window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Haris · Jun 9, 2022 11:15 AM

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 01

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd hari ini tampil dengan Proton X70 facelift 2022 yang ditunggu-tunggu. Kehadiran Proton X70 facelift sememangnya ditunggu-tunggu kerana suka atau tidak, ia masih SUV segmen C terlaris di Malaysia. 

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Proton X70 sebelum ini hanya ditawarkan dalam 4 varian sahaja namun kini ia tampil dengan lebih banyak pilihan dari segi enjin dan pacuan. Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perincian harga adalah seperti berikut:

  • Proton X70 1.5 Standard 2WD - RM 93,900*
  • Proton X70 1.5 Executive 2WD - RM 105,500*
  • Proton X70 1.5 Executive AWD - RM 111,300*
  • Proton X70 1.5 Premium 2WD - RM 117,900*
  • Proton X70 1.8 Premium 2WD - RM 121,800*

*Harga sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian cukai jualan

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 01

Mengekalkan tren kuasa yang sama, Proton X70 2022 dipacu oleh enjin 4-silinder 1.8 liter turbocaj petrol yang mampu menghamburkan sehingga 184 PS dan 300 Nm tork. Namun tawaran enjin ini hanya tersedia untuk model teratas sahaja kerana varian lain kesemuanya menggunakan enjin 3-silinder 1.5 liter TGDi - berkongsi dengan Proton X50.

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 02

Umum mengetahui keupayaan enjin 1.5 liter turbocaj ini yang terbaik dalam kelasnya dengan 177 PS dan 255 Nm tork. Kedua-dua pilihan enjin ini masih dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan yang sama seperti pra-facelift.

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 03

Enjin yang lebih kecil ini adalah 43 kg lebih ringan justeru telah meningkatkan penggunaan bahan api Proton X70 sebanyak 7 peratus. Apa yang lebih menarik tentulah tawaran pacuan semua roda AWD dalam varian pertengahan yang pernah digugurkan sebelum ini.

Baca: 2020 Proton X70 CKD tidak lagi menawarkan pacuan AWD - ini sebabnya!

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 04

Bahagian luaran Proton X70 facelift  2022 menampilkan rekaan yang sama dengan sedikit perbezaan. Cara paling mudah untuk mengenali Proton X70 2022 baharu adalah melalui rim 18- dan 19-inci yang sama seperti model Proton X70 SE 2021.

Baca: Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – dari RM 123k, terhad 2,000 unit sahaja!

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 05

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 06

Perincian tambahan yang menjadi perbezaan adalah kemasan hitam berkilat pada gril hadapan, perumah lampu kabus depan kini berwarna hitam, kepingan trim yang menghubungkan kedua-dua lampu ekor, serta bahagian diffuser.

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 07

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 08

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia masih mengekalkan rekaan dan bahan kemasan yang sama seperti model pra-facelift kecuali warna bumbung kabin kini berwarna hitam. Malah, tempat duduk kulit Nappa turut dikekalkan untuk varian atas.

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 09

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, gugusan sistem infotainmen perisian GKUI masih mempunyai sistem arahan suara "Hi Proton". Bagi varian atas Proton X70 facelift 2022 pula, ia kekal dilengkapi sistem audio Kenwood dengan 9 pembesar suara.

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 10

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 11

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri seperti 6 beg udara, Anti-lock brake dengan electronic brakeforce distribution (ABS, EBD), Electronic stability control (ESC), Traction Control (TC) dan Hill Hold Assist (HHA).

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 12

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 13

Varian atas menambah ciri ADAS seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Monitor (BSM), dan Intelligent High Beam Control.

Terdapat 6 pilihan warna iaitu Snow White (semua varian), Armour Silver (kecuali AWD), Jet Grey (semua varian), Ruby Red (kecuali Standard 2WD dan Executive AWD), Cinnamon Brown (3 varian atas) dan Space Grey (2 varian atas).

Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD! 14

Waranti standard yang ditawarkan Proton Holdings Berhad memberi perlindungan sepanjang 5 tahun / tanpa had perbatuan. Terdapat juga pakej 5 tahun data pada 1GB/bulan serta 5 kali kos upah servis percuma.

Baca: Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji?

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda