window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

Faisal · May 22, 2022 06:00 PM

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 01

  • Honda Civic kini lebih kemas dan premium
  • Jurangnya dengan pesaing tegar, Toyota Corolla Altis semakin jauh
  • Pakej masih mantap walaupun dengan beberapa isu

Setiap kali Honda Civic baru dilancarkan di Malaysia, tak kisahlah generasi itu hebat atau hambar, ia pasti akan jadi sebutan orang ramai. Perkara ini tidak menghairankan kerana Civic diibarat seperti model tunjang buat Honda di Malaysia dan bila bercakap tentang Honda, ramai akan ingat Civic dahulu berbanding model-model lain.

Juga bacaHonda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru-baru ini, kami dijemput oleh Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) untuk ke sesi pandu uji media buat Honda Civic baru iaitu generasi FE. Menariknya, laluan yang ditetapkan bukanlah lebuh raya sepanjang masa. Jadi, sesuai sangatlah untuk kami uji kemampuan Civic baru dalam mengambil jalan yang berliku-liku. Maklumlah, Civic kut. Tak sahlah kalau tak uji sensasi pemanduannya.

Eksterior – Nampak macam jelmaan Audi, jauh lebih kemas

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 01

Tetapi sebelum itu, mari kita bercakap sedikit tentang gaya kerana inilah aspek yang paling dipersoalkan buat Civic kali ini. Setelah melihatnya depan-depan khususnya varian RS dalam acara ini, saya sendiri boleh merumuskan bahawa ia tidak nampak dramatik macam Civic ‘ketam’ tetapi tarikannya tetap hebat. Terdapat banyak elemen menarik yang nampak lebih rapi dan kemas.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 02

Senang cerita, ia tidak keterlaluan macam dahulu dan imej yang dibawa kali ini jelas lebih matang. Sekali pandang pun macam Audi dah. Golongan berumur pasti tertarik dengan Civic kali ini. Kalau yang ketam dahulu, jangan haraplah. Tetapi bagaimana pula dengan prestasinya? Adakah masih menyengat seperti generasi dahulu?

Trenkuasa – perhalusan dinaik taraf, peningkatan prestasi yang jelas dapat dirasai

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 03

Sesiapa yang dah rasa prestasi Civic ketam sebelum ini pasti tahu betapa berbakatnya enjin 1.5L VTEC Turbo. Malah, kadar penggunaan petrolnya juga tidaklah kuat mana. Kali ini, Honda Civic tampil dengan kuasa sebanyak 182 PS dan 240 Nm tork (penambahan 9 PS dan 20 Nm). Dan apa yang kami boleh katakan sebaik sahaja memulakan perjalanan adalah ia jelas lebih bertenaga, terutama pada rpm rendah ke pertengahan.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 04

Civic FE ada ciri pilihan mod memandu.

Bukan itu sahaja, transmisi CVT kali ini juga lebih responsif dan lebih senyap tidak kisahlah dalam pilihan mod memandu ‘Econ’ ataupun ‘Sport’. Bunyi ngauman enjin dan CVT pun macam tidak berapa kedengaran walaupun pedal minyak ditekan habis. Mungkin Honda telah menaik taraf bahan penebat gegaran dan bunyi di bahagian mounting dan firewall. Secara tidak langsung, trenkuasa pada Civic kali ini rasa lebih berkualiti dan lebih halus berbanding model terdahulu.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 05

Dalam tempoh pandu uji kami yang meliputi pemanduan di lebuh raya secara normal, Civic FE masih mencatatkan penggunaan petrol dalam lingkungan 7.+ liter /100 km walaupun dengan peningkatan prestasi. Jadi, tiada rungutan di situ. Bagaimana pula dengan sensasi pemanduan Civic FE?

Pemanduan – lebih ‘hidup’, suspensi lagi selesa tetapi ada satu benda yang peminat Civic akan rungut

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 06

Saya sendiri sebenarnya antara yang paling lewat untuk merasai pemanduan Civic ketam tetapi setelah berpeluang, saya terkejut kerana ia tidaklah sehebat imej dan fenomena yang dibawanya. Laju memang laju, soal pengendalian pun boleh dikatakan tiada isu tetapi entah bagaimana, sensasi yang diharapkan itu tiada. Macam tak stim langsung. Bahagian depannya seperti tidak memberi maklum balas yang diharapkan. Seingat saya, Civic generasi FD yang dah berusia lebih 15 tahun pun lagi syok.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 07

Tetapi untuk generasi kali ini, Honda nampaknya kembali dengan kekuatan yang sinonim pada Civic-Civic terdahulu. Antara aspek yang paling jelas ialah bab stereng. Nisbah stereng Civic FE sebenarnya lebih perlahan daripada Civic ketam tetapi maklum balas yang diberi sebenarnya lebih sedap. Memulas stereng Civic FE juga lebih memuaskan, dah macam ‘feel’ kontinental pun ada.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 08

Sensasi pemanduan yang lebih padu ini turut dimainkan oleh faktor talaan suspensi. Bagi anda yang belum tahu, sistem gantungan pada Civic ketam sebenarnya cukup mantap tetapi entah apalah yang berlaku dekat bawah sana. Senang kata, maklum balasnya tidak cukup organik. Untuk mereka yang berjiwa rancak pasti tidak akan berpuas hati.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 09

Berbalik kepada Civic FE, suspensinya jelas lebih handal. Pertama sekali, melanggar segala permukaan yang cacat cela rasa lebih empuk berbanding Civic ketam. Sebarang kekasaran pun tidak ada walaupun dengan tayar nipis yang berprofil 40 (235/40ZR18). Hentakan yang dirasai juga lebih solid dan tidak bising seperti model-model Honda sebelum ini. Cumanya kalau bab keselesaan perjalanan, Toyota Corolla Altis tetap lebih hebat.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 10

Dalam hal ini, kami ingin sentuh sedikit bab kesenyapan kabin. Sejujurnya, kekedapan bunyi dari luar bukanlah kekuatan Honda tetapi seperti yang dibuktikan pada Accord, Civic kali ini juga ternyata senyap. Kadar bunyi angin pada kelajuan 110 km/j juga agak rendah untuk segmen ini. Cumanya, bunyi tayar Michelin Pilot Sport 4 yang didatangkan sebenarnya agak kuat. Mungkin frekuensi bunyi yang dilontarkan tidak ngam dengan frequensi telinga kita.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 11

Dari sudut pemanduan dinamik, Civic FE tampil dengan karakter yang lebih kemas, dah hampir sama macam kereta kontinental. Berilah apa jua selekoh sekalipun, Civic kali ini rasa lebih ‘hidup’ dan rela untuk beraksi bersama pemandu. Maklum balas yang diberi oleh suspensi dan stereng juga lebih interaktif. Walau bagaimanapun pada kelajuan tinggi, ada rasa floaty (terapung) sedikit, seolah-olah macam absorber terlalu lembut. Jadi, pergerakan naik turun badan di jalan yang beralun mungkin sedikit lebih daripada jangkaan.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 12

Berkenaan aspek brek pula, Honda selalunya mantap dalam hal ini dan Civic FE juga tidak terkecuali. Kali ini, modulasinya lebih linear dan pada kelajuan rendah, ia tidak terlalu sensitif yang mana pemandu akan rasa lebih mudah untuk memberhenti secara lancar. Apapun, Honda Civic tetap sebuah kereta keluarga, bukan sedan yang dinamik semata-mata. Jadi, bagaimana pula dengan bahagian dalamnya?

Interior – pakej yang tiada tandingan, tampil dengan falsafah premium

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 13

Anda pasti tahu betapa hebatnya kabin Civic ketam berbanding pesaing segmen C yang lain. Dahlah luas, praktikal pula tu. Dan tidak mengejutkan, kekuatan ini disempurnakan lagi pada generasi FE, iaitu dengan falsafah yang lebih premium. Sebaik sahaja masuk ke dalam, anda akan perasan betapa kemasnya kabin Honda Civic kali ini. Sekali pandang, memang nampak macam Audi.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 14

Elemen corong penyaman udara yang melintang di sepanjang papan pemuka juga layak mendapat pujian kerana ia betul-betul cantik. Nak guna pun mudah. Laraslah ke arah mana sekalipun tetap nampak kemas. Di samping itu, pelaras pendingin udara dan kelantangan bunyi audio jenis tombol juga nampak mahal dan sedap untuk dipulas. Bagi anda yang mementingkan kualiti musik, bunyi yang dilontarkan sebenarnya lebih kurang sama dengan Civic ketam.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 15

Tetapi kabin Civic baru bukan setakat visual sahaja. Bahan yang diguna juga lebih lembut dan tiada isu ergonomik yang dapat kami jumpa. Bercakap tentang ini, mari kita masuk bab tempat duduk kerana Honda kali ini betul-betul baiki isu yang ada pada generasi ketam.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 16

Antaranya seperti di tempat duduk hadapan yang mana sokongan peha dan bahu kini betul-betul mencukupi dan rasa serasi dengan kedudukan anggota badan kita. Di sini sahaja, tempat duduknya sudah tahap lebih selesa daripada Honda Accord. Pelik kan?

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 17

Untuk bahagian belakang pula, bahagian bangkunya masih rendah tetapi postur tempat duduk itu sendiri rasa lebih semula jadi berbanding dahulu. Pendek kata, penumpang tidak akan merungut kerana ia cukup selesa.

Konklusi

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 18

Secara keseluruhan, inilah Honda Civic yang paling hebat pernah dicipta. Resepi menyeluruh yang ada pada generasi sebelum ini nampaknya telah dinaik taraf dengan sentuhan yang lebih matang dan berkualiti. Dengan saiz yang sedang elok, anda mungkin tidak perlu pun ke segmen lebih atas kerana yang ini sahaja sudah cukup memuaskan. Ditambah pula dengan ADAS Honda Sensing yang terbukti paling bagus dalam industri (kecuali Forward Collision Warning yang cenderung mengesan terlalu awal), kredibiliti Honda Civic ternyata sukar untuk ditandingi.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam' 19

Soal ketiadaan ciri kluster digital penuh, sistem audio Bose atau Digital Key pula mungkin akan terjawab sebaik sahaja varian hibrid dilancarkan pada akhir tahun ini. Jadi untuk anda yang hendak beli sedan bawah RM 140k sekarang, tempah sahajalah Honda Civic FE kerana pakej yang dibawanya amat sukar untuk dinafikan.

Juga bacaSelepas Thailand, Malaysia akan melancarkan CKD 2022 Honda Civic Hybrid (FE) hujung tahun ini!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda