![Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur 01]()
Setelah 10 tahun menghilang, Proton kini telah kembali semula di pasaran Afrika Selatan dan penghantaran pertama baru sahaja dibuat pada Jumaat lalu. Bagi anda yang belum tahu, Proton telah menandatangani perjanjian dengan CMH Group pada April lepas yang mana di sana, mereka akan menjadi pengedar Proton yang sah.
Juga baca: Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan
![Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Kumpulan pertama kenderaan yang dihantar pada Jumaat lepas merangkumi Proton X50, Proton X70 dan Proton Saga. Menariknya, Proton Saga akan tiba di Durban pada Julai akan datang.
Untuk makluman anda, pertumbuhan jualan eksport Proton untuk tahun 2022 setakat ini diterajui oleh model X50 dan X70 yang mana masing-masing menunjukkan peningkatan permintaan sebanyak 77% dan 31%.
![Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur 01]()
Jumlah jualan eksport Proton untuk suku pertama 2022 juga meningkat 175% berbanding tahun 2021. Dengan itu, Proton menjangkakan jualan eksport menjelang akhir tahun ini akan meningkat sehingga 300%.
![Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur 02]()
Setakat ini, kilang pemasangan Proton di luar negara (CKD) sudah ada di Pakistan, Kenya dan Bangladesh. Separuh kedua 2022 nanti, Sri Lanka juga akan masuk senarai yang disebutkan. Sepanjang 3 tahun ini, Proton telah menunjukkan peningkatan yang ketara bagi eksport kenderaan dari Malaysia iaitu 12.8% pada tahun 2019, 30.2% pada tahun 2020 dan 61% pada tahun 2021. Hebat kan?
Juga baca:
Proton X70 dipasang di Bangladesh, digelar “Talking Car” dengan enjin turbo 1.5L
Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen