window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu?

Faisal ยท Jun 27, 2022 04:00 PM

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu? 01

Kredit foto: Funtasticko.

SUV segmen C paling laku di Thailand setakat bulan 6 tahun ini iaitu Haval H6 2022 mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi memandangkan dalam minggu ini sahaja sudah dua kali ia dijumpai atas jalan raya kita. Yang terbaru ini pula adalah dari rakan kami di Funtasticko.

Juga baca: Spyshot: Pesaing Proton X70 dikesan, Haval H6 bakal menjengah ke Malaysia tak lama lagi?

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu? 02

Menurut mereka, kedua-dua Haval H6 yang diperlihatkan ini dijumpai di R&R Tapah. Menariknya, wajah kedua-dua samara ini nampak berbeza. Yang di kiri sebenarnya varian hibrid plug-in (PHEV) yang mana ia telah debut dalam acara Thai Motor Expo 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu? 01

Haval H6 Hybrid yang ada di pasaran Australia.

Walau bagaimanapun, Haval H6 PHEV belum lagi dilancarkan di Thailand tetapi di Australia sudah ada. Secara amnya, varian hibrid (243 PS, 530 Nm) dan hibrid PHEV (330 PS, 530 Nm) yang ada dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo.

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu? 02

Kami sendiri menjumpai intipan ini di sebuah gudang.

Namun begitu, versi di Malaysia nanti mungkin tampil sekurang-kurangnya dengan satu varian petrol. Bergantung pada pasaran, Haval H6 turut hadir dengan pilihan enjin 1.5L turbo (169 PS, 280 Nm) atau enjin 2.0L turbo (204 PS, 320 Nm).

Juga bacaSpyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu? 03

Kereta elektrik Ora Good Cat.

Bagi anda yang belum tahu, ibu syarikat Haval iaitu Great Wall Motors (GWM) memang hendak kembali di pasaran Malaysia, Selain Haval H6, GWM juga mungkin menawarkan Haval Jolion sekali. Model ini pula mungkin dinamakan semula sebagai Haval H2. Pada masa yang sama, Ora Good Cat juga sudah beberapa kali berlegar di jalan raya kita, versi pandu belah kanan (RHD) pula tu.

Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan baru dari mereka.

Juga bacaSAH: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Haval H2 Comfort

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda