window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda!

Khairil ยท May 27, 2022 03:00 PM

 

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 01

Aniq Izzfan Fairullizam yang mula dikenali selepas melengkapkan cabaran 'Iron Butt' menunggang motosikal Honda EX5, bulan lalu sekali lagi 'buat hal' apabila melakukan perjalanan secara solo ke negara jiran Thailand menggunakan kapcai sama, baru-baru ini.

Tetapi, pemuda berusia 19 tahun itu tidak membawa kelengkapan ikoniknya iaitu kotak barangan FoodPanda dalam kembaranya kali ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: 11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 01

Berkongsikan pengalamannya di laman Facebook peribadinya, Aniq memetik laporan Harian Metro berkata hasrat untuk melihat keunikan Thailand sudah lama menjadi impiannya namun ia tertangguh selepas pintu sempadan negara ditutup susulan pandemik Covid-19.

Justeru sebaik saja pintu menghubungkan kedua-dua negara itu dibuka secara rasmi pada 1 April lalu, peluangnya kembali terbuka.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 02

Dan kembara itu akhirnya direalisasikan pada tarikh 9 Mei lalu selama tujuh hari dan dimuktamadkan pada 15 Mei.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 03

Aniq berkata, perancangan pengembaraan menggunakan kapcai ikonik Honda itu hanya dibuat beberapa hari sebelum dia memulakan perjalanan dan ia adalah pengalaman sulungnya ke luar negara.

Malah pasport antarabangsa miliknya hanya disiapkan beberapa hari sebelum penjelajahan itu bermula selain menggunakan Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur ke negara Gajah Perang itu.

Juga baca: Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda!

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 04

"Motosikal hanya tukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan dari Senawang menuju ke Phuket menerusi Bukit Kayu Hitam," katanya.

Dari Senawang, Aniq mengharungi perjalanan selama 25 jam berpandukan aplikasi peta di telefon bimbit sebelum tiba di Phuket, Thailand dan melepasi sempadan negara menerusi Sadao.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 05

Katanya, prosedur untuk masuk ke Thailand menerusi Sadao mudah kerana semua prosedur dipatuhi dan dokumen lengkap.

Sepanjang 7 hari pengembaraannya di Thailand, Aniq berkata dia sempat singgah di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Haytai, Patalong, Trang, Panga dan Krabi dan menempuh jarak perjalanan keseluruhan 2,350 kilometer.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 06

Semasa di Thailand, Aniq sempat berkongsikan tips dan nasihat ketika menunggang di Thailand. 

"Hati-hati dengan keadaan di Thailand, di sini motosikal songsang sesuka hati, kereta sukan main pancung jalan, lori laju-laju, lagi-lagi dengan pusingan U. Patuh pada peraturan di negara ini dan jangan tunggang laju," tulisnya.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 07

Bercerita lebih lanjut, Aniq berkata dia gemar dengan tunggangan solo kerana dia boleh menentukan aktiviti sepanjang pengembaraan untuk singgah di lokasi menarik.

"Saya juga sempat singgah Phuket Bike Week dan berkongsi pengalaman dan cerita dengan ramai kenalan baharu dari Thailand.

Selepas 'Iron Butt' guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda! 08

"Selain itu, saya juga sempat mengajak mereka untuk melancong ke Malaysia yang turut memiliki pelbagai tarikan menarik," katanya.

Untuk pengembaraan kali ini, Aniq hanya membelanjakan RM 950 yang meliputi duit mengisi petrol, makanan dan penginapan. Dan dalam masa terdekat, dia juga merancang untuk mengembara ke utara Thailand pula dan seperti biasa, menggunakan kapcainya.

Sumber imej: FB Aniq Izzfan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda