4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP

Zamil Syaheer · Feb 3, 2021 03:00 PM

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 01

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali kedua sedikit sebanyak telah membantutkan jumlah jualan industri automatif secara keseluruhan.

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 02

Dengan penjualan sebanyak 5,964 unit, Proton berjaya mengakhiri bulan ditangga kedua. Jumlah itu bersamaan pengurangan sebanyak 29.9% berbanding dengan bulan Januari 2020, manakala pegangan pasaran dianggarkan pada tahap 18.5% - penurunan sebanyak 1.0%.

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 01

Model terlaris Proton pada bulan Januari adalah Proton Saga. 2,583 unit telah diserahkan kepada pembeli, sekaligus menjadikannya sedan segmen-A yang kedua paling popular.

Proton X70 dan Proton X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit.

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 02

Bagi Proton X50, sebanyak 4,809 unit sudah diserahkan kepada pemilik semenjak ia dilancarkan tahun lepas pada 27 Oktober.

Model Proton yang lain pula dijual pada kadar yang setanding dengan prestasi syarikat. Proton Persona berjaya meyandang tangga kedua pada kategori sedan segmen-B manakala Proton Exora kekal sebagai MPV segmen-C paling popular. Proton Iriz pula mengakhiri bulan Januari di tangga keriga bagi hatchback segmen-B.

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 03

“Bulan Januari adalah satu bulan yang agak sukar bagi industri automotif Malaysia. Kami mempunyai harapan tinggi momentum yang dibina pada akhir tahun lepas akan dibawa ke tahun baru ini, terutamanya selepas pengumuman insentif PENJANA akan kekal hingga ke pertengahan tahun."

"Malangnya, pengumuman PKP untuk kali kedua telah menghampakan harapan itu,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

4,809 unit Proton X50 telah diserah, jualan Januari 2021 turun 29.9% akibat PKP 04

“Buat masa ini, Proton akan mengikuti jadual pelancaran produk. Kami akan melancarkan beberapa produk yang menarik pada tahun ini manakala Proton X50 pula akan diberi peluang untuk memantapkan kedudukannya di pasaran serta menerima faedah jualan selama setahun.” sambung Roslan Abdullah lagi.

Walaupun terdapat kelewatan, Proton berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya untuk tahun 2021 dalam usaha untuk meningkatkan penjualan di dalam dan luar negara.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Proton Exora 1.6 Executive CVT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru