window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa!

Mersita · Jul 18, 2021 02:00 PM

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 01

Lain pemilik kereta, lain pe’elnya. Ada yang gemarkan kereta kemas, bebas tanpa barang yang tidak diperlukan. Ada pula yang suka buat stok macam-macam di dalam kereta seakan ia rumah kedua.

Tak kisahlah apa jua tabiat anda, ada beberapa item yang perlu ada di dalam kereta anda pada setiap masa. Dalam entri kali ini, kami ingin cadangkan barangan seperti berikut:

1. Dashcam

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 02

Jika anda lihat rakaman ‘dashcam’ yang dikongsikan di media sosial, kebanyakannya memperlihatkan kes-kes kemalangan dan/atau kes buli di jalan raya. Bagi melindungi keselamatan anda dan menyediakan bahan bukti bagi apa-apa kes, pasanglah ‘dashcam’ di dalam kereta anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, beberapa syarikat insurans di negara luar menawarkan diskaun bagi kereta yang dilengkapi dengan ‘dashcam’. Malangnya, kelebihan ini belum ada lagi di Malaysia.

Masa kini, semakin banyak kereta baharu yang dijual dilengkapi dengan ‘dashcam’ dibina-dalam terus dari kilang – ada diantaranya lengkap dengan kamera hadapan serta belakang. Tapi, jika kereta baru anda tidak tersedia dengan ‘dashcam’, pilihan ‘aftermarket’ cukup banyak dengan harga mampu-milik. Di sini kami sediakan panduan asas bagi memilih ‘dashcam’ paling sesuai untuk kereta anda.

Baca juga: Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda

2. Kabel dan pengecas telefon bimbit

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 01

Pada zaman kini dimana telefon pintar boleh menggantikan kamera, peta, malah kunci kereta kita, sebaiknya ia boleh dicas dengan selamat di dalam kereta bila perlu. Ia memudahkan urusan anda jikalau anda tersekat dalam kecemasan.

Saya sentiasa sediakan kabel pengecas telefon bimbit khas untuk disimpan di dalam kereta – berasingan dengan kabel yang digunakan di rumah atau pejabat. Walaupun kereta anda sudah dilengkapi dengan port pengecas USB, ada baiknya jika anda sediakan sambungan pengecas tambahan – asalkan bukan ‘power bank’ kerana ia ada risiko meletup di dalam kereta.

Baca juga: Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta!

3. Pelindung matahari dan tirai tingkap

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 02

Memandangkan cuaca di Malaysia cukup panas, pelindung matahari boleh melindungi ruang dalaman kereta anda daripada panas berlebihan terutama sekali apabila diparkir di tempat terbuka. Jika kereta anda dibiarkan terlalu lama di bawah panas terik, haba dari matahari boleh menyebabkan komponen plastik luntur warnanya dan sarung kulit merekah.

Oleh itu, ingin kami sarankan supaya kereta anda sentiasa dilengkapi dengan pelindung matahari setiap kali ia diparkir di kawasan terbuka. Selain daripada melindungi ruang dalaman kereta anda daripada panas terik, ia juga amat berguna sekiranya anda perlukan sedikit privasi di dalam kereta.

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 03

Bagi cermin tingkap sisi kereta pula, anda boleh pasang filem ‘tint’ yang berkualiti. Namun, harganya mahal sedikit. Pilihan kedua yang lebih murah ialah tirai tingkap. Harganya bermula dari RM 40 sehingga RM 100++, bergantung kepada saiz dan jumlah tingkap yang ada pada kereta anda.

Kami sarankan anda untuk memilih tirai tingkap kereta bermagnet kerana ia mudah untuk dibuka dan dipasang semula jika diperlukan. Proton ada menawarkan tirai tingkap magnetik untuk X50.

4. Kelengkapan untuk menukar/membaiki tayar

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 04

Melainkan kereta anda didatangkan dengan tayar jenis ‘run-flat’ dari kilang, selalunya kereta baru anda didatangkan dengan tayar ganti atau kelengkapan untuk membaiki tayar di dalam but kereta.

Selain daripada memastikan kelengkapan ini sedia ada di dalam kereta pada setiap masa, anda juga perlu pastikan yang ia berada dalam kondisi baik dan diperiksa secara berkala.

Baca juga: Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini!

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 05

Ada saja tak cukup, pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakannya

Cuba periksa tayar ganti di bawah lantai but kereta anda – adakah ia cukup angin? Ada ‘jack’ sekali atau tidak? Bagi kereta yang dilengkapi dengan ‘repair kit’, pastikan anda tahu tarikh luputnya. Jika anda terkandas di sisi jalan dan tayar perlu dibaiki segera, jangan pula guna ‘sealant’ yang dah ‘expired’.

5. Botol air

Nampak macam remeh, tapi ia amat berguna bila tiba masanya. Memandu di dalam cuaca panas terik boleh mengakibatkan penyahhidratan, ditambah pula dengan udara kering dari penghawa dingin. Kajian menunjukkan yang memandu sambil menahan dahaga boleh jadi sama bahayanya dengan memandu dalam keadaan mabuk.

5 barang penting yang wajib ada di dalam kereta setiap masa! 06

Botol pakai-buang tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam kereta

Tapi, perlu diingatkan yang botol air plastik pakai-buang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta semasa ia diparkir. Ia amat sensitif pada haba dan boleh mengeluarkan bahan merbahaya yang boleh meresap ke dalam cecair di dalam botol itu.

Itu saja bagi senarai barangan/item perlu yang wajib ada di dalam kereta anda pada setiap masa. Ada lagi yang anda rasa kami patut tambah? Komen saja di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda