window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k!

Khairil ยท May 15, 2022 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 01

Dan selaras dengan 'tagline' MForce yang menawarkan harga mampu milik, varian SRT800 (Standard) dijual pada harga RM 39,888 manakala QJ Motor SRT800X dijual pada tanda harga RM 42,888 (asas).

Seperti kebiasaan, harga yang dipaparkan adalah asas dan tidak termasuk cukai jalan dan insurans dengan pelancaran QJ Motor SRT800 turut berlangsung sempena pembukaan Rasmi Benelli Best Shop Shah Alam oleh ICity Motoworld.

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 02

Turut dipertontonkan di acara berprestij, EICMA 2021 (Pameran Motosikal Milan), trenkuasa QJ Motor SRT800 (2022) adalah menggunakan enjin bersesaran 754 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan klac manual.

Trenkuasa yang patuh piawaian Euro 5 itu menghasilkan kuasa setinggi 80 Hp pada 9,000 rpm dengan tork 67 Nm pada 6,500 rpm.

Juga baca: MForce kini pengedar sah QJ Motorcycle, motosikal berkuasa tinggi mampu milik dalam perancangan?

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 03

Untuk kestabilan dan keselesaan tunggangan, QJ Motor SRT800 dipadankan dengan fork jenis terbalik dengan sistem brek menggunakan kaliper jenama Brembo (depan) dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 04

Seperti motosikal moden lain, ia juga dikatakan dilengkapi ciri canggih seperti penghidup tanpa kunci (keyless), sistem lampu penuh LED, panel meter digital TFT berwarna bersaiz 5 inci.

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 05

Memiliki kapasiti tangki bahan api 18.5 liter, sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan brek menggunakan kaliper Brembo.

Dan menariknya, pelbagai aksesori turut dipadankan kepada pembeli untuk kedua-dua varian termasuklah 3 'box' pengangkut barangan, 'crash guard', pelindung enjin dan pelindung radiator.

Perbezaan 

QJMotor SRT800

  • Rim aloi - Set roda 120/70-R17 (depan) 180/55-R17 (belakang)
  • Ketinggian pelana - 810 mm
  • Tinggi keseluruhan - 1,390 mm
  • Berat - 254 kg
  • Pilihan warna - Stone Grey, Passion Red 
  • Tiada 'Double stand'

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 06

QJMotor SRT800X

  • Rim jejari - Set roda 110/80-R19 (depan) 150/70-R17 (belakang)
  • Ketinggian pelana - 835 mm 
  • Tinggi keseluruhan – 1,405 mm 
  • Berat - 260 kg
  • Pilihan warna - Navy Blue, Cadmium Green
  • Memiliki 'Double stand'

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 07

Kepada yang berminat, QJMotor SRT800/X boleh di dapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan Julai ini namun tempahannya sudah pun dibuka.

QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k! 08

Dengan setiap pembelian QJMotor SRT800, pembeli juga akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Juga baca: MForce kini pengedar sah QJ Motorcycle, motosikal berkuasa tinggi mampu milik dalam perancangan?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda