window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini!

Haris Β· May 30, 2022 08:00 PM

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 01

Ini mungkin suatu pilihan arus perdana tetapi sebenarnya masih ada pengguna yang mencari Mazda CX-5 generasi pertama (KE). Mengapa tidak? Model ini sebenarnya masih lagi mempunyai tarikan yang tersendiri apatah lagi dengan penurunan harga terpakai yang mungkin membuatkan para bapa mencari sebuah SUV yang masih boleh tahan.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 02

Rekaan depan model pra-facelift

Dalam lipatan sejarah, Mazda CX-5 adalah perintis kepada crossover Jepun yang sporty. Sama seperti Mazda CX-5 generasi kedua sekarang, model generasi pertama (KE) ini membuatkan SUV Jepun lain mula mengambil perhatian terhadap aspek keseronokan terhadap kenderaan keluarga anda; terutamanya untuk Honda CR-V dan Nissan X-Trail pada masa itu.

Varian Mazda CX-5 generasi KE

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 01

Anda boleh membezakan facelift dengan lampu depan LED.

Sebagai model Mazda pertama yang menggunakan nuansa reka bentuk Kodo, Mazda CX-5 tampil kelihatan lebih menarik berbanding model lain masa itu; sebenarnya ia masih berlaku. Apabila mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, hanya 2 varian tersedia dengan satu-satunya perbezaan ialah 2WD atau AWD.

Kedua-duanya menggunakan enjin SkyActiv 2.0G seperti berikut:

  • 2.0G SkyActiv 2WD (153 HP / 200 Nm)
  • 2.0G SkyActiv AWD (152 HP /198 Nm)

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 02

Walaupun hanya menggunakan enjin 2.0 liter, enjin SkyActiv mempunyai nisbah mampatan (Compression Ratio) 13:1 yang tinggi yang menjadikannya 'bersemangat'. Fakta menarik untuk anda jika anda akhirnya membeli sebuah Mazda, nisbah mampatan SUV ini adalah lebih tinggi daripada Ferrari 458 yang hanya mempunyai 12.5:1.

Malah, enjin CX-5 spesifikasi Jepun mempunyai nisbah setinggi 14:1 tetapi petrol berkualiti rendah di negara kita adalah punca mengapa angka nisbah tersebut menjadi sedikit rendah. Oleh yang demikian, ia masih boleh menggunakan petrol RON 95 marhaen.

Enjin SkyActiv agak mendahului zamannya. Ia menggunakan rongga ekzos berbilang 4-2-1 yang membantu mengurangkan engine knocking; simptom biasa yang membelenggu enjin nisbah mampatan tinggi. Tambahan pula, omboh enjin mempunyai rongga pada bahagian atas yang memberikan campuran udara-bahan api yang lebih baik di sekeliling palam pencucuh.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 03

Bahagian belakang pra-facelift

Secara keseluruhan, enjin SkyActiv-G adalah 10 peratus lebih ringan dengan 30 peratus kurang rintangan mekanikal berbanding enjin Mazda pada ketika itu. Ini menambah sehingga 15 peratus penjimatan bahan api dan output tork yang lebih baik serta 15 peratus kadar pelepasan karbon yang lebih rendah.

Automatik 6-kelajuan adalah satu-satunya transmisi yang ada dan hasil daripada kehebatan enjin SkyActiv, ia memuatkan unit penukar tork yang lebih kecil dan hanya berfungsi apabila kenderaan itu bergerak dari kedudukan pegun.

Beralih kepada ciri pengendalian SUB ini; ia menggunakan MacPherson strut di hadapan dan multi-link di belakang. Perincian terakhir itu ialah sesuatu yang anda akan dapati lebih banyak pada sedan sporty dan bukannya sebuah SUV. Justeru, ia sangat membantu karakter pengendalian yang mengagumkan untuk sebuah SUV.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 04

Salah satu ciri unik untuk CX-5 ialah ciri kelengkapan yang dermawan oleh Mazda. Kedua-dua varian awal datang dengan rangkaian teknologi keselamatan yang juga mendahului zaman.

Ciri keselamatan terdiri daripada 6 beg udara, DCS, TCS, ABS pada keempat-empat roda, EBD dengan Bantuan Brek dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar.

Beberapa tahun kemudian, Bermaz melancarkan model Mazda CX-5 2.5G. Selain daripada enjin lebih besar yang menghasilkan 184 HP dan 250 Nm tork, ciri kelengkapan hampir sama dengan trim 2.0G teratas dengan tambahan sistem mula/henti i-stop, bumbung suria dan sistem bunyi Bose 9 pembesar suara.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 05

Menariknya, model facelift 2015 menyaksikan model Mazda CX-5 2.5G yang tiba dahulu. Kebanyakan kekurangan pada model pra-facelift seperti lampu LED telah ditangani.

Penggunaan brek letak kereta elektronik membebaskan lebih banyak ruang antara tempat duduk hadapan dan kini menempatkan tombol kawalan untuk sistem infotainmen MZD baharu.

Terdapat juga isu penghantaran kuasa yang sedikit lembab (akan disentuh kemudian) melihat Mazda memperkenalkan mod Sport untuk menggembirakan hati peminat.

Facelift terakhir ini juga menyaksikan lebih banyak peningkatan dari segi ciri kelengkapan dan peralihan ke arah tatanama semasa seperti varian GL dan GLS.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 06

Pilihan enjin 2.0 hanya tersedia dalam pacuan 2WD manakala enjin 2.5 mempunyai pilihan 2WD atau AWD.

2.0 GL masih menggunakan lampu auto-halogen tetapi menutup kelemahan ini dengan sistem infotainmen MZD. Untuk varian 2.0 GLS dan seterusnya, lampu utama LED menjadi standard manakala untuk varian yang lebih tinggi, lampu LED untuk depan dan belakang.

Jangan sampai kita terlupa, CX-5 KE juga membawa enjin turbo-diesel yang mantap menjelang penghujung jangka hayat generasi pertamanya ini.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 07

Brek tangan pada model pra-facelift

Mazda CX-5 2.2 liter SkyActiv-D adalah salah satu daripada beberapa SUV berkuasa diesel yang padu. Enjin diesel turbo berkembar itu menghasilkan 173 HP dan 420 Nm yang dihantar ke roda hadapan melalui transmisi 6-kelajuan yang sama.

Kelemahannya ialah penggunaan diesel Euro 5 yang disyorkan untuk enjin ini.

Dari segi ciri kelengkapan, ia mirip dengan varian 2.5G dengan penambahan sistem bantuan pemandu i-ActivSense seperti Smart City Brake Support (SCBS), Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Apa alasan kukuh untuk pertimbangkan CX-5 KE

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 08

Tiada lagi brek tangan

Ketika pelancarannya, Mazda CX-5 mempunyai banyak kelebihan. Selain daripada pengendalian mengagumkan yang telah kami sentuh, ia juga mempunyai senarai ciri kelengkapan yang dermawan termasuklah untuk varian peringkat pengenalan.

Enjin SkyActiv berkuasa tetapi menjimatkan, menjadikan SUV ini pastinya lebih menyeronokkan untuk dipandu dan tidak mengorbankan dompet untuk kos penyelenggaraan.

Selain itu, penggayaan Kodo juga dilihat berusia dengan baik apabila anda membariskan SUV ini dengan pesaing kontemporari lain. Reka bentuk berkotak pada CR-V dan X-Trail yang sebaya nampak lapuk sama sekali.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 09

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, Mazda CX-5 generasi pertama masih merupakan kereta yang agak selamat dan seperti yang disebutkan tadi, varian bawah pun mendapat manfaat daripada pelbagai teknologi keselamatan.

Secara ringkasnya, Mazda CX-5 generasi pertama mempunyai rangkaian kuasa yang kukuh, penjimatan bahan api yang baik, pengendalian yang sporty dan ciri keselamatan yang baik. Apa lagi yang pengguna mahu?

Harga pasaran terpakai bagi Mazda CX-5 KE

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 10

Pada zaman ini, semestinya Honda atau Toyota mengekalkan nilai yang lebih baik dalam pasaran kereta terpakai. Tetapi melihat sejauh mana Mazda CX-5 yang mempunyai kelengkapan bagus, tidaklah menghairankan untuk melihat bahawa ia masih berharga sedikit lebih tinggi daripada SUV lain dari tempoh yang sama.

Harga untuk model pra-facelift varian 2.0G sekitar dari RM 55k hingga RM 70k. Jika anda berminat dengan enjin yang lebih besar, Mazda CX-5 2.5G boleh didapati dari sekitar RM 62k kepada RM 70k.

Bagi facelift, harga untuk varian 2.0 berlegar sekitar RM 80k. Harganya tidak banyak berubah kerana Mazda CX-5 generasi kedua telah tiba pada akhir tahun yang sama.

Peminat diesel boleh menjangkakan harga sekitar RM 75k hingga RM80k. Sekali lagi, model diesel generasi pertama hanya dilancarkan pada tahun 2016 jadi tidak banyak yang menemui pelanggan kerana model diesel generasi kedua tiba pada tahun 2017.

Varian Mazda CX-5 KE yang disyorkan?

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 11

Lipatan 40:20:40 yang praktikal

Daripada kesemua varian, kami mengesyorkan model facelift 2.0G spesifikasi tinggi. Ramai pemilik telah mengesahkan bahawa kuasa adalah lebih daripada mencukupi untuk menafikan keperluan naik taraf model 2.5G.

Malah varian 2.0G pra-facelift adalah pembelian yang lebih bernilai untuk wang anda tetapi model facelift akan memudahkan sedikit dari segi pinjaman.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 12

Jika anda mahu memuatkan ski

Sejujurnya, kami lebih mengesyorkan model SkyActiv-D. Tork pada enjin diesel benar-benar padu dan ketagihan. Walau bagaimanapun, Bermaz hanya mengesyorkan diesel berspesifikasi Euro 5 untuk model awal ini mungkin menjadi penghalang terbesar.

Malah, bukan mudah untuk mengesahkan jika pemilik sentiasa mengisi diesel Euro 5. Jika spesifikasi diesel ini tidak diambil pusing, diesel yang lebih kotor hanya akan menimbulkan masalah terutamanya dengan penyuntik.

Oleh itu, varian kedua yang disyorkan adalah 2.0 GLS facelift.

Masalah Mazda CX-5 KE

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 13

Kebanyakan Mazda CX-5 generasi pertama tidak mempunyai sebarang isu utama. Kebanyakannya tertumpu pada kegagalan DRL dan cermin depan yang mudah retak.

Satu lagi aspek sukar untuk dipastikan ialah penyelenggaraan berjadual percuma selama 3 tahun dari Bermaz semasa Mazda CX-5 baharu.

Ramai pemilik tidak berpuas hati kerana Bermaz menggunakan minyak enjin separa sintetik dan bukannya sintetik sepenuhnya seperti yang disyorkan. Walaupun mereka mengesahkan bahawa ia adalah selamat, terdapat beberapa pemilik yang memilih untuk menggunakan minyak sintetik sepenuhnya dengan kos mereka sendiri.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 14

Tidak mudah untuk menentukan rekod servis tetapi titik permulaan yang kukuh ialah rekod lengkap dari pihak Bermaz sebelum menentukan sama ada pemilik memilih untuk menukar kepada minyak sintetik sepenuhnya setelah pakej servis percuma tamat.

Juga perlu diingat bahawa model CBU awal menggunakan rim 19-inci sebelum model CKD bertukar kepada rim 17-inci. Walaupun ia kelihatan lebih cantik, apabila tiba masanya untuk menggantikan getah bersaiz 19-inci, dompet anda mungkin akan mengecil beberapa inci juga.

Akhir sekali, beberapa maklum balas daripada pemilik dalam talian; walaupun bukan aduan, boleh menjadi rujukan dalam pertimbangan anda sebelum membeli Mazda CX-5 generasi pertama terpakai.

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 15

Ramai yang menyebut bunyi angin didengari pada kelajuan yang lebih tinggi, bunyi decit kecil dan gegaran pada panel dalaman serta sela sistem infotainmen.

Ia juga tidak mempunyai corong pendingin hawa belakang, sesuatu yang mungkin penumpang anda tidak terlalu berpuas hati.

Akhir sekali, pemilik tidak begitu berminat dengan transmisi SkyActiv yang mempunyai kecenderungan untuk menukar gear terlalu cepat. Ini adalah sebahagian daripada etos penjimatan bahan api dan Mazda menanganinya dengan mod Sport dalam model facelift.

Konklusi

Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini! 16

Secara ringkasnya, Mazda CX-5 generasi pertama ialah SUV yang dikuasakan oleh enjin yang mantap, pengendalian yang baik, serta dermawan dengan kelengkapan serta ciri keselamatan yang sangat baik pada zamannya. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah bahagian dalam yang lebih kecil dan kualiti perjalanan yang agak keras - standard Mazda.

Jadikan tulisan ini sebagai panduan. Apa kata layari juga laman Carsome, pengedar kereta terpakai terkemuka di Asia Tenggara untuk lebih banyak pilihan mengenai model ini!

  • 2019 Mazda CX-5 2.0G HIGH 2WD (CKD) 2.0

    RM 123,900
    RM 1,433
    /bulan

    40,986 km

    4.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2018 Mazda CX-5 2.0G GL 2WD (CKD) 2.0

    RM 108,300
    RM 1,313
    /bulan

    47,714 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2013 Mazda CX-5 2WD 2.0

    RM 66,200
    RM 725
    /bulan

    115,347 km

    10.5 years

    Petaling Jaya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda