window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)?

Haris · Jun 12, 2022 02:00 PM

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 01

Walaupun pengeluar kereta China telah mengambil langkah untuk memadam kereta 'tin milo' yang kurang ciri keselamatan atau model ciplak kepada jenama yang lebih gah, bukan semuanya begitu. Bagi setiap Geely, Chery, atau Haval yang berjaya, terdapat syarikat yang lebih kecil seperti Bodo, Yema dan Jibai Jimai yang cuba untuk memberikan tawaran yang mampu menarik pembeli.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 02

Pengeluar EV kompak yang anda lihat di sini adalah produk salah satu syarikat kecil dan ia dipanggil Jimai Lingbao Box. Jika anda biasa dengan kereta-Kei Jepun, anda mungkin perasan bahawa ia kelihatan seperti Daihatsu Cast dan sehingga satu tahap, mungkin ini adalah jelmaan 'Perodua Kelisa moden' yang juga 'keluaran' Daihatsu dulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 01

Tak cukup dengan Daihatsu, model yang anda lihat dalam kebanyakan foto di sini ialah facelift yang dilancarkan pada Disember 2021. Menariknya, ia juga mirip sebuah lagi EV dari China iaitu Ora Good Cat pada bahagian hadapan.

Penampilan Daihatsu Cast lebih menonjol di bahagian belakang. Mengapa ia tidak dapat lari dari imej Daihatsu adalah dikhabarkan bahawa Jimai telah mendapatkan acuan badan untuk kereta Daihatsu Cast untuk membangunkan Jimai Lingbao Box ini.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 02

Jimai juga nampaknya telah mendapat pembekal papan pemuka yang sama kerana di bahagian dalam, ia masih kelihatan mirip seperti Daihatsu Cast. Memandangkan tombol gear dalam Jimao Lingbao adalah menggunakan tombol dail berputar yang dilekapkan pada konsol tengah, ia tampil dengan idea storan sempit di mana batang gear berada dalam Daihatsu Cast. Pun boleh!

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 03

Anda mungkin tertanya-tanya apa dia syarikat Jimai ni justeru itu biar kami perkenalkan namanya penuhnya terlebih dahulu iaitu Jiangsu Jimai New Energy Vehicle Industry Co. Ltd. Berpangkalan di Jiangsu, China, syarikat muda itu telah ditubuhkan pada tahun 2018 tetapi syarikat induknya, Jinpeng Vehicle Industry berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam penghasilan kenderaan elektrik.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 04

Typo? Normal lah tu bagi pengeluar kenderaan China

Nama 'Lingbao' digunakan pada rangkaian EV Jimai yang berbeza daripada rangkaian basikal elektrik, beca dan kenderaan roda empat yang biasa dijual oleh syarikat induknya. Hal ini kerana strategi perniagaan yang bijak kerana Jinpeng dilaporkan menjual sehingga 10 juta kenderaan elektrik antara 2008 dan 2020 tetapi cubaan mereka dalam menampilkan sebuah EV kompak baharu moden mungkin agak sukar.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 05

Model pra-facelift 

Lingbao Box diposisikan sebagai kereta-Kei dari China dengan tempat duduk untuk 5 orang dewasa dan lebih banyak ruang daripada Wuling Hongguang Mini EV yang sangat popular. Ia tersedia dengan 2 motor elektrik iaitu unit motor 30-kW atau motor 35-kW.

Baca: Keliru dengan terma-terma kenderaan elektrik (EV)? Ini panduannya

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 06

Motor yang lebih kecil disambungkan kepada bateri lithium iron phosphate (sehingga 19 kWj) yang hanya menyokong pengecasan perlahan dengan jarak sehingga 180 km. Motor 35-kW sebaliknya menggunakan bateri ternary lithium (sehingga 35 kWj) yang menyokong pengecasan perlahan dan pantas dengan julat sehingga 351 km.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 07

Lingbao Box dilengkapi dengan skrin infotainment skrin sentuh 9-inci dengan Bluetooth, penghawa dingin, kamera undur dan sensor serta pengesan tekanan tayar sebagai standard tetapi tiada beg udara.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 08

Jimai Lingbao Box berharga antara RMB 39,800 – 58,800 (~RM 26k 39k) yang berada dalam julat harga Hongguang Mini EV spesifikasi pertengahan. Selain Box, Jimai mempunyai dua EV lain dalam barisan produk kompaknya, Lingbao Coco dan Lingbao Uni, di mana yang terakhir kelihatan seperti Wuling EV ciplak yang popular.

Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)? 09

'MINI Electric' pasaran China

EV di Malaysia masih berada di luar jangkauan marhaen dengan harga yang mahal menjadi penghalang terbesar. Berbanding dengan Mine M1/’Mini’ EV x2 yang tular beberapa tahun lalu, Jimai Lingbao Box ini mungkin lebih selamat di jalan raya tetapi jika anda mahukan kereta EV mampu milik di Malaysia, anda mungkin perlu menunggu sedikit lagi.

Baca: “Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia