window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat

Mersita · Jun 29, 2020 03:05 PM

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 01

Dalam pasaran global, sedan Segmen A bukanlah kategori kereta yang popular. Memadatkan format rekaan tiga-kotak di dalam dimensi yang kecil pada sedan spesifikasi paling rendah menghasilkan kereta yang tampak kurang sempurna dan menarik.

Pada saiz sebegini, ia menjadi tanda tanya jika sedan adalah lebih praktikal berbanding hatchback dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat. Tetapi, pengguna di pelbagai pasaran yang sedang membangun (termasuk Malaysia) lebih berminat dengan sedan bajet; oleh itu, pembuat kereta pun terpaksa akur dengan pilihan pembeli.

Dengan fakta ini, sudah tak dapat disangkal lagi yang semua sedan Segmen A dijual dengan harga murah, dipadankan pula dengan bahagian dalaman yang kurang menarik berserta dinamik pemanduan yang teruk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebiasaan pasaran kereta lokal kita yang separa-terlindung bermaksud Segmen A ialah ‘duopoly’ antara Proton dan Perodua; dan ini agak merugikan kerana sebenarnya ada banyak lagi alternatif-alternatif yang lebih baik selain daripada Proton Saga dan Perodua Bezza.

Senarai dibawah ialah beberapa contoh kereta yang dimaksudkan:

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 01

Kia Soluto/Pegas

Beberapa sedan Segmen A memang cantik, tetapi Kia Soluto ialah yang paling cantik jika dibandingkan dengan yang lain. Seperti yang sering dijangkakan dari jenama seperti Kia, Soluto ialah sedan bajet yang tak terasa murah. Ia adalah salah satu model Kia yang lebih popular di Filipina dan Vietnam.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 02

Ruangan kabinnya terasa seperti kereta Segmen B berbanding Segmen A. Ia juga didatangkan dengan Android Auto!

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 03

Kuasanya dijana oleh enjin petrol 1.4 liter yang sebelum ini digunakan pada Kia Rio Sedan. Di China, Kia Soluto dijual sebagai Kia Pegas.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 04

Lada Granta

Sebagai sebuah produk keluaran Renault Nissan Mitsubishi Alliance, Lada Granta dihasilkan oleh AvtoVAZ, syarikat yang mempunyai pengaruh Renault.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 05

Sama seperti kebanyakan kereta-kereta Rusia, Lada mungkin tidak cukup cantik tetapi ia sangat tahan lasak dan mampu bertahan dengan kondisi jalan dan cuaca Rusia yang teruk. Kami pasti jika ia boleh bertahan di Rusia, ia juga cukup lasak untuk dipandu di jalanraya Malaysia.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 06

Orang Rusia sangat gemar akan kereta ini, membuatkan ia antara kereta yang paling popular disana. Kuasanya dijana daripada enjin petrol 1.6 liter – sesuatu yang jarang didengar dalam segmen ini.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 07

Volkswagen Voyage

Dijual secara eksklusif di Brazil, Volkswagen Voyage ialah versi Volkswagen Vento (Polo Sedan) yang dikecilkan. Ia adalah Volkswagen Gol versi sedan.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 08

Ada dua pilihan enjin, iaitu unit enjin naturally-aspirated 1.0 liter dan 1.6 liter. Enjin 1.6 liter dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan – lagi sekali sesuatu yang sangat jarang didengar dalam segmen ini.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 09

Seperti semua kereta yang dijual di Brazil, Volkswagen Voyage boleh bergerak dengan bahan api ethanol yang diproses daripada tebu.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 10

Mitsubishi Attrage

Mitsubishi Attrage pernah dijual sekejap di Malaysia. Tetapi, seperti yang dijangkakan, statusnya sebagai kereta impot (dari Thailand) bermaksud yang Mitsubishi Attrage tidak dapat dipasarkan dengan harga yang kompetitif dengan Saga/Bezza.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 11

Sayang, kerana Mitsubishi Attrage adalah antara kereta sedan Segmen A yang paling senyap dan paling selesa yang pernah kami pandu. Suspensionnya yang lembut jelas menunjukkan kepakaran Mitsubishi dalam penalaan kereta rally untuk membolosi jalan tidak rata.

Sedan Segmen A selalunya mempunyai dinamik pemanduan yang teruk. Mitsubishi Attrage terkecuali dari hal ini. Walaupun ia mempunyai enjin 1.2 liter yang agak kecil, ia agak seronok untuk dipandu. Ia agak tangkas dan cekap apabila dipandu di jalan berselekoh, boleh buat three-wheel ‘tripods’ bila keluar corner – memberikan pengalaman memandu yang agak perlahan tetapi menyeronokkan.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 12

Model barunya kini didatangkan pula dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Ia juga dipadatkan dengan AEB! Ia sama seperti ASA 2.0 pada Perodua Bezza, kecuali kereta Mitsubishi ini ‘up’ satu level dari Bezza kerana ia juga ada cruise control.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 13

Kereta ini boleh jadi salah satu sedan Segmen A yang paling banyak kelengkapannya di rantau ini. Di dalam pasaran terbuka, Saga/Bezza tidak akan dapat bersaing dengan Attrage.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 14

Honda Brio Amaze

Fikirkan semua kualiti yang bagus pada Honda City, mampatkan lagi, keluarkan semua ciri-ciri ‘fancy’ dan itulah dia Honda Brio Amaze. Brio Amaze generasi pertama agak kurang menarik, tetapi model generasi keduanya yang terbaru dikatakan kereta bajet yang agak mengagumkan.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 15

Model pasaran India. But dibuat lebih pendek bagi mematuhi kadar cukai had panjang kereta (4m) di India.

Kereta ini popular di India, Thailand, Indonesia dan Filipina kerana beberapa sebab yang bagus – ia murah dan berfungsi sama seperti prestasi Honda yang dikenali serta dipadankan lagi dengan pemanduan dan kawalan yang hebat untuk kereta bajet.

5 alternatif lebih bagus daripada Proton Saga/Perodua Bezza yang kita harap kita dapat 16

Brio Amaze generasi kedua kini hanya boleh didapati di India, dipadatkan dengan enjin petrol 1.2 liter atau enjin turbo diesel 1.5 liter. Semua pasaran lain masih menjual model dari generasi yang dikeluarkan sekarang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda