerjasama ini terjadi  selepas pengumuman bersama kedua-dua syarikat sebelum ini pada Januari 2022. Renault dan Geely akan menghasilkan barisan kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan model enjin pembakaran dalaman (ICE) yang serba baru ke pasaran Korea Selatan dan luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu!

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba 01

Renault Laguna dijual sebagai SM6 di Korea

Kenderaan baru ini menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) milik Geely, dan juga akan dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid Geely. Sementara itu, Renault dan RKM akan menyumbang "teknologi termaju mereka, kepakaran dalam reka bentuk dan pengalaman pelanggan, untuk melebihi jangkaan pasaran tempatan."

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba 02

Renault XM3 (Arkana di pasaran lain) dibina bersama QM6, SM6 dan Twizy di kilang Busan RKM

Rangkaian akan datang akan dihasilkan di kemudahan RKM semasa di Busan, Korea Selatan, dengan ramalan jumlah pengeluaran akan bermula pada 2024. Kereta ini akan dijual melalui rangkaian jualan dan selepas jualan RKM sedia ada.

Baca juga: Proton X70 generasi seterusnya? Geely Boyue 2022 serba baru dilihat buat kali pertama, platform CMA

Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba 03

"Peningkatan modal ini mencerminkan keyakinan kukuh oleh Geely Holding Group dan Renault Group terhadap potensi kukuh pasaran Korea Selatan yang akan meningkatkan lagi pelan Renault Group “Renaulution plan”.

"Kedua-dua syarikat komited sepenuhnya kepada Renault Korea Motors dengan memperkenalkan portfolio produk baru yang akan membawa kepada bahagian pasaran yang lebih besar dalam pasaran domestik Korea Selatan sambil meneroka peluang pasaran eksport," kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda