window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru!

Haris · Jul 14, 2020 01:00 PM

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 01

Jika anda sedang berkira-kira untuk mencari kereta baru, di sini kami mengesyorkan 5 ciri utama yang wajib ada dalam kereta baru anda. Bagi tahun 2020 dan ke atas, tidak layak rasanya jika kereta yang dibeli kekurangan ciri-ciri ini.

Ciri-ciri ini bukan eksklusif pada kereta mewah dan berprestasi tinggi sahaja. Ciri-ciri ini memang ada pada kereta marhaen seperti kita. Sebagai pengguna, kita seharusnya menuntut produk-produk yang lebih berbaloi dengan harga yang dibayar. 

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, beberapa kelengkapan ini boleh didapati dalam pasaran aftermarket. Anda mampu memasangnya sekiranya anda merasakan patut untuk kereta lama anda mempunyai ciri ini. Kami hanya mencadang.

Oleh itu, di sini adalah 5 ciri wajib ada dalam kereta baru:

1. Kamera pandang belakang

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 01

Mungkin anda rasa anda cukup sekadar sensor belakang dan hadapan. Jangan begitu, anda layak untuk menerima lebih dari sekadar sensor. Anda seharusnya menggunakan kamera pandang belakang.

Fungsi kamera pandang belakang bukan sahaja untuk memudahkan anda meletakkan kenderaan. Kamera pandang belakang turut bertujuan mengelakkan kereta anda dari kemek kecil akibat terlanggar dinding atau dicium kereta lain. 

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 02

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau binatang peliharaan seperti kucing atau anjing, kamera pandang belakang mungkin mampu menyelamatkan nyawa apabila diperlukan. Apatah lagi jika anda memiliki laman rumah yang besar.

Harus diingatkan, jika ada orang lain yang terpaksa memandu kereta anda, tidak semua pemandu berkemahiran tinggi seperti anda. Kamera pandang belakang tentunya membantu memelihara kereta yang anda sayangi itu.

2. Apple CarPlay / Android Auto

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 03

Semenjak kewujudan fungsi tambatan Bluetooth dengan sistem infotainment, hiburan dalam kereta ternyata lebih menyeronokkan. Seperti biasa, menjelang tahun 2020 ini anda berhak untuk menerima lebih daripada sekadar tambatan Bluetooth.

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 04

Macam ni pun boleh

Fungsi Apple CarPlay / Android Auto memudahkan anda untuk menatal skrin sistem infotainment kereta anda tanpa perlu melihat skrin telefon anda. Apatah lagi apabila anda bergantung kepada sistem navigasi Google Maps atau Waze.

Oleh sebab itulah antara aspek potong stim kami adalah kekurangan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

3. Blind Spot Monitor

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 05

Landskap trafik di Malaysia sangat sibuk. Oleh itu, Blind Spot Monitor sangat penting bagi mengelakkan kemalangan. Fungsi ini menjadikan anda lebih berwaspada dengan kereta atau motosikal yang laju di sekitar anda.

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 06

Mencegah sememangnya lebih baik dari merawat. Bukan pelanggaran sahaja yang akan menjejaskan anda, pergeseran juga boleh terjadi tanpa Blind Spot Monitor. Satu hal pula nak bawa kereta untuk digilap atau dicat semula.

4. Dashcam

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 07

Dashcam atau nama rasminya dipanggil Built In Digital Video Recorder (Perakam Video Terbina Dalam) adalah salah satu ciri yang sepatutnya didatangkan standard untuk semua kereta. 

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 08

Alasannya mudah, dashcam membantu merakam pelanggaran antara kenderaan anda dengan kenderaan lain. Rakaman ini membantu dalam tuntutan insurans. Tiada lagi sesi salah menyalahi antara anda dengan pemandu lain. 

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 09

Pada pendapat kami, fungsi dashcam terbina dalam kereta marhaen seperti Proton Saga atau Perodua Myvi pastinya menjadi idaman rakyat Malaysia. Setakat ini, senarai kereta dengan ciri-ciri dashcam adalah seperti berikut.

5. Brek kecemasan automatik

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 10

Brek kecemasan automatik atau dalam bahasa asalnya AEB (Autonomous Emergency Braking) adalah fungsi brek yang diaktifkan secara automatik apabila sensor atau kamera mengesan halangan di hadapan.

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 11

Fungsi ini pada awalnya hanya terdapat pada kereta-kereta mewah kini hadir pada kereta-kereta marhaen. Honda Sensing dan Perodua ASA adalah suite keselamatan yang hadir dengan fungsi ini. 

Brek kecemasan automatik ini lebih kepada langkah berjaga-jaga dan bukannya jaminan untuk mengelakkan kemalangan. Seperti biasa mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru! 12

Ramai yang melihat kereta sebagai sebuah alat untuk bergerak dari poin A ke poin B. Namun, sebagai pembaca wapcar yang bijak, anda pastinya lebih mengetahui bahawa kereta adalah alat yang penting untuk memudahkan tugas seharian anda.

Jangan terikut-ikut dengan dakyah yang menghambat anda yang mengatakan anda hanya layak untuk kereta sekian-sekian. Alah membeli menang memakai. Orang yang memberi nasihat belum tentu lebih puas dengan kehidupan berbanding anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda