window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini!

Khairil ยท Jul 5, 2022 03:00 PM

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 01

Kawasaki ZX-1400, Yamaha FJR1300, Suzuki GSX-R750 dan Honda CB400 Super Four menjadi antara model 'legend' yang bakal digugurkan daripada barisan pengeluaran pada tahun ini susulan pengenalan piawaian emisi terbaharu yang semakin ketat di Jepun. 

Sebagai info, piawaian semasa di Jepun bakal berakhir pada penghujung tahun ini dan perkembangan itu turut 'menekan' 4 gergasi pengeluar motosikal negara itu, Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki.

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 02

Honda CB400 Super Four

Dengan menggunakan model yang sama seperti piawaian di Eropah (Euro5), lebih daripada 20 model dikatakan bakal dihentikan pengeluarannya kerana ia tidak dapat memenuhi standard emisi yang dilaksanakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan media antarabangsa termasuk Nikkei, Honda dikatakan terpaksa menghentikan 10 daripada modelnya termasuk model 'flagship' dan ikonik kepada jenama itu antaranya Honda CB400 Super Four dan motosikal 'touring', Honda GoldWing. Turut berada dalam senarai 'sisih' itu termasuklah skuter Benly.

Juga baca: Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia!

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 01

Honda CB400 Super Four

Suzuki dalam pada itu terpaksa menggugurkan lima model daripada barisan pengeluaran dan antara yang disisihkan adalah Suzuki GSX-R750 dan GSX-250R. Begitupun selain Jepun, satu-satunya negara yang menjual GSX-250R adalah pasaran China. 

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 02

Suzuki GSX-R750 

Kawasaki dalam pada itu dikatakan akan menggugurkan tiga model antaranya Kawasaki ZX-1400 dengan Yamaha menghentikan produksi dua model termasuk Yamaha FJR1300.

Sekalipun keempat-empat pengeluar ini sentiasa menghasilkan jalan untuk membina enjin yang lebih 'hijau', ada pelbagai faktor yang turut mempengaruhi termasuklah penularan wabak Covid-19, perang antara Rusia dan Ukraine yang menyaksikan pengurangan bahan metal dan logam yang penting dalam pembuatan 'catalysts' ekzos.

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 03

Yamaha FJR1300

Untuk mematuhi piawaian emisi terbaharu Jepun, pengeluar-pengeluar motosikal ini perlu menaiktaraf 'catalytic converters' atau membangunkan enjin baharu. Begitupun, kos untuk membangunkan enjin amat mahal dengan harga logam untuk 'catalytic converters' melonjak.

Sebagai jalan penyelesaian jangka panjang, keempat-empat pengeluar gergasi itu sudah pun merangka perancangan 'elektrifikasi' jangka panjang. Honda dikatakan akan menukar trenkuasa jenteranya menjelang tahun 2040 dan Yamaha bertekad untuk menjadi pengeluar 'bebas carbon' pada 2050.

Juga baca: Kawasaki rancang lancar 3 motosikal Elektrik/Hybrid tahun ini, 10 model menjelang 2025!

Piawaian emisi Jepun makin ketat, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki gugur 20 model tahun ini! 04

Kawasaki ZX-1400

Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki ketika ini menguasai 40 peratus daripada pasaran motosikal dunia namun ketiadaan beberapa model yang dikatakan berkemungkinan besar tidak mempengaruhi pasaran dunia secara keseluruhan. Begitupun, trend itu dijangka akan mempercepatkan proses eklektrifikasi berkenaan.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda