window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto!

Faisal · Jun 2, 2022 02:58 PM

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 01

  • Kembar Perodua Myvi facelift kini tiba di Indonesia 
  • Ada ciri Android Auto & Apple CarPlay
  • Sistem bantuan keselamatan ADAS masih tiada

Astra Daihatsu Motor iaitu pengedar Daihatsu di Indonesia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Daihatsu Sirion 2022 facelift di pasaran Indonesia. Kembali Perodua Myvi yang diimport dari Malaysia (CBU) ini ditawarkan dengan varian 1.3 X dan 1.3 R yang bermula dari julat harga 227.6 juta Rupiah hingga 236.8 juta Rupiah (~RM 69k – RM 72k).

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 02

Tidak mengejutkan, ia tampil dengan pembaharuan yang lebih kurang sama dengan Myvi facelift.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPerodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 01

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 02

Pada bahagian luar, Daihatsu Sirion 2022 diperbaharui dengan gril, lampu depan dan bampar yang sama dengan Myvi kita.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 03

Namun begitu, ciri nyalaan DRL LED tidak didatangkan langsung.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 04

Untuk bahagian dalam, Sirion facelift menerapkan kluster dan roda stereng yang baru. Cumanya, kemasan trim dan tempat duduk berwarna merah tidak ditawarkan. Mungkin citarasa orang Indonesia betul-betul lain dengan Malaysia.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 05

Menariknya, model di pasaran mereka turut diperbaharui dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak cukup dengan itu, ciri pembersih udara ion juga didatangkan buat kali pertama. Myvi kita pun tidak ada ciri sebegini.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 06

Antara ciri baru yang ada termasuklah pengunci pintu automatik. Uniknya, ciri Hill Start Assist dan Idle Stop System (Eco-Idle) adalah baru pada Daihatsu Sirion.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 07

Satu lagi pembaharuan pada Daihatsu Sirion 2022 adalah penggunaan transmisi D-CVT bagi menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan yang terdahulu. Enjinnya pula kekal dengan penawaran kapasiti 1.3L sahaja.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 08

Malangya. model mereka masih tidak dilengkapkan dengan sebarang ciri bantuan keselamatan ADAS.

Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto! 09

Jadi dengan harga lebih mahal, anda dapat dua ciri eksklusif iaitu sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta pembersih udara tetapi ADAS tiada langsung. Kalaulah diberi pilihan, anda pilih Sirion atau Myvi?

Juga bacaSistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda