window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi

Mersita · Jul 7, 2022 06:00 PM

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 01

UMW Toyota Motor hari ini telah mengumumkan yang prestasi jualan bagi kenderaan Toyota meningkat 13 peratus bagi Jun 2022; dengan 8,870 unit kenderaan berjaya dihantar kepada pelanggan, kenaikan dari 7,442 unit pada Mei. Jenama mewah di bawah syarikat itu, Lexus, pula menunjukkan penurunan dalam jualan iaitu dari 137 unit kepada hanya 69 unit dalam tempoh sama. Namun, ini adalah disebabkan peralihan syarikat itu daripada Lexus RX kepada Lexus NX 2022 serba baru.

Secara kumulatif, jumlah jualan terkumpul untuk kenderaan Toyota dan Lexus dalam 6 bulan pertama 2022 ialah 45,911 unit naik 35 peratus berbanding tempoh 6 bulan yang sama pada 2021 (34,111 unit).

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat itu berkata pengenalan semula SST akan memberi impak jangkamasa pendek, namun ia akan ditangani oleh pengurangan masa menunggu bagi kenderaan Toyota dan Lexus susulan penaiktarafan rantaian bekalan Toyota.

Tinjauan dari pusat pengedar mendedahkan purata masa menunggu bagi sesebuah model Toyota adalah kira-kira 1 bulan lebih pendek berbanding model Honda yang setaraf.

Syarikat itu juga berkata pelancaran model baharu yang akan tiba akan turut memberi lebih banyak pilihan menarik kepada pembeli.

Tawaran rebat menarik juga akan memberi lebih nilai kepada pelanggan mereka. “Sedang kita memasuki separuh kedua tahun 2022, para peminat Toyota boleh menjangkakan penjimatan hebat pertengahan tahun serta rebat-rebat tunai seiring dengan pelancaran produk baru,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 01

Indonesian market Veloz shown

Veloz pasaran Indonesia ditunjukkan

Syarikat itu akan melancarkan Toyota Veloz 2022 serba baharu tidak lama lagi. Tempahan kini sudah dibuka, dengan anggaran harga jualan bermula dari sekitar RM 95,000.

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 02

Looks nothing like your mum's Avanza

Lain betul dari Avanza lama, kan?

Sebagai ganti kepada Toyota Avanza yang telah dihentikan pengeluarannya, Veloz yang lebih premium dan ‘sporty’ akan dilengkapi dengan kawalan peluncuran adaptif serta brek kecemasan berautonomi (Toyota menggelarnya Pre-Collision System, PCS), brek parkir elektrik, pengecas telefon pintar tanpa wayar, ruang but berkapasiti besar 498 liter, dan juga ‘drivetrain’ pacuan roda hadapan yang lebih efisien (masih lagi dikuasakan oleh enjin 1.5 liter yang sama, namun kini ia digandingkan dengan CVT).

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 03

Lebih menarik, penggunaan platform kereta penumpangnya juga bermaksud ia kini menawarkan keselesaan perjalanan setaraf dengan Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V.

Selain daripada pelancaran model-model baharu, UMW Toyota turut menyatakan yang aspek selepas-jualan dan penyelesaian pembiayaan akan menjadi fokus utama syarikat bagi separuh kedua tahun ini.

UMW Toyota raih 35% jualan lebih tinggi setakat Jun 2022, Toyota Veloz akan dilancar tak lama lagi 04

“Di UMW Toyota Motor, kami bukan saja menawarkan pemilik kemodenan teknologi di hujung jari mereka bagi pemanduan lebih lancar dan selamat, kami juga berusaha kearah ‘the Extra Mile’ bagi menyempurnakan lagi pengalaman pemilikan mereka. Menerusi pakej-pakej pembiayaan dan insurans, perkhidmatan servis cemerlang dan bantuan tepi jalan 24/7 Toyota, kami yakin kami dapat memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan dengan menjaga keperluan pelanggan secara menyeluruh dari awal hingga akhir,” kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda