window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Haris · Aug 11, 2020 01:00 PM

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 01

Sistem Bantuan Pemandu atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) adalah sebuah sistem yang kian mendapat tempat di dalam kereta-kereta moden. Walau bagaimanapun, seperti yang telah disebut pada namanya, sistem ini hanyalah sebuah bantuan sahaja dan bukannya lesen untuk memandu secara sambil lewa.

ADAS sememangnya sebuah sistem yang bagus malah ada pengguna yang mendesak untuk membeli kenderaan dengan fungsi ini. Namun begitu, bukan kesemua ADAS dicipta setaraf. Ada sistem ADAS yang agak menjengkelkan, ada juga yang benar-benar membantu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai contoh, ada fungsi Lane Keep Assist (Bantuan Kekal Lorong) yang akan melawan stereng anda jika anda cuba mengelak lubang jalan raya atau penunggang motorsikal untuk memastikan anda kekal pada lorong tersebut. Membantu?

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 01

Selain itu, ada juga sistem ADAS yang akan berbunyi tanpa henti apabila sensor dicetuskan oleh kenderaan yang bergerak dekat dan anda tidak boleh mematikan bunyi tersebut. Lama-kelamaan ia akan menjengkelkan anda.

Terdapat insiden peribadi di mana pengalaman penulis kami memandu sebuah Mercedes-Benz CLS 450 melakukan brek mengejut (AEB) dalam kesesakan trafik Lembah Klang (nasib baik tidak dilanggar belakang). Selain itu, stereng pada Hyundai Ioniq turut melawan input stereng apabila cuba mengelak lubang di jalan raya disebabkan fungsi Lane Keep Assist.

Kesemua pengalaman tersebut memberikan perasaan yang bercampur baur terhadap ADAS. Kami setuju bahawa ADAS sangat penting dalam setiap kenderaan namun bantuan sistem ini tidak sesuai dengan persekitaran trafik yang kita alami di Malaysia. Faham-faham sahajalah perangai pemandu di sesetengah negeri tu kan?

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 02

Namun begitu, kami berpendapat bahawa Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) yang paling sesuai dengan citarasa tempatan dibuat oleh Toyota (Toyota Safety Sense) dan Honda (Honda Sensing). Kedua-duanya kurang mengganggu pemanduan menjadikan pemanduan terasa lebih semula jadi. Talaannya juga sesuai dengan persekitaran trafik tempatan.

Di antara kedua-duanya, kami berpeluang untuk merasai sendiri Honda Sensing supaya dapat memberikan lebih maklumat kepada anda hasil daripada kerjasama Honda Malaysia. Honda Malaysia sememangnya mengambil berat terhadap peminat-peminat jentera mereka di Malaysia.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 03

Secara amnya, semua ADAS tidak dapat berfungsi dalam keadaan hujan atau keadaan cuaca yang buruk. Sekiranya kamera di hadapan kereta tidak mampu mendapatkan visual dengan jelas, sistem bantuan pemandu tidak akan berfungsi. Namun begitu, hal ini tidak terjadi dengan Honda Sensing.

Kami juga baru mengetahui bahawa sebenarnya sistem Autonomous Emergency Brake (AEB) Honda yang dikenali sebagai Collision Mitigation Brake System (CMBS) mempunyai sejarah perkembangan yang teliti hasil daripada ujian yang dilakukan dalam keadaan hujan lebat dan berkabus. Ia kemudian dibangunkan menjadi City-Brake Active System, perintis kepada sistem CMBS hari ini.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 04

City-Brake Assist System pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 pada Honda Jazz pasaran Jepun. Sistem yang digunakan pada Honda Sensing sekarang adalah sistem yang dipertingkat dari sistem CMBS yang membantu mengurangkan tahap hentakan dan remukan kereta sehingga ke titik berhenti sepenuhnya.

Jepun adalah negara yang mempunyai banyak mata air panas dan pada bulan-bulan tertentu, jalan-jalan di sekitar mata air panas menjadi sangat berkabus. Honda tidak mahu mencipta sistem yang tidak akan berfungsi dalam senario pemanduan khas Jepun seperti ini.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 05

Matlamat City-Brake Assist System bukan sekadar brek kereta tetapi lebih kepada brek pada saat akhir, tepat sebelum melanggar objek. Secara spesifik, jarak hanya 50 cm dari objek, walaupun kabus tebal. Tugas-tugas perincian sebegini memang jarang dilakukan oleh pengeluar lain.

Oleh kerana sukar untuk menjamin prestasi ADAS dalam keadaan cuaca buruk, Honda cenderung dengan pendekatan yang lebih berhati-hati. Jika anda bertanya kepada Honda jika Honda Sensing berfungsi dalam cuaca buruk, jawapan rasmi adalah tidak. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa sistem ini dibangunkan dengan piawaian yang lebih tinggi berbanding pengeluar kereta mewah dari Jerman.

Hari ini, fungsi City-Brake Assist telah diasimilasikan ke dalam sistem CMBS baharu dan mampu melakukan brek penuh.

Selain cuaca yang buruk, CMBS juga dibangunkan untuk mengesan bukan sahaja kenderaan lain tetapi juga kanak-kanak. Namun seperti mana risiko kemungkinan cuaca buruk, Honda kurang memasarkan fungsi ini kerana mereka agak konservatif dengan piawaian mereka. Seperti cuaca, tingkah laku kanak-kanak juga suka diramal.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 06

Ketika ditanya adakah Honda Sensing dapat mengesan kanak-kanak, Honda mengatakan bahawa Honda Sensing mampu mengesan bentuk tubuh seperti manusia lebih tinggi dari 1 meter. Sama ada manusia setinggi 1 meter boleh ditakrifkan sebagai kanak-kanak atau tidak itu bergantung kepada tafsiran undang-undang anda.

Antara sebab mengapa Honda Sensing berfungsi jauh lebih baik daripada ADAS pengeluar lain adalah disebabkan keseluruhan sistem dibangunkan secara dalaman. Sebilangan besar pengeluar, biasanya dari Jerman, sekadar membeli sistem daripada pembekal.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 07

Pendekatan seperti ini tentunya jauh lebih mahal tetapi membolehkan Honda mempertingkat dan memperbaiki rekaannya dengan cara yang tidak mungkin dilakukan sekiranya mereka bergantung pada pembekal pihak ketiga.

Perkakasan yang penting bagi Honda Sensing adalah kamera monokular yang terpasang di belakang cermin pandang belakang dan radar gelombang milimeter yang dipasang pada bahagian bawah bumper hadapan - perkakasan dan perisian kedua-dua peralatan ini dibangunkan oleh Honda (tetapi dihasilkan berdasarkan kontrak oleh syarikat lain) .

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 08

Yoji Sasabuchi, seorang jurutera di Pusat R&D Automobil Honda R&D yang membangunkan fungsi CMBS untuk Honda Sensing berkata, "Kamera tersebut tidak dapat mengenal pasti pejalan kaki sehinggalah bentuknya dapat dikesan. Bantuan radar gelombang milimeter mampu mengesan sesuatu di hadapan. Proses ini memberi kamera sedikit masa untuk fokus pada kawasan tersebut dan mengambil maklumat yang mencukupi untuk menilai sama ada terdapat pejalan kaki atau tidak. Perkara yang sama berlaku ketika hujan turun dan kamera sukar mengenal pasti objek. Kami memanfaatkan kedua sensor ini sepenuhnya dan mencipta kemampuan yang baharu. "

Honda menggambarkan pendekatan dual-sensor ini sebagai 'sensor fusion.'

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 09

"Membangunkan teknologi sendiri dan tidak bergantung dengan pembelian sistem dari syarikat lain membantu kami menilai kekuatan dan kelemahan. Selain itu, kami mampu mempertingkat sistem tersebut dengan lebih baik apabila pengeluar memberikan kita cadangan teknikal. Ini berlaku walaupun untuk sesuatu yang kelihatan remeh seperti satu kamera kecil. Kami juga mampu mengetahui masalah kecil dengan lebih jelas,” jelas Sasabuchi.

"Teknologi pertama atau paling bagus di dunia tidak dibina berdasarkan sesuatu yang anda beli. Paling bagus adalah sesuatu yang kita bangunkan sendiri dan itulah yang sedang kami lakukan," tambah beliau lagi.

Kerana Honda memiliki hak perkakasan dan perisian yang digunakan dalam Honda Sensing, mereka dapat mengubahnya dengan cara yang pengguna inginkan serta memperbaikinya untuk model yang berbeza. Sebagai contoh, Honda CR-V mempunyai pemanduan yang berbeza dari Honda Civic, begitu juga dengan Honda Accord.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 10

Pasukan yang menyesuaikan Honda Sensing untuk Malaysia - Kousaku Uehara (2 dari kiri), Naoto Sen (2 dari kanan), Daisuke Hanzawa (paling kanan)

Bukan itu sahaja, Honda Sensing juga dapat disesuaikan dengan keadaan pemanduan yang berbeza di pasaran lain. Sebelum melancarkan Honda Sensing di Malaysia, jurutera dari Honda R&D menghabiskan masa berjam-jam memandu di Malaysia, mengumpulkan data mengenai tanda jalan dan keadaan pemanduan kami untuk menyesuaikan fungsi Lane Keeping Assist, Road Departure Mitigation dan CMBS. Sekali lagi, ini hanya dapat dilakukan apabila pengeluar menguasai sepenuhnya teknologi tersebut.

Dua model Honda diimport ke Malaysia untuk tujuan ini - Honda Odyssey dan Honda Legend, kedua-duanya dilengkapi dengan spesifikasi Honda Sensing Jepun. Setahu kami, Honda Malaysia adalah satu-satunya syarikat yang melakukan talaan setempat teknologi ADAS dengan sangat terperinci.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 11

Daisuke Hanzawa

Daisuke Hanzawa, jurutera Honda R&D yang bertanggungjawab untuk menyempurnakan Honda Sensing untuk Malaysia berkata, "Kami tidak mahu membangunkan sistem di mana pemandu akhirnya akan mematikannya."

Naoto Sen, ketua jurutera Honda Sensing menjelaskan kepada kami bahawa kerana tanda lorong di jalan raya Malaysia tidak konsisten dan kelaziman penunggang motosikal mencelah lorong dan mencilok di antara lorong. Hal ini bermaksud tetapan yang digunakan untuk pasaran Eropah atau Jepun tidak sesuai untuk Malaysia dan penyesuaian sangat diperlukan.

"Sistem ini harus tepat tetapi pada masa yang sama, sistem ini tidak seharusnya memberi rasa selamat kepada pemandu. Kami tidak membina sistem untuk menggantikan pemandu kerana campur tangan sistem seharusnya tepat dan hanya berlaku pada saat-saat terakhir. Mengekalkan keseimbangan terperinci seperti ini sangat sukar, ” jelas Sen.

Hasilnya adalah fungsi Lane Keeping Assist yang berfungsi di balik tabir, CMBS yang tidak akan melakukan brek mengejut hanya kerana sebuah kereta masuk ke lorong anda dan Adaptive Cruise Control dengan Stop-Go (Honda memanggilnya sebagai Low Speed Follow) yang berfungsi dengan baik di Lebuh Raya Persekutuan.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 12

Low Speed Follow tidak mampu mengesan kereta yang cuba memotong 

Fungsi Low Speed Follow masih tidak sempurna. Anda masih perlu berjaga-jaga untuk dengan kereta di posisi sudut luar iaitu sudut yang berada di luar jangkauan kamera dan radar. Seperti yang kami tekankan sebelum ini, fungsi ini hanyalah sekadar bantuan. Anda sebagai pemandu masih bertanggungjawab untuk operasi penuh kereta. Walau apa pun, kami lebih mempercayai Honda Sensing daripada jenama lain.

Honda Sensing yang sama kini berada di dalam Honda Civic, CR-V, Accord serba baru dan Odyssey. Sementara itu, Toyota Safety Sense pula terdapat pada Toyota Corolla Altis, Camry, dan RAV4 juga saingan yang tidak kurang hebatnya.

Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik! 13


Pengeluar lain yang membangunkan sistem ADAS sendiri adalah Subaru. Kerja penyempurnaan untuk EyeSight spesifikasi Malaysia dilakukan di Singapura. Seperti yang anda jangkakan, sistem tersebut masih belum cukup menguasai keadaan pemanduan tempatan kita tetapi kami tidak mempunyai keluhan tentang cara EyeSight berfungsi, sekurang-kurangnya dalam keadaan cuaca cerah.

Subaru EyeSight hanya bergantung pada sepasang kamera (tanpa radar). Ini adalah kelengkapan yang lebih ringkas tetapi Subaru berjaya membuatkan EyeSight berfungsi setaraf Honda Sensing (cuaca buruk masih mampu menjejaskan ketepatan sistem kamera daripada ADAS lain), walaupun menggunakan peralatan yang kurang canggih.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda